PESANAN BUAT MEREKA YANG MENUNGGANG BASIKAL

Sis Lin
10
PESANAN BUAT MEREKA YANG MENUNGGANG BASIKAL | BUAT mereka yang menunggang basikal, ini adalah pesanan khidmat masyarakat dari seketul Sis Lin buat korang semua. Sebabnya kejadian ini berlaku betul depan mata Sis sendiri. 

Nak marah pun yaa, nak tegur tapi jauh, so mampu memerhati dari jauh sambil dalam hati ni berkata macam-macam ayat marah, cuma tak terluah aje. Kalau laaa keadaan tu dekat, memang Sis 'sound direct' terus seperti mana yang Sis sound memana peniaga dan juga peniaga kedai runcit mahupun di tepi jalan. 

Seperti teguran dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin  :

Peringatan Mesra. Sila memakai pelitup muka anda setelah selesai makan. @KKMPutrajaya melihat terlalu banyak contoh orang berborak selepas makan dengan tidak memakai pelitup muka. Bila dah habis makan dan mahu sembang selepas itu, pakai semula pelitup muka. #ReopeningSafely

Maksudnya, kalau kita nak dine-in, selagi makanan tidak sampai, kita kena pakai pelitup muka, dan bila makanan dah sampai, baru boleh buka dan mula makan, selepas selesai makan, sarungkan semula pelitup muka tu, betul kan?.. 

Pesanan Buat Mereka Yang Menunggang Basikal

Tapi... ini kisah yang berlaku baru-baru ini di Kong Kong Laut depan mata Sis sendiri.. 

Pagi tu Sis dan Suami ke Kong Kong untuk mencari sarapan, sampai di satu kedai makan, kami pun duduk. Sekejap kemudian, Sis nampak ada 5 orang penunggang basikal sedang mengayuh dan tiba-tiba berhenti di depan kedai tanpa memakai pelitup muka.

Dalam hati berkata, ye laa naik basikal memang tak pakai pelitup muka, dengan harapan mungkin bila mereka turun dari basikal, mereka akan pakai pelitup muka dan masuk ke kedai makan yang Sis dan Suami duduk tu. 

Akan tetapi, sepanjang pemerhatian Sis, kesemuanya tanpa rasa bersalah TIDAK langsung memakai pelitup muka dan terus aje park basikal mereka, lalu masuk ke kedai, scan MySejahtera kemudian duduk di meja, pun TANPA memakai pelitup muka. 

Masa tu Sis dah bebel-bebel dengan Suami dah melihat aksi mereka dari jauh. Geram pun yaa dan annoying pun yaaa.. siap merokok tanpa rasa hormat pada pelanggan lain, eeee geramnyaaa... 

Kemudian datang pelayan kedai ke meja mereka untuk amik pesanan makanan. Yang ni pun satu hal, awak tu pekerja atau owner kedai, tegurlah mereka tu, bukan ke SOP masuk kedai semua kena pakai pelitup muka, ini dah nampak pelanggan masuk macamtu, ehhhh dengan selambanya layan ajerrr.. 

Yaa pelayan pakai pelitup mask, tapi yang jadi halnya si penunggang basikal tu haaa... apa, ada kelonggaran ke kalau yang menunggang basikal tidak payah pakai pelitup muka??.. ada sapa-sapa boleh jelaskan di sini?... 

Dah le tempat awam, semua duduk makan, ada yang bawa anak, merokok lagi, tak pakai pelitup muka lagi, nak kata budak tak faham bahasa, tengok dah tua bangka .. so nak salahkan siapa ni?.. ikut hati Sis memang Sis nak tegur, sebab itu tanggungjawab kita untuk putuskan rantaian penularan wabak penyakit ni, tapi banyak faktor gak nak fikir, so Sis mampu lihat aje laa dari jauh. 

Maafkan Sis wahai masyarakat sekeliling jika Sis tidak menegur.. 

Sekian bebelan Sis ko sebagai pesanan buat mereka yang menunggang basikal. Sila patuh SOP dan pakai pelitup muka jika tidak menunggang. 


P/S: Kadang kita kata 'lantaklah' tapi takut, kerana silap mereka, akhirnya menyusahkan ramai orang.. so sendiri mau ingatlah oiii... 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ingat dah 2 dos tu kebal ke awaknya? Kalau tak menjangkiti anda mungkin yg dijangkiti. Sila berhati2. Oh btw, tq sis ingatkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, geram Nur bila nengok depan mata, pakkal le banyak faktor yang jadikan Sis ni tak tegur, takut gaduh jer kang..

      Delete
  2. Boleh buat aduan kalau macam ni. Owner kedai tu yang kena tanggung sebab benarkan customer masuk tanpa pakai face mask.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, mula nak je repot dalam MYSejahtera tu, tapi ishhh entahlah susah nak kata, kenangkan sian bisness orang..

      Delete
  3. Lagi geram sebab tak mampu nak tegur, kita bukan apa, tak naklah bergaduh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, tu sebab laaa tak tegur, kang ada plak meja terbalikk

      Delete
  4. Geram bila tenguk orang tak ikut SOP

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!