BETULKAH SAHAM NAIK SELEPAS PILIHANRAYA?

Sis Lin
8
BETULKAH SAHAM NAIK SELEPAS PILIHANRAYA? | DEMAM hari raya pilihanraya dah bermula, bukan kata demam dah, pakej sekali migrain datang semua serentak ni, sebab masih berfikir-fikir nak pangkah undi siapa ni?. Korang dah bersedia untuk pergi mengundi ke esok? Ada yang dah sampai ke kampung dan ada yang sedang sibuk membantu berkempen sana sini kan. Tak kisah pun laa apa yang korang undi, buatlah pilihan yang bijak yaa. 

Sis dan Suami balik Kampung Melayu ajerr mengundi. Sebab tak tukar alamat Pasir Gudang, so mengundi di sana aja laa. Sis undi siapa? Hahahahaha yang mengenali Sis, mesti tau apa Sis akan pangkah hohohohoho..  Undi adalah rahasia lerr.. dendiam sudah laa.. 

Sana-sini orang sibuk berkempen. Ada yang memberi ilmu, ada yang mempertahankan, ada yang menabur perasaan amarah demi meluaskan pengaruh parti politik pilihan. Tak lupa juga, tiba masa nak mengundi ni laa, semua barang naik, sampaikan telur pun susah nak jumpa kan. Paling terkesan harga pasaran saham dunia. Entah macam mana laa selepas mengundi ni nanti. 

Sebagai seorang pembaca atau pelabur, kita bukan sahaja membaca berita-berita dan cerita-cerita untuk pemimpin terbaik, tetapi kita juga dapat melihat reaksi bagaimana politik memberi reaksi kepada pasaran saham. Persoalannya, betulkah saham akan naik selepas pilihanraya? Bolehkah kita menjangka dan membuat keuntungan dari kaunter-kaunter mengikut musim pilihanraya?

Betulkah Saham Naik Selepas Pilihanraya?

Ya benar, pasaran saham negara kita terpengaruh dengan berita-berita politik. Kenapa? Kita harus faham, ada syarikat-syarikat di Malaysia adalah jentera dalam memastikan kelangsungan politik satu-satu parti. Ada juga ahli keluarga dan rakan-rakan baik ahli politik memegang jawatan penting seperti pengarah, pemegang saham dan penasihat dalam satu-satu syarikat.

Selain itu, ada syarikat yang memperoleh laba daripada projek-projek kerajaan. Ketiga-tiga faktor ini memberi impak kepada kenaikan dan penurunan harga saham syarikat tersebut. Sebagai contoh, sebelum musim pilihanraya, parti-parti politik ini akan cuba menaikkan harga pasaran saham dan seterusnya menjual pegangan saham mereka untuk mendapatkan dana.

Kaunter Dipengaruhi politik

Buat pengetahuan semua juga, kaunter-kaunter pasaran saham juga dipengaruhi politik.
Di antara kaunter yang dipengaruhi politik:

  • Kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim - MUI Properties Bhd, Malayan United
  • Industries Bhd (MUI Group), Pan Malaysia Holdings Bhd and Advance Synergy Bhd (ASB)
  • Kaunter Berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin - Eden Inc Bhd dan Thriven Global Bhd.
  • Kaunter Berkaitan Dato' Sri Ismail Sabri - Dataprep Holdings Berhad, Sedania.
  • Kaunter Berkaitan Barisan Nasional - MyEG, Media Prima Bhd, Star Media, Datasonic
  • (dikaitkan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

Pemerhatian menarik ketika PRU-14

Dalam pilihanraya ke 14, ada satu perkara menarik berlaku dalam pasaran saham. Kebiasaannya, ketika pilihanraya, saham-saham berkaitan Barisan Nasional akan menunjukkan peningkatan. Tetapi sebelum pilihanraya pada 2018 lagi, kaunter-kaunter berkaitan Tun Mahathir telah menaik dengan kuat. Kaunter-kaunter berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meningkat sebelum pilihanraya. 

Adakah ini bermakna sentimen dalam Bursa Malaysia menunjukkan sentimen di dunia luar? Jawapannya, YA untuk PRU-14. Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan menang dan menguasai tampuk pemerintahan. Setelah menang, saham-saham berkaitan terus naik dan memberi keuntungan kepada pemegan-pemegang saham.

Betulkah Saham Naik Selepas Pilihanraya?
Penulis: WR Trader Academy

 
Apa akan jadi selepas ini?

Untuk pilihanraya yang akan berlangsung pada Sabtu ini, ianya lebih sukar diramal. Tiada indikasi kuat yang menyatakan siapa akan menang seperti pilihanraya sebelum ini. Pilihan pemilih terpecah tiga, berbanding dua sebelum ini.

Dan buat pertama kali dalam sejarah, kita melihat dari ketiga-tiga parti ini, tiada satu-satu pun benar benar kuat, terpasak dalam hati rakyat secara majoriti. Dengan usaha-usaha seperti Pengundi 18 serta pendaftaran automatik, kita juga bakal melihat perkara baru berlaku dalam pemilihan pemimpin negara. FCPO dan pilihanraya Satu lagi persoalan menarik, bagaimana pilihanraya mempengaruhi pasaran Futures Crude Palm Oil (FCPO)?

Dari pemerhatian, selama dua tahun, trend besar FCPO akan menunjukkan penurunan. Satu sifat FCPO ialah, momentum untuk ianya menurun adalah lebih kuat berbanding ianya menaik. Ia akan turun dengan kuat berbanding menaik.

Betulkah Saham Naik Selepas Pilihanraya?

Tetapi di sinilah letaknya kebaikan FCPO. Ia adalah pasaran dua arah, maka kita boleh ambil kesempatan untuk jual dulu kemudian beli (macam dropship). Dan kita boleh beli kemudian jual bila pasaran menaik. Satu lagi kebaikan FCPO, ianya adalah untuk semua - tidak dipengaruhi oleh mana mana parti atau individu politik. Tidak terikat kepada sentimen.

Maka, kita hanya perlu pandai baca carta, dan buat keputusan - untuk buat duit dari FCPO. Nak belajar lanjut tentang trading FCPO? Jom baca lebih lanjut di atmasterclass.com.my


P/S: Dan esok juga adalah hari lahir Sis hehehehe... 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sebeanarnya nak bgtau info yg last tu ke 😜

    ReplyDelete
  2. Selamat mengundi
    Tak ghetilah main2 saham ni
    Lagi pun takde duit lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat dah semuanya Wak..ini kali saham jatuh habis..

      Delete
  3. trade saham dengan ilmu, memang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nak makin saham, kena ada guru, kalau tak, rugi jangan bising pulak hehehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!