SETELAH SEKIAN LAMA TAK BALIK KAMPUNG

SETELAH SEKIAN LAMA TAK BALIK KAMPUNG | ALHAMDULILAH bila dapat aje kebenaran merentas negeri, memang satu aje yang Suami sebut 'nak balik kampung' melawat kuburan Emaknya yakni Ibu Mertuaku. Tapi semuanya last minit plan, sebab takde dalam perancangan yang kami akan singgah ke kampung dulu sebelum gerak ke Pantai Timur. 

Bertahun Sis tak balik kampung, kalau Suami ada juga pulang kampung ketika anak saudaranya kahwin beberapa tahun lepas, kebetulan Suami ada keja di Paka, so dia turunlah ke kampung. 

Dan nak di jadikan cerita, plan last minit kami dipermudahkan. Bila mana Suami kata nak balik kampung, dapat pula khabar berita duka, abang ipar Sis terlantar lumpuh akibat kena stroke. Makanya memang Allah nak mudahkan semuanya, niat nak balik kampung melawat kuburan mertua, dapatlah sekali kami singgah melawat dan ziarah abang ipar yang sakit, alhamdulilah. 

Setelah Sekian Lama Tak Balik Kampung

Al-Fatihah buat ibu mertua ku Hajah Mariam Binti Abu Bakar. Tarikh meninggalnya sama dengan tarikh hari jadi anak bujang Sis. 

Kalau sewaktu hayatnya masih ada, tiap kali nak balik kampung, mesti mertua Sis akan masak macam-macam, terutamanya menu tempe hehehe,. dia tau kegemaran menantunya makan tempe. Kakak ipar pula akan masak ayam semor dan menu godok, perghhh sekali kalau makan, memang tak ingat orang belakang oiii.. 

Kini hanya tinggal kenangan.. masa kami pulang tu pun, memang tak bagitau kakak ipar, sebab taknak menyusahkan dia. Kalau di bagitau, mesti punya dia masak memacam, dengan keadaan abang ipar tu, so kami sepakat tak bagitau nak balik. 

Setelah Sekian Lama Tak Balik Kampung

Sebelum Sis ke kampung, Sabak Bernam, Sis dan Suami bermalam dulu di Klang, rumah anak saudara Suami, dan anak saudara bersama isterinya juga ikut serta balik bersama Sis. Memang anak saudara yang ini rapat dengan kami. Turun naik Johor mereka ni mesti bermalam di rumah. 

Yang kelakarnya, time Sis balik tu, Selangor boleh takde air, nasib baiklah rumah anak saudaranya Suami ni hanya mereka berdua, so air tadahan tangki tu cukuplah untuk kami. Sebab itulah lepas ziarah balik dari Sabak Bernam, Sis dan Suami pakat terus aje gerak ke destinasi seterusnya, sebab taknak menyusahkan tuan rumah time air takde tu kan..

Setelah Sekian Lama Tak Balik Kampung

Alhamdulilah keadaan abang ipar baik-baik aja, cuma tu laa tak boleh nak bergerak, tapi tahap kesihatan dia okay. Moga cepatlah sembuh yaa Bang Sapuan. Kakak ipar pun bukan sihat sangat, nasib baik ada anak dan menantunya tinggal bersama, so ringanlah bebannya tu. 

Kami singgah tak lama, ye laa time pandemik ni, lagi pulak ziarah yang sakit, so tak eloklah nak duduk dan sembang lelama kan, cukuplah dapat lihat keadaan dan bertanya khabar dan keperluan. Ada masa dan rezeki, nanti kami balik kampung singgah lagi ya..

Itik Salai Masthar

Balik dari Sabak Bernam, tempat wajib singgah makan, mana lagi kalau bukan kedai makan Itik Salai Masthar. Sini memang rata-rata orang akan singgah makan pekena itik salai masak lomak dan juga bermacam jenis menu masakan itik. 

Tapi Sis paling suka Itik Salai masak Lomak Cili Api dia, perghhh terangkat oiii, Sis makan semangkuk sorang, licinn hahahahaha.. Lokasi kedainya sebelah kiri dari Tanjung Karang ke Kuala Selangor. Korang boleh waze jer Itik Salai Masthar Kuala Selangor.

Alhamdulilah setelah sekian lama tak balik kampung, penuhilah masa dan kenangan bersama. Janji patuh SOP dan #StaySafe. Mana-mana pi, cuci tangan, sanitise dan jaga jarak. InsyaAllah Allah jaga kita, yang penting dah cucuk vaksin hehehehe.. 

Korang dah merentas negeri ke tu?...


P/S: Rindunya sambal tempe ibu mertuaku.. :(

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Haritu masa makan2 area bangi pun nampak kedai itik dalai Mashtae ni.. Panjang beraturnya. Memang sdplah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sama cawangannya tu kan Ammi. Ni kebetulan ke Sabak, ternampak tu yang singgah..

      Delete
  2. Dalam perancangan nak merentas negeri juga ni Sis. Nak balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, moga semuanya baik-baik aja ya PC ...

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat pulang ke kampung setelah sekian lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Wak, singgah sekejap aje pun, sebab melawat orang sakit kann..

      Delete
  4. Lauk mak mertua yg paling kita rindu, ikan temenung masak lemak campur daun kunyit, rindu juga popiah basah mak dan kuih lopes mak, ahhh, semuanyalah rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sedapnya Kak.. air tangan orang tua ni susah nak dapat yang sama kan Kak di mana-mana..

      Delete
  5. Bestnyaa balik kampung.. minggu depan baru saya balik kampung
    servis aircond
    aircond service
    aircond

    ReplyDelete
    Replies
    1. MOga semuanya selamat pergi dan balik ya...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post