3 HARI 2 MALAM AKU WORK FROM HOTEL DI HOTEL SENTRAL KUANTAN,PAHANG

3 HARI 2 MALAM AKU WORK FROM HOTEL DI HOTEL SENTRAL KUANTAN,PAHANG | ALHAMDULILAH, Sis dah selamat pun sampai di Johor. Happy dan sangat-sangat gembira tak terkata bila dapat peluang banyak kali follow Suami bila dia ada 'kerja luar' di memana pun. Masa untuk meluangkan masa berdua. Anak-anak? Pandai le mereka urus diri. 

Biasanya kalau Suami ke Paka,Trengganu memang kami akan tidur bermalam di sana, tapi ini kali kedua, Sis minta Suami menginap di bandar Kuantan. Bukannya apa, berapa lama asyik di Paka tu, tapi senang kata, Paka tu takde apa pun yang nak di jalan dan di singgahnya. 

Kalau di Paka, Sis menginap di homestay, so memang kalau Suami dah keluar meeting ke, Sis duduklah dalam homestay tu menunggu. Nanti Suami balik baru kami keluar makan. Bosan tu tak, tapi macam rasa terkurung laa. Berbeza bila dah merasa menginap dan menunggu Suami di bandar Kuantan ni. 

Sis siap turun ke lobby 'membeli-belah' jajan, then ke depan hotel singgah di Cafe dan lepak minum,singgah 7eleven dan macam-macam kedai laa yang boleh Sis jenguk cuci mata. Maklumlah bandar Kuantan. Belakang hotel pulak ada sungai Pahang kot, dan sebelah hotel ada menara terbaru di Kuantan tu, memang meriah laa.

Ya pilihan Sis di bandar Kuantan ni adalah Hotel Sentral. Betul terletak di tengah bandar Kuantan.

3 Hari 2 Malam Aku Work From Hotel Di Hotel Sentral,Kuantan Pahang

So far dah banyak kali Sis dan Suami menginap di sini memang okay service mereka, staff ramah, menu sarapan pun sedap. Dan kali ni pulak Sis siap cuba order menu 'room service' mereka ke bilik pulak. Dek sebab banyak kerja ngadap laptop, malas nak turun membeli.

Banyak juga pilihan menu yang ada. Tapi bila dah ternampak Mee Goreng Mamak, apalagi... memang itulah yang Sis order. Yang gelihatinya, punyalah tamak, order sampai dua menu, ye laa dalam mindset Sis kan, menu hotel ni kalau di hidangkan, portion dia sikit, takut kang tak cukup, Sis order laaa dua menu. 

Sekali sampai ....


3 Hari 2 Malam Aku Work From Hotel Di Hotel Sentral,Kuantan Pahang

Korang tengokk, banyak laaa pulak sepinggan. Sis sampai stop makan dua kali nak habiskan, gilerr banyak.. hahahaha, tunjuk kat wahtsapp Suami, dia pun gelakkan Sis hahahaha.. tapi rasanya berbaloilah dengan harganya sepinggan RM10 tu, sedap wooiiii... 

Tapi air kopi dua gelas tu yaa habis, adeii haus gilerrr time tu. Hotel Sentral ni, dia tak sediakan mineral water dalam bilik, tapi ada air penapis di luar bilik, so kalau korang nak menginap sini, belilah botol mineral, then boleh tadah-tadah airnya. 

Tilam, bantal, selimut semua empuk dan selesa tidur, juga segala lengkapan bilik termasuk alatan mandi semua siap. Nak amik gambar bilik, Sis malas nak kemas katil hahaha sebab masa sampai tu dah malam, memang terus mandi dan membuta terus hehehehe.. 

3 Hari 2 Malam Aku Work From Hotel Di Hotel Sentral,Kuantan Pahang

Memang tiap kali kalau ikut Suami, laptop tak pernah tinggal, mudah Sis nak buat kerja Sis dan mengisi masa lapang. Dan kebetulan ada beberapa kerja mengedit blog Sis belum siap, time tu laa Sis siapkan dan buatlah beberapa draft blog.

So takde laa time berjalan, bercuti, blog Sis tak update, tapi tengok keadaan juga, kalau memang perginya untuk bercuti, Sis takkan bawa laptop, tapi kalau perginya memang banyak masa terluang, so Sis akan bawalah laptop. 

Syok juga dapat staycation 3 hari 2 malam work from hotel di Hotel Sentral,Kuantan Pahang ni, santai-santai, dan hotelnya pun tak 'bising'.. sunyi jeeee walau di tengah bandar. Tapi lepas ni, nak try hotel lain pulak laa, situ dah ramai orang kenal hahahahaha.. 

So far Hotel Sentral ni okay, Sis bagi 8/10 ❤

Hotel Sentral Kuantan
Alamat: 45, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Phone: 09-565 9999


P/S: Alhamdulilah, terima kasih Tuhan dan juga Love You En Suami ... 

29 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ako baru nak tanya ko makan dgn sape sekali rupanya ko order 2 menu hehehe

    weiii simple template ni...next time nk tkr lbh krg camni la :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe iyerr ko, ingatkan sedikit, rupanya banyak sepinggan, tamakk kann hahahaha..

      Boleh Ret, yang ni aku beli template dia.. nanti nak tukar bagitau..

      Delete
  2. Syok lah work from hotel. Sesekali ikut sekali kan. Bawak laptop boleh jugak melunaskan kerja kerja yang ada :)

    ReplyDelete
  3. bagus sediakan mesin penapis air. sebab biasa bawak botol air.

    ReplyDelete
  4. syoklah..tak payah keluar bfast kat cafe diorang..sesambil gegolek kat katil..uih syok..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, order jer, harga pun tak mahal, standard lee macam makan di Cafe jer...

      Delete
  5. wow..bestnya..dah g jalan2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil menyelam minum air je Cik Nor hehehe...

      Delete
  6. alang-alang nak pergi berjalan, duduk hotel terus kan kak hehe. untung anak-anak dah besar so boleh tinggal je kat rumah haa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nasa, kebetulan perginya pun lama, so kena bawak laptop so takde buang masa kan...

      Delete
  7. Rasa macam teringin gak nak work from hotel, maybe nanti time balik kampung kat Sarawak maka kena la WFH ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Rawlins, jangan lupa bawa laptop, santai-santai ko duduk bilik order makan hahahaha

      Delete
  8. Nama sungai tu Sungai Kuantan sis lin. Bukan sungai pahang jauh dah tu. Sungai Kuantan tu pun sipi-sipi muara. Kalau sis lin perasan dekat tepi jambatan tu ada bot-bot nelayan. Menara yang baru dibina tu pulak nama dia Menara Kuantan. Hotel yang sis lin duduk tu kan ada kawasan perjalanan kaki tu kan? Haa sepanjang menara kuantan sampai je hujungnya orang Kuantan panggil kawasan tu Benteng. Hotel Sentral yang sis duduk tu memang di bandar. Tapi tu bandar lama. Bandar lama ni sampai ke bahagian masjid besar tu. Kalau bandar baru dekat bahagian yang ada shopping mall banyak-banyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab sunyi sikit tu. Kalau belah bandar baru tu sibuk. Tapi musim-musim covid ni tak taulah macam mana pulak

      Delete
    2. Ooo silap ek, memang tak tau sungai apa hahahaha.. sebab ada signboard Kuantan, tu yang ingat sungai Kuantan hahaha..
      Betul ada jambatan, pagi tu duduk situ nampak boat-boat semua keluar dari sana.. Senang LH nak merayap, semua ada keliling tu..

      Delete
    3. Rumah LH ke tempat sis lin tu dalam 15 ke 20 minit juga lah. Kalau time jam boleh sampai sejam. Tapi kat situ seronok nak santai-santai tenangkan fikiran. Pastu dekat pula dengan library. Okay lah

      Delete
    4. Oo kisahnya dekat situ juga yaa.. Sis haritu singgah sekejap pagi tu laa belakang Hotel.. tu nampak meriah orang jogging dan kapal boat keluar..

      Delete
  9. orang lain dah bersilih ganti keluar bercuti...even sis lin teman suami outstation je..sya rasa still seronok coz dapat jugak keluar setelah lame duduk rumah kan..sya ni msih belom berkesempatan nak kemana2 lgi..tq sharing tempat2 staycation macam ni..atlist nextime kalau sampai kuantan saya dah tak yah pening2 kepala nak pikir stay mane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Yusmaliza, dapat keluar je pun dah happy sangat, lagipun hotelnya pun selesa, so duduk bilik ngadap laptop pun masih okay lagi..

      Delete
  10. Wow best kan! sis pun nak try work from hotel coz work from home sometimes tak ada inspiration.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kelly, sesekali kan kita work from hotel pulak.. lapang fikiran..

      Delete
  11. Bestnya Kuantan lama tak pergi. Dulu masa belajar Hotel Sentral ni pun belum wujud lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, sekarang macam kerap ke Kuantan je Sis, kalau Suami ada keje di Paka, Sis minta letak Sis di Kuantan hahaha

      Delete
  12. Nell lalu depan hotel ni aritue during my last trip sebab g melawat menara terbaru… next time boleh try stay sini juga la…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, menara tu dah siap Nel, ramai juga lepak situ, dan atas menara tu dah buka untuk Dine-In..

      Delete
  13. Ada plan nak ke kuantan nanti, boleh laaa ajak husband stay sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Nina tido sini semua ada, depan tu ada kedai kopi hipster lagi hehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post