TERIMA KASIH KORANG UNTUK PAGEVIEWS 15 000 000 JUTA!


TERIMA KASIH KORANG UNTUK PAGEVIEWS 15 000 000 JUTA! | ALHAMDULILAH, memang tak sangka juga sebenarnya, sebab dalam masa sebulan aje, selepas pageviews 14 000 000 juta tu, pencapaian blog Sis naik dengan cepat dan bulan ini dah mencecah ke 15 000 000 juta pageviews untuk bulan Oktober, satu kebanggaan buat blog sendiri, alhamdulilah.

Dan sudah tentunyalah, kejayaan ini sudah semestinya datang dari semua yang sentiasa menyokong Sis secara 'direct' atau pun secara 'senyap' tapi Sis tau korang memang terbaikkk dan 'sifu' buat Sis. Terima kasih korang untuk pageviews  15 000 000 juta ni.. 

Tapi ini bukan bermakna blog Sis sudah cukup bagus, tapi sebenarnya masih banyak lagi nak kena upgrade dan perbaiki untuk pencapaian seterusnya. Dalam pada masa mungkin ada yang tak suka atau 'annoying' ke, tak apa, kita anggap aje semua tu satu persaingan sihat buat kita. 

Terima Kasih Korang Untuk 15 000 000 Juta!

Buat masa ni memang Sis gigih update blog Sis, satu sebab memang suka menulis, kalau tak update sehari, rasa macam kurang satu 'deria' untuk Sis, tak banyak, at least nak juga update satu post, kecuali sekarang, Sabtu & Ahad, Sis dah tak update blog, berehat dua hari untuk bagi ruang diri sendiri. Kalau ada pun, dah autoupdate untuk hari Sabtu aje..

Pun begitu, alhamdulilah pageviews harian maintain jugalah melepasi 20k setiap hari.. cuma lately ni pageviewsnya naik sehingga melebihi 30k dan ada masa lebih dari 40k, entah kenapa tak tau, nak check posting popular pun, semuanya bertukar-tukar kedudukannya. 

Terima Kasih Korang Untuk 15 000 000 Juta!

Untuk perfomance di Google Search bagi bulan September, agak naik sikit dari sebelumnya.. Impressions untuk website melebihi satu juta dah.. memang menakjubkan buat diri sendiri.. tak sangka blog 'cincai' gini pun masih ada juga manfaat buat semua, alhamdulilah..

Tapi dalam masa yang sama buat masa ni, blog memang ada masaalah sikit, loading view blog slow dan bounce rate (BR) naik gara-gara loading slow tu.. Sis tengah cuba atasi masaalah tu, ada juga widget yang tak perlu dah Sis remove dulu. 


Atau jika tak juga selesai masaalah BR tu, mungkin Sis kena tukarlah template lain, sebab jika di biarkan ianya akan 'kacau' perfomance blog akan datang.. dan readers akan sukar nak masuk dan view blog kita. 

Ada juga kalangan blogger lain ada masaalah ni, Sis lihat mereka dah tukar template blog dah, dan blog mereka dah jadi laju dan ringan untuk view.. ermmmm memang 'malas' betul nak tukar dan edit oii... huhuhuhu.. 

Apa-apa pun, thanks korang yang banyak memberi sokongan kepada Sis dan juga blog Sis.. moga kita semua juga akan terus berjaya dan makin banyak menjana pendapatan melalui blog.. Cing Cing Cing.. 


P/S: Ini blog kita, usah peduli apa orang nak kata... update dan terus berkongsi okay 💣

7 comments:

  1. Wow! Tahniah SisLin. Betullah tu, sehari mesti kena update. Kalau tidak macam hambar je rasa kan. Tulah tu, tak tahu apa masalah blog sekarang ni. harapnya cepatlah settle. Malas nak tukar template blog masalahnya. Nak mencari yang kena jiwa dan pandangan tu payah. huhu

    ReplyDelete
  2. Pergh....sifooooo!!caya la sis lin....terbaik...kagum jap..SAa yang baru 7 juta nak kejar sama macam sis macam jauh lagi ke laut dalam...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... tahniah sis. Terus maju jaya

    ReplyDelete
  4. Saya bukak guna laptop ni, macamm laju jer loading...
    ANyway, congratulations sis! Ini blog cincai ada isi! Gituhhh! Hehehe...Proud tengok view tuu, best gilakkk!

    ReplyDelete
  5. Hebat sangat sislin. Setahun berapa juta kali view ni.

    ReplyDelete
  6. wowww tak nyempat aku nak nengok..dah lebih 15j dahhh..tahniah!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.