SELAMAT TAHUN BARU 2026!. Masuk hari kedua bagi tahun 2026. Harini baru rasa nak bukak blog dan menaip entri pertama di tahun 2026. Jujurnya yerr dah rasa ‘malas’ nak menulis. Jangan kata malas, nak sign-in blog sendiri pun takde perasaan. Entah laa..
So harini cubalah naikkan semangat untuk terus menulis dan teruskan berkongsi apa yang Sis rasa nak kongsi. Sis tau ramai juga yang masih membaca dan menunggu penulisan cerita Sis di sini. Yang ‘skodeng’ tu pun ada. Lantak kaulah!.
Tahun 2025 banyak tinggalkan kenangan manis, rasanya takde yang pahit. Allah beri Sis semua kebahagiaan sampai tak tau nak di luah bagaimana, yang penting syukur alhamdulilah masih bernafas, masih ada Suami, anak-anak, menantu-menantu dan cucu yang comel. Coming soon bakal timang cucu sorang lagi.
Untuk diri Sis juga terlalu banyak yang Sis ‘ubah’, dari segi fizikal dan rohani. Tahun 2025 Sis sibukkan diri dengan kelas-kelas mengaji al-quran dan Usrah. Banyak kenal kenalan baru dalam kumpulan positf. Banyak ilmu yang di kongsi. Muhasabah diri Sis bila bergaul dengan mereka.
Kesihatan pun masih okaay, cuma sakit tu kekadang biasalah bila dah masuk usia 50tahun ni kan. Tak boleh nak renyah sangat dan tidak bolehlah nak aktif betul, just slow motion janji kerja rumah siap, begitulah..
Azam? Masih ada lagi baki azam dari tahun 2023 tak settle lagi oii hahahahaa, so takde laa azam baru buat diri Sis. Cuma satu azam dalam diri yang Sis tanamkan untuk tahun 2026 ni, iaitu Sis berazam nak solat di awal waktu. Inshaallah cuba untuk tekankan azam itu.
Lain-lain hal masih sama. Sis tetap sama macam dulu. Masih sabar, masih kuat, masih tabah dan masih simpan rahsianya seorang diri, inshaallah Allah itu Maha Mengetahui segalanya.
Selamat tahun baru buat semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian di tahun 2026 ini. Terima kasih masih sudi datang membaca dan meninggalkan komen di blog Sis.
Good Bye 2025
Welcome 2026!
P/S : Fuhhhhh welcome 50 series to me!





Selamat menyambut tahun baharu 2026, Sis Lin sekeluarga.
ReplyDeleteYeehaaa awak...semoga semua azam awal akan terlaksana hingga hujung tahun ni ye... hepi new year awak !!
ReplyDelete