Tuesday, August 09, 2011

Petua & Pantang Larang Ibu Mengandung.

BY Sis Lin IN , 10 comments

Assalamualaikum wbt...

Oh tidakkk bukan bermakna ada entry mengandung ni aku pulak yang mengandung, tapi sekadar ingin berkongsi dan jadikan bahan ilmu untuk ibu2 yang tengah mengandung, lebih2 lagi buat Ben Ashaari dan isterinya,Azila kerana telah disahkan isterinya mengandung oleh doktor...*berapa banyak perkataan mengandung daaaaa.. :p
Tahniah dari Lin ye, moga kandungan dan ibunya sihat hingga genap 9bulan 10hari nanti..juga moga selamat semuanya...aminnn
So jom kita kongsi bersama, petua dan pantang larang untuk ibu2 mengandung, kalau tak ngandung pun boleh baca gak, untuk persiapan kan...:) *sambil jeling Nik Nurehan..heheheheh


Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.
  • Jangan cepat merajuk
  • Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf,  Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi,  Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
  • Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
  • Jangan suka mengata atau mengumpat
  • Banyakkan berzikir tak kira masa,
    • Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).
Petua Lain :
  • Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
  • Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
  • Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
  • Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
  • Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.



Berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
  • -Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  • -Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • -Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • -Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • -Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • -Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • -Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • -Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • -Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana -dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
  • -Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • -Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • -Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • -Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


Kredit search dari en.google dan Lin edit mana yang penting menjadi pendek dan senang di baca dan faham..





P/S: Jika ada kesilapan dari segi bahan bacaam ini, haraf maaf, sebab Lin sekadar edit dan c&p dari hasil bacaan Lin di google search..


10 comments:

  1. Thanx for the tips...

    Erkk....saya tak mengandung yer...:)

    ReplyDelete
  2. Pembawa_Wacana: hehehe sama2...

    kekeke lawak tau!

    ReplyDelete
  3. banyak sungguh. habis kalau binatang bisa tu, dah genting sesangat takkan nak kena tunggu bantuan gak sis? hihiii. minta dijauhkanla dgn perkara2 bahaya. ngeri pula baca.

    ReplyDelete
  4. Cha: kes tu kita kena amik positif la...yg ni sekadar peringatan saja..

    Mmg ada mcm khurafatnya tp memang ada juga yg betul2 terjadinya sebab tak beringat!..

    So kalau boleh elak kita elak..klu dh terdesak tak boleh la nak buat apa...
    rasanya ni semua org tau, petua org tua2 zaman dulu2...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Ladybird: Thankx dear..just sharing apa yg Lin baca aja....

    ReplyDelete
  6. heeee. thanks lin krn kasi info ke ann. haha. smpat lg tu jeling ke an. huwaaa.. jahat!

    ReplyDelete
  7. Nik Nurehan: hehehehe ye la kena jeling2 sbb kot2 Ann tgh buat persediaan kan...:)

    ReplyDelete
  8. Saya rasa yg ptg larang org2 tua tu byk tak betul dari betul... contoh kepala anak besar kalau tido tgh hari... semua anak saya 3-3 kepala kecik je.... lepas penat bekerja kene nap jugak...saya selalu je duduk kat anak tangga...hehehe... ye la tp ada logic gak... kalau org terjatuh atas kita ke masa duk duduk tangga mmg la bahaya...bab membunuh binatang tu quite agree la sebab mmg tak baik menaniaya binatang...cuma kalau mendatangkan bahaya kene bunuh... contoh ada hadis mengatakan kene bunuh ular hitam(yg ada titik putih kat kepala kot) kerana boleh menyebabkan buta dan keguguran bg ibu hamil... better la ikut hadis dari pendapat org tua2

    ReplyDelete
  9. The Purple: sebab tu saya ada komen, ada juga bunyi mcm khurafat tp bak kata, cakap org2 tua, klu kena tegur jgn melawan, nnti dpt la padahnya..

    Kalau kita2 ni tak tau ok..boleh bt ikut suka, sbb tak tau...tp klu dh ada org tua yg tegur dan bgtau, kita kena ikut, sebagai langkah penjagaan saja, nnti klu betul2 jadi, nak salah siapa...?

    so amik bacaan info ni sebagai langkah penjagaan saja, x lebih dr itu... :)

    thankx dear..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..