TIBA-TIBA HARI RAYA!


TIBA-TIBA HARI RAYA! | BAGI siapa yang dalam friendlist facebook dan juga instagram Sis, tentu korang dah nampak kan yang baru-baru ni Sis masak menu hari raya hahaha.. sampaikan ada gak yang komen kat IGs tu kata Sis ni tak sensitif dengan keadaan sampai bukak lagu raya, ermmm eh, salah ke? Dah korang semua gasak balun raya, pastu Sis pulak di kata tak sensitif?.. 

Tak apalah Sis tak amik kisah pun, yang penting Sis masak, mood happy tu masuk, dan bukak lagu raya tanda mood kita bahagia, apa orang nak kata, gasak ko laaa.. ko hado???.. 

Menu yang di katakan menu hari raya tu kiranya menu untuk Sis sekeluarga makan juga. Kenapa? Nak tunggu raya je ke baru boleh masak lauk raya? Ehhh apadahal, kalau rajin, jangan kata rendang daging, sayur lodeh pun boleh masak sekali haritu, tapi sebab takde tempe, so malas nak pi kedai, jadi takde laa sayur lodeh. 

Rendang Daging

Rendang Daging

Dek sebab pengumuman PM bagi merentas negeri tu laa, semua orang happy dah macam esok hari raya, sampaikan lagu balik kampung berkumandang sana sini termasuk dalam radio hahahaha, meriah sekejap dunia esok harinya. Memasing gembira dengan berita yang di umumkan PM tu. 

Mana taknya lama tak boleh merentas negeri, lama tak balik kampung jumpa Mak Ayah dan keluarga, ada juga yang tinggal anak bini, tau-tau balik anak dah besar kan... tu yang gembira dan bersyukur sangat bila kata dah boleh merentas negeri. 

Dan kebetulan bahan semua ada, tekak pun rasa nak makan gak menu raya, so apalah salahnya kita masaklah menu raya, tu yang tiba-tiba hari raya jadinya hahahahaha.. 


Ketupat Palas Dan Ketupat Adabi

Ketupat Palas & Ketupat Adabi

Bukanlah masak beriyerr beno, masak mana yang ada jee tu. Kebetulan daging ada, bahan nak merendang ada, so terjadilah tu Rendang Daging. Ketupat Palas tu pulak ada stok raya Sis simpan frozen, so Sis kukuskan sebungkus dan makan sekali dengan ketupat adabi tu haa..

Orang yang paling happy nampak semua lauk ni siapa lagi kalau bukan Suami Sis. Kemain memuji sedap manjang masa makan rendang daging bersama ketupat palas tu. Memang kesukaan dia. Kalau hari raya tu, boleh makan berulang-ulang, tak kiralah pi beraya rumah sapa hehehehe.. 


Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Dan sebagai menu tambahan untuk anak-anak, Sis masakkanlah Sambal Tumis Telur Burung Puyuh ni haa.. kena gak lawankan makan dengan menu lain tu. Entah apa mood kan, sedap pulak kali ni Sis masak sambal tumisnya, sampai licin anak bujang makan hahahaha.. 

Ye laa ada masa masak terlalu pedas, rasa lada tak berapa masuk, ini kali masak, perghhh sendiri masak, sendiri kata sedap ni hahahahah.. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan hohohoh.. 

Apa-apa pun, alhamdulilah atas segala nikmat yang Allah berikan pada Sis sekeluarga, inilah rezeki kami pada haritu.. 

Dan bagi korang yang dah bersiap sedia nak balik kampung termasuk Sis, hati-hati dan stay safe ya korang. Pandu perlahan dan patuhi SOP yang telah di sediakan., Kesian frontliner, bagilah mereka berehat dan balik kampung juga.. jangan kita pentingkan diri yaa.. 

Doakan perjalanan Sis juga.. aamiinn.. 


P/S: Tak sabarnya nak makan Nasi Goreng Sotong 👀

15 comments:

  1. Kat rumah ammi pon ada Ketupat palas yg belum kukus.. Konon masa raya nak masak.. Sekali dh nak deepavali masih gitu je

    ReplyDelete
  2. Nanti in sya Allah balik kampung kami pun nak masak juadah raya. Dapat makan anak beranak pun dah besar nikmat. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Kira rayalah juga sebab dah dapat rentas negeri.
    Wak pun baru dapat sampul berisi duit raya daripada adik yang baru boleh balik kampung.

    ReplyDelete
  4. allahuakbar , sis lin!!!! ritu tertengok dah kat IG. Haihs, rindunya nak makan favourite Ty - Ketupat Palas.

    ReplyDelete
  5. Ya allah terliurnya tengok masakan semua ni. Telur puyuh tu teringin bebeno la pulak. Kena cari la nak masak itu jugak...Haha

    ReplyDelete
  6. meriah sis. Kita pun nak balik kampung nak mintak maka masak lauk raya..hahaa..tak dapat raya kat kampung haritu kita sambut semula..ehhehe..

    ReplyDelete
  7. Hamboii meriah betul menu dia. semua nampak sedap buat orang terliur. Bila nak rasa masakan Sis Lin????

    ReplyDelete
  8. sekali sekala menu macam ni memang meminta. time x rasa time tu la terasa nak.makan

    ReplyDelete
  9. Mengundang betul menu-menu dia ye..paling kte trliur rendang tuuuu..tapi meriahkan sekali sekala makan hidangan macam hari raya ni

    ReplyDelete
  10. Waduhhh.. Meriahnya menu. Ni betul2 menu raya ni. Ala, tak kisah la raya ke tak, janji ada kerajinan hari2 pun boleh masak kannn.. Hurmm terliur tengok rendang daging tu 🤤

    ReplyDelete
  11. Padu betul lauk pauk itu. Rasa nak g makan kat umah sis la tengok rendang tu. Nanti kita nak buat la sekali telur puyuh masak gitu

    ReplyDelete
  12. Matriye kak. Hehe. Meriah tgk menu. Selamat pulang ke kampung. Semoga semuanya selamat dan dilindungi.insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. yeah everytime my family and I have rendang and ketupat we will only think about hari raya. Ha :D

    ReplyDelete
  14. Seronok kan bila pandai masak. Hari hari adalah hari raya. Kadang bukan sengaja menu raya. Bila tanya org dalam rumah nak makan ape. Sepi krik krik takda respon.so ikot tekak mak lah.hahahahha.

    ReplyDelete
  15. Wah! tetiba kita pun terliur.... semau masakan sis lin memang power and letuppps lah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.