MAKAN MAKANAN KOREA DI B.STATION BANDAR SERI ALAM

MAKAN MAKANAN KOREA DI B.STATION BANDAR SERI ALAM | SEJAK ada Yana jadi kawan di rumah bedrest ni, memang topik dan cerita makan sesajer laa yang anak banak ni bincang dan fikirkan. Kalau bukak tv, tak habis-habis bukak youtube cerita mukbang orang Korea makan, lepas tu haaa mulalah kecur nak makan makanan Korea juga hahaha masaalah betul laaa kan.. 

Tapi sejak Yana ada di rumah Sis bedrest ni, memang Sis tak kemana-mana pun, event pun banyak Sis cancel buat sementara waktu, fokus nak menjaga anak dulu. Kat rumah pun kejenya masak makan tidur jerr Sis dan Yana, seronok pulak rasa, sampaikan blog pun tak terupdate, jangan kata nak update, nak bukak pun malas hahahaha.. begitu jiwa Mak-Mak menjaga anak ekkk.. 

Makan Makanan Korea Di B.Station Bandar Seri Alam

Nak jadi cerita, pada satu haritu, Yana duk melayan laaa cerita Korea bersiri Youn Ktchen tu haa.. Sebuah program tv yang menunjukkan perjalanan bintang terkemuka Korea menjalankan sebuah restoran kecil Korea di luar negara dengan pelakon veteran Youn Yuh Jung sebagai chef utama. Youn Kitchen ni di lakonkan oleh Lee Seo Jin, Park Seo Joon, Jung Yoo Mi, dan Shin Goo, dan kabarnya musim baru nanti akan kembali semula Youn Yuh Jung. Sis ko malas cerita panjang, korang google laa sendiri yaa.. 

Dengarnya Disember ini akan ada season baru, kita tunggu.. Dan bila Yana tengok Youn Kitchen di Spain dan Bali tu, haa tak memasal dia kata, 'Mak jom pi makan makanan Korea, adik kecur laa tengok'.. arghh sudah hahahahaha.. 

Bila di tanya nak makan mana, terus dia jawab, 'Jom pergi B.Station' ,.. 

Makan Makanan Korea Di B.Station Bandar Seri Alam

Nak taknak, bawa jugalah dia keluar. Ini pestime laa Sis bawa kereta punyalah slow macam kura-kura hahaha sebab nak kasi Yana selesa dan tenang-tenang aja dalam kereta tu, sebab sejak-sejak ni dia mabuk naik kereta, so kenalah pelan-pelan hahahaha.. 

B.Station ni terletak di Bandar Seri Alam, Sis pertama kali pergi, tapi Yana dan Kakaknya dah berkali-kali pergi makan sini, ermmm.. Anak-anak Sis memang gemar makanan Korea ni, Ayahnya pun sama, bolehlah layan sekali sekali.. 

Sampai ajer menu, apalagi, menu Bulgogi Bibimbap tu laaa yang dia nak makan. Memang nampak menyelerakan dan rasanya pun sedap woo. Harganya RM21.50. Portionnya besar kemain. 

Makan Makanan Korea Di B.Station Bandar Seri Alam

Untuk Sis, Sis order menu Kimchi Jjigae. Yang ini memang sedap gilerrr, kuahnya yang masam-masam kimchi dan di makan dengan nasi, memang menyelerakan. Dan setiap hidangan, dia beri Soup Seaweed percuma, pun sedap wooo.. Harganya RM16.90. 

Makan panas-pans memang sedap. Sis suka makan kimchi, so memang layan habislah makan dan hirup kuah sup kimchi ni.. puas rasa makan semangkuk, licinn hahahaha.. Oh ya, untuk hidangan sup gini, ada 3 jenis di sediakan, satu macam Sis, yang lagi dua tu adalah Sundubu dan juga Tuna Kimchi jjigaer, pun nampak menarik, next time boleh cuba. 

Makan Makanan Korea Di B.Station Bandar Seri Alam

Bukan tu jerr, ada juga menu lain yang Yana order, aduii kalau boleh semua dalam menu yang dalam Youn Kitchen tu dia nak order tau hahahaha.. Yana order juga Ramen + Gimbab dan juga Chicken Fried Lemon. Dua-dua tu pun sedap, arghh semua sedap laaa hahahaha.. 

Memang puashati makan sini laa, tak payah pergi jejauh sana mencari makanan Korea, agak nak makan makanan Korea, datang je laa B.Station Bandar Seri Alam ni, memang tempat makan best Johor laaa sini selain K-Fry.. 

Makan Makanan Korea Di B.Station Bandar Seri Alam

Total kitaorang makan semua tu, dalam RM80++ jer beserta minuman.. tapi sangat puashati.. Korang kalau nak cuba, boleh walk-in atau take-away juga. Tak silap macam ada dalam GrabFood, korang boleh check yaa.. Alamat Sis letak bawah ni yaaa.. 

Kedainya senang nak tuju, area sebelah Regency Hospital, belakang jalan Restoran MyKluang sana. 

B.Station Halal Korean Food
No 3, 3, Jln Suria 1, 
Bandar Baru Seri Alam, 
81750 Masai, Johor

Di buka dari jam 12pm hingga 10pm
ISININ TUTUP .. 


P/S: Bila anak kata nak makan, memang tak sampai hati tak tunaikan kan.. Mak_mak sangat ekkk hahahahaha.. 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bulgogi ada.. kimchi ada.. haaa apa lagi, serbuuuu

    ReplyDelete
  2. Memang nampak menu dia sedap kak.. Terliur ibu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, puashati makan, dah macam dekat Korea gitu hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kannn, kalau pergi pun, rasa takkan sama macam dulu kan Ret...

      Delete
  4. Wak tak terjebak lagi dengan korea2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak memasing kan Wak, ada kawan kita, Maknya Jawa dan dah tua, tapi suka betul makanan Korea hehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment