Friday, August 12, 2011

Tazkirah 12 Ramadhan.

BY Sis Lin IN 4 comments

Asaalamualaikum wbt..
Tak payah tulis banyak la, kowang baca dan renungkan untuk diri sendiri..Lin pun sama, terbaca tadi lalu fikirkan dan renungkan tazkirah untuk diri sendiri..terus kongsikan kat sini..
Renung2kan dan selamat beramal..
Image search dari en.google.

Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,
Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..

Sembahyang terawih pula sekadar syarat Ramadhan,
Namun batinnya tidak diselit  rasa kehambaan,
Yang Hafiz bacaannya dikormesilkan,
Yang Imam sibuk mensyaratkan bayaran,
Yang menderma minta dihebah-hebahkan,
Habis terawih, asap rokok berkepul-kepulan,
Yang muda dan yang tua berbual tentang dunia dan hiburan,
Yang wanita berbincang tentang raya dan persiapan,
Kanak-kanak yang memerhati pula menjadikannya teladan..

Katanya bulan ibadah.. Bulan Ramadhan,
Sepatutnya perlu bersifat tawadhuk serta penuh kesedaran,
Bulan yang sepatutnya hilai tawa dikurangkan,
Agar dapat melaksanakan ibadah dan merasai kenikmatan,
Sungguh hiba bila fungsi Ramadhan disalahgunakan,
Dan dikuasai nafsu walaupun tanpa syaitan,
Semua perkara dibuat bukan kerana Tuhan..

Apakah akan ada maghfirah yang bakal dikurniakan?
Jika ini sikap kita, adakah pahala akan digandakan?
Lailatul Qadar yang bakal menjelang mampukah dikejarkan?
Atau hanya dosa dan laknat Allah S.W.T yang akan ditimpakan?
Fikirlah, fikir-fikirkan....

Kredit c&p dari SINI 


P/S: Ku mohon keampunan dariNya....Aminnn


4 comments:

  1. amin.....

    nak jawab soalan pasal fantasea... sesuai sangat2 bawak anak!! sebab banyak tempak utk anak2..
    lagi la kat dalam pentas tu.. enjoy yg amat

    ReplyDelete
  2. sharing is caring...

    thank you

    ReplyDelete
  3. Ady Budika: Oooo ok...
    Itu le nak tanya..sebab takut x sesuai je kan...

    ada lagi nak tanya...ko masuk sana ada bau2an arak ke apa ke? sebab klu ada yg mcmtu..kita2 ni ok la..tkt yg nak bwk anak2 nie..huhuhuhu

    tmpt diaorg kan x sama mcm kita ni..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..