MAKAN LOBSTER SEGAR DI WAN LI CHINESE RESTAURANT

MAKAN LOBSTER SEGAR DI WAN LI CHINESE RESTAURANT | DAH nak masuk musim-musim perayaan ni kan, ramailah nanti mencari tempat-tempat makan yang best untuk bawa family makan bersama kan. Kadang tu tengok, dah tak kisahlah perayaan apa pun, orang Cina raya, Melayu India pun tumpang raya, orang raikan Krismas, kita pun sama juga pi makan sama hahaha.. mana taknya, promosi yang di adakan sana sini memang semuanya berbaloi-baloi, memang semua kaum tak lepaskan peluang kan, termasuk Sis Lin hehehe.. 

Untuk family Sis, kalau bab makan, tak payah tunggu musim perayaan, memang bebila rasa nak makan, boleh pergi, jauh ke dekat ke, jalan terus. Cuma antara sedap dengan tidak jer laa.. Lagi-lagi kalau menu seafood macam Lobster ni haa, kalau sebelum ni, Sis dan family akan ke Sungai Rengit untuk hunting makan lobster, now dah tak payah susah-susah laa, agak nak makan, boleh makan lobster segar di Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bukan satu jenis, malah tiga jenis lobster yang di sediakan dengan pelbagai masakan mengikut pilihan korang sendiri. Baru-baru ni Sis dah pergi mencubanya, memang betul, di Wan Li Chinese Restaurant ni ada menghidangkan Seasonal Lobsterish yang sedap dan segar. 

Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Untuk set hidangan Seasonal Lobsterish ni, korang boleh pilih samaada nak makan Baby Lobster (RM88), Slipper Lobster (RM148) atau Seasonal Green Lobster (RM388). Kesemuanya adalah jenis-jenis lobster, cuma saiz dan rasa ajer yang membezakan rasa lobster tu. 

Dan daripada 3 jenis lobster ni, korang boleh pilih 1 daripada 8 jenis yang di sediakan dengan gaya masakan pilihan korang. Memang agak sukar nak pilih yaa nak masak gaya masakan apa, sebab list-list menu yang di sediakan semuanya sedap-sedap dan kegemaran Sis juga aduiii.. 

Antara pilihan masakan yang boleh korang pilih adalah; 
  • Golden Salted Egg
  • Fragrant Buttermilk with Curry Leaves
  • Goh Pong Sauce
  • Kam Heong sauce
  • Ginger Sauce
  • Black Pepper Sauce
  • Szechuan 'Ma La' Pepper
  • Spicy Sweet Chili Garlic with Egg Dropped
  • Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant
Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Jenis Lobster : Seasonal Green Lobster (RM388)
Masakan : Spicy Sweet Chili Garlic with Egg Dropped

Untuk kali ni, Sis memilih masakan Spicy Sweet Chili Garlic with Egg Dropped untuk Seasonal Green Lobster yang berharga RM388 tu. Memang puashati laa, sebab besar gilerr size lobster dia weiii.. Makan seketul pun puas rasa, tapi kalau boleh nak tambah lagi, sebab sedap snagat masakannya tu. 

Tidak pedas, dan kuah selambak, so korang boleh add-on roti goreng untuk di cecah dengan kuahnya tu, atau makan dengan nasi pun dah sedap tau.. 

Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Jenis Lobster : Baby Lobster (RM88)
Masakan : Fragrant Buttermilk with Curry Leaves

Yang ni pulak jenis Baby Lobster, nampak kecil, tapi isi dia penuh dalamnya, puas juga makan. Satu hidangan tu pun banyak juga (lupa nak kira ekor), makan 3/4 orang pun cukup sangat, kecuali ko makan gelojoh hahahaha. Mulanya Sis agak konpius, ingatkan masak salted egg, sebab rasa tu macam ada, tapi rupanya Fragrant Buttermilk with Curry Leaves, pun sedap.

Masakan ni kalau dapat makan pepanas, memang cukup sedap. Makan dengan nasi pun dah kenyang sangat rasa. 

Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Jenis lobster : Slipper Lobster (RM148)
Masakan : Szechuan 'Ma La' Pepper

Okay yang ini memang sedap. Nampak kecil dan tak berapa nak ada isi, tapi percayalah, Slipper Lobster ni memang sedap dengan masakan Szechuan 'Ma La' Pepper ni, korang kena cuba. Rasanya yang pedas-pedas manjah, dengan kerangupannnya dan rasa rempah spicy di kulitnya tu, memang sedap betul. Ramai sukakannya. 

Walau dah sejuk, rasa dan kerangupannya tetap ada. Isinya tetap lembut, dan sangat segar. hidangan ni sedap di ratah ajerr di akhir-akhir makan tu, sebab korang boleh nikmati rasa rempah dia tu 'sampai' ke tekak hehehe.. 

Makan Lobster Segar Di Wan Li Chinese Restaurant

Korang boleh nikmatinya sepanjang bulan Oktober hingga December ini untuk makan tengahari ataupun makan malam. Untuk nasi dan juga menu lain, korang boleh order add-on/side-dish. Minuman pula, FREE Chinese Tea atau korang boleh order minuman lain. 

𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗟𝗢𝗕𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗦𝗛 
Oktober to December 

Lunch from 11:30am to 3:00pm
Dinner from 6:30pm to 10:00pm
[SETIAP HARI]. 

Seasonal Green Lobster RM388
Slipper Lobster RM148
Baby Lobster RM88

Whatsapp untuk tempahan https://wa.me/60127719056
Atau klik sini untuk tempahan online : https://bit.ly/TableAppWanLi

Video REEL IG akusislin di sini 


P/S: Yang balik kampung Johor mengundi tu, haa bolehlah singgah yaa hehehee.. 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah nampak sedap lobster tu... selalu kalo nak makan lobster memang ke Warung Lobster kat punggai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, samalah kita.. pun ke sana juga kalau nak makan..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment