SPOTV AKAN MENYIARKAN 'ALL ELITE WRESTLING' SECARA EKSLUSIF DI MALAYSIA

SPOTV AKAN MENYIARKAN 'ALL ELITE WRESTLING' SECARA EKSLUSIF DI MALAYSIA | SPOTV mengumumkan kolaborasi dengan All Elite Wrestling (AEW) untuk menyiarkan dan strim konten AEW di saluran televisyen dan servis OTT kepada peminat sukan di Asia Tenggara. Perjanjian bersejarah ini menandakan pertama kalinya AEW ditayangkan di Malaysia, secara ekslusif kepada  SPOTV.

AEW adalah liga gusti profesional yang baru yang sedang meningkat naik dengan rating tinggi, aksi kelas dunia dan menghiburkan. Konten AEW boleh mula disaksikan pada 2 Disember di saluran SPOTV begitu juga aplikasi striming SPOTV, SPOTV NOW.

Selain daripada ahli gusti ternama seperti Chris Jericho, Samoa Joe, Jon Moxley, Bryan Danielson, Claudio Castagnoli dan Sting, AEW dalam masa yang sama membentuk bintang-bintang gusti yang baru seperti MJF, Darby Allin, Jungle Boy, Jade Cargill, Dr. Britt Baker, Toni Storm, Ricky Starks dan Powerhouse Hobbs. Dalam pada itu, AEW juga telah melancarkan permainan video, patung figura, kad trading, barangan rasmi dan lain-lain lagi.

SPOTV akan menyiarkan “All Elite Wrestling” Secara Ekslusif di Malaysia

Setiap minggu, para peminat boleh menikmati aksi dari AEW: DYNAMITE dan AEW: RAMPAGE. Selain itu, peminat juga akan mendapat akses kepada acara pay-per-view AEW - REVOLUTION, DOUBLE OR NOTHING, ALL OUT dan FULL GEAR.

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa peminat lebih dekat dengan acara sukan terkenal dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga konten ekslusif belakang tabir di @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter

SPOTV NOW boleh didapatkan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, and Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV di Malaysia boleh didapati di Astro dan Unifi TV.


P/S: Memang Sis tunggu ni oii hahahaha.. siapa sini peminat gusti? :p 

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)