SALAM MAULIDUR RASUL 2021M/1443H

SALAM MAULIDUR RASUL 2021M/1443H | ALLAHUMMA sholli ala Sayyidina Muhammad wa alihi washahbihi wasallim. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”..

Jom korang, marilah kita perbanyakkan berselawat sempena hari ini 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Selain memperbanyakkan selawat, kita juga boleh amalkan amalan-amalan dan juga ibadah yang boleh mendatangkan pahala kepada kita. 

Di Malaysia, setiap 12 Rabiulawal yang juga dikenali sebagai Maulidur Rasul merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia. Dan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”, pastinya ia membawa seribu erti buat kita dalam mendepani tahun 2020 yang amat mencabar ini. 

Dalam berselawat, kita banyakkan berdoa agar wabak pandemik covid19 yang melanda negara ini akan segera berakhir. So far hingga hari semalam, kes banyak juga turun dari sebelumnya. Moga ianya terus kekal turun dan kita akan lakukan aktiviti harian kita seperti dahulu dalam norma baharu,insyaAllah .. 

Salam Maulidur Rasul 2021M/1443H

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadir Riwayat At-Tarmizi

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. – Surah Al-Ahzab: 56

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. – Hadis Riwayat Muslim

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim!! Dengan keberkatan dan kemuliaan Baginda Rasulullah s.a.w, kami memohon agar lenyapkanlah wabak covid-19 ini di negara kami dan seluruh dunia. 

Setiap selawat yang dibaca oleh umat Nabi Muhammad SAW akan dibentang di hadapan Baginda SAW pada setiap hari Jumaat. Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Sebaik-baik manusia di sisiku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadis Riwayat at-Tirmizi

Amin Ya Rabbal ‘Alamin..


P/S: Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi SAW serta menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di dalam Syurga kelak. Amin.

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post