PUAS MAKAN BAKSO BERANAK SEMANGKUK


PUAS MAKAN BAKSO BERANAK SEMANGKUK | DULU pernah viral kes 'tak halal' mengenai Bakso Beranak ni, korang pernah dengar tak? Tak silap katanya ada yang menjualnya dengan menggunakan daging babi yang di kisar. Ya Allah rasa nak mual tekak dengar masa tu. Tapi sebab tak pernah cuba, so Sis takde la rasa geli. 

Then pernah makan sekali waktu pi travel ke Bandung. Haaa yang itu memang betul tak boleh telan dek tekak, rasa bakso dia uishhh entah laaa tak tau nak kata apa, kan Retna kan.. memang tak luak pun semangkuk tu Sis makan, Retna lagi laaa, langsung tak usik.


Puas Makan Bakso Beranak Semangkuk

Puas Makan Bakso Beranak Semangkuk

Baru-baru ni, ada laa nampak pulak, ada terjual Bakso Beranak ni dalam seller facebook dan juga di memana kedai makan. Memang agak viral jugalah, sana sini Sis nampak orang up makan Bakso Beranak ni. Punn takde rasa nak mencubanya. 

Tup-tup, seller yang biasa Sis beli Nasi Padang dengannya ada pulak jual menu Bakso Beranak ni. Bukan tu jer, ada bermacam jenis Bakso dia jual. Tapi Sis terpesona nak mencuba Bakso Beranaknya, walaupun bila melihat meatball atau bebola dagingnya tu besau gile macam bola tennis Sis ada rasa terkejut, tapi tetap nak mencubanya.. 


Betul ke Bakso Beranak ni beranak? Hahahahaha.. 

Puas Makan Bakso Beranak Semangkuk

Ternyata betullah, Bakso tu beranak dalam tu hahahaha.. Sis potong bebola dagingnya, ehhhh terkeluar anaknya bebola ayam 3 ketul hahahaha.. adeiii macam mana dia buat ekk.. Yaaa bebola ayam dalamnyaa.. sebab rasanya ayam kekekeke.. 

Alhamdulilah sedap, berasa Baksonya, dari kuahnya, sosnya, smabalnya, semua lengkap rasanya.. puashati beli dan makan. Sebungkus seller tu jual RM16 hengget.. tapi banyakk isi dan meenya. Boleh makan dua orang ni.. 

Seller ni orang Islam kita, dia belajar buat dari bibiknya katanya.. sebab tu katanya, tidak sepenuhnya betul rasa asli Bakso Indonesia, sebab ada bahan yang dia guna tak cukup bahan asli.. guna mana yang ada terjual di Malaysia aje.. 

Korang pernah cuba tak Bakso Beranak ni? Kalau di Pasir Gudang, korang boleh cuba di 'Cafe The J' Bandar Sri alam sana..dengarnya meriah di sana kedai makan. Sis ko pun tak pernah pergi uiii hehehehe.. 


P/S: Nak masak apa laaa hari ini ekkkk ermmm... 

16 comments:

  1. SA suka..tapi kena tgok siapa yang jual atau kedai mana jual la...SAa nyer port makan Bakso beranak ni kat Kg Baru Sis Lin...hehehe..situ ramai yang meniaga Bakso...

    ReplyDelete
  2. Kat kl ni byk org jual bakso beranak ni hahaha.. Ako masih x lalu nak makan bakso besar2 gitu.. Klu beli pun fatma je yg makan ako hirup kuah je sbb pedas2 ako suka

    ReplyDelete
  3. Pernah makan tapi tak tahu pulak ada namanya. Hehe

    ReplyDelete
  4. nampak sedap, kalau dia dapat bahan2 ori tu mesti lagi padu rasanya

    ReplyDelete
  5. oooo tu ke maksud bakso beranak ahahahahahhahahahha!!!!

    ReplyDelete
  6. Rawlins pernah makan bakso, pastu 3 hari cherry berry. Terus traumatised nak makan hahaha

    ReplyDelete
  7. Nell ni hantu Bakso la... every time g kedai yang ada serve Bakso sure I will order... Lagi best ada bakso beranak macam ni.. puas hati makan ni.. (Y)

    ReplyDelete
  8. Lama tak makan Bakso gak. Tapi x pernah jumpa lagi bakso beranak macam ni. Menarik betul nak tengok haha.

    ReplyDelete
  9. Saya ada jumpa dalam Grab Food dan Food Panda. Tapi belum order. Seram pula nak beli. Besar sangat dia punya bebola tu. Masih sedap ke rasa dia. Hahahaa. Tengok akak post. Bleh la cuba sekali.

    ReplyDelete
  10. adoiii mmg besar betul..sangat puas ya kalau dapat makan.. jarang makan bakso... tapi kalau dapat yg sedap mmg syokk

    ReplyDelete
  11. Ya ampun besar nya bakso tuh! Buat masa ni belum jumpa yang sedap menepati selera. Mungkin nanti pi JB boleh laaa singgah rasa sini lak

    ReplyDelete
  12. Omg, Bakso beranak dishes look so good and delicious. So long I never try. Will visit this weekend

    ReplyDelete
  13. Ya rabbi..lamanya tak makan bakso. Terliur plak kte tgk ni sis. Tp kan nape tah kte tgk ganbar sis ni teringat mee yamin kat batam hahah

    ReplyDelete
  14. Bakso beranak ni memang popular sangat sekarang ni kat negara mereka malah dah menular kat Malaysia... Betul dalam bakso ada bakso lagi hehehe. Mereka sana makan pagi tengahari petang dan malam makan bakso jer...

    ReplyDelete
  15. huuuu dah lama tak makan bakso, mungkin sejak PKP bermula dulu. Nampak gambar ni terus terliur tau....apalagi tambah cili dan limau. pergh !

    ReplyDelete
  16. Kita kan x pernah try bakso beranak. Tengok besar sangat seram nak makan..haha..takut krciwa rasa dia..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.