MASIH RAMAI YANG SAYANG, ALHAMDULILAH

MASIH RAMAI YANG SAYANG, ALHAMDULILAH | SYUKUR masih ada ingatan dan masih ramai yang sayang. Di hari jadi Sis pada 19 November tahun ini, memang banyak kenangannya. Mana keluar mengundi di hari jadi, then seharian dari pagi hingga ke petang penuhi jemputan kahwin kawan Suami, malamnya keluar makan bersama anak-anak dan menantu, kemudian esoknya dapat pulak berkumpul sama dengan adik-adik yang datang kerumah, memang sangat bahagia. 

Orang kata bahagia jangan di tunjuk, takut ada yang benci, nanti takut penyakit ain, tapi tak apa, bahagia itu kita yang rasa, selebihnya kita berserah kepada Allah. Yang penting niat kita, buat sesuatu hanya untuk redha Allah, bukan minta pujian manusia semata, syukur selalu dan bersyukur seadanya, janji bahagia kita bukan atas penderitaan orang lain.. 

Masih Ramai Yang Sayang, Alhamdulilah

Tahun ni memang tak jangka akan semeriah gini ingatan hari jadi Sis. Sama seperti tahun-tahun sudah juga. Yee Sis sedia maklum sebab memasing sibuk keluar mengundi, yang balik kampung dan mungkin banyak urusan yang nak di selesaikan, so memang tak jangka kengkawan akan hantar hadiah ke rumah. 

Tambah-tambah lagi, dalam group memasing semua senyap. Sis pun sibuk juga, so memang tak kisah laaa.. tup-tup ehhhh amekkawww satu-persatu hadiah sampai ke rumah, nasib baik juga kebetulan baru aja sampai rumah dari majlis jemputan kahwin. Semua tu dari Geng Bas Sekolah Sis dan sahabat-sahabat Sis lain. 

Masih Ramai Yang Sayang, Alhamdulilah

Tapi yang bestnya, hadiah pertama pada hari jadi tu di hantar sendiri oleh tuan tanah Sunah Sakura berupa sekotak brownies dan secawan Starbuck hahahaha.. dia boleh pulak nak suprise kita tapi kita kat luar, so berjumpalah di Shell aja hahahahaha.. 

Kemain sedap yaa brownies Sunah, lama tak makan, tak sangka pulak di baca isi hati ni nak makan brownies hahaha .. siap ada manisan ala-ala batu kristal ko, ingatkan betul kristal, bolehlah buat gelang hohoho.. apa-apa pun terima kasih Sunah dan juga Ajan, yang drive jejauh hantar hadiahnya. Sedih juga, balik dari jumpa Sis mereka accident terbabas, nasiblah mereka berdua tidak ada apa-apa, hanya kereta Sunah yang cedera teruk. 

Masih Ramai Yang Sayang, Alhamdulilah

Dan malamnya pulak, kami sekeluarga keluar makan malam di Kampung Carabao. Mulanya Yana ajak makan di Jepun Ikan Bakar, tapi entah, Suami taknak pulak makan kat sana, katanya makan tempat lain aja, so dia tanya Sis nak makan mana, apalagi memang Sis ajaklah makan di Kampung Carabao ni, sebab teringat-ingat kesedapan Tomyumnya tu dan juga Ketam Butter dia, perghh dapnyaa.. 

Memang malam tu banyak kami order dan makan pun sambil jeling-jeling handphone memasing, sebab nak tau siapakah yang menang pilihanraya dan siapakah Perdana Menteri baru Malaysia, ternyata... nan ado, parlimen tangguh sampai laa ke harini. Balik rumah layan tv dengan menantu, sampai dekat jam 4.30am pagi baru Sis tidur duk asyik tunggu berita berkaitan PRU15 ni, adeiii.. 

Masih Ramai Yang Sayang, Alhamdulilah

Esoknya Ahad (20 November) adik-adik pula datang berkumpul di rumah. Minta adik ipar mengemas bilik bawah untuk di jadikan bilik berpantang anak Sis,Yana nanti beserta anaknya. Banyak barang di alih dan di buangnya, lapang mata tengok. Barang-barang persiapan semua dah siap sedia termasuk katil bayi, dan keperluan bayi, alhamdulilah..

Untuk makan-makan pada haritu, Suami dah sesiap belikan tulang gearbox 4 kilo untuk Sis masak Sup. Seperiuk ko sekali hadap, dua kali tekan masuk periuk Noxxa. Alhamdulilah Allah beri sedap dan licin seperiuk. Menu lain ada juga Yana masak Ayam Butter dan Sis masak Asam Pedas Ikan Duri buat adik Sis, syukurlah, memasing makan penuh kegembiraan hahahaha.. 

Apa-apa pun syukur alhamdulilah atas nikmat yang diberikan oleh Allah. Sesungguhnya nikmat yang Sis dapat ini berkat dari doa-doa kalian semua. Moga yang baik-baik aja buat kita semua.. Terima kasih untuk kasih sayang yang korang berikan kepada Sis. Tak harap hadiah pun dari sesiapa, cukup Sis mohon doakan kesihatan Sis dan juga doakan segala urusan dunia akhirat Sis Allah permudahkan.. inshaallah.. 


P/S: Al-Fatihah buat arwah Mak & Abah ❤

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Happy belated birthday Sis Lin...wah..Yana nak bersalin dah x lama lagi kan...x sabar nak tgok cucu Sis Lin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA..
      Yaa SA, dah menunggu ajerr saat bila nak due ni.. doakan yaaa..

      Delete
  2. happy belated bday sis..meriah tu, alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, tak sangka masih ramai yang sayang Mummy..

      Delete
  3. Alhamdulillah, happy belated birthday sis Lin. Penuh ek dengan hadiah.. seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aien.. penuh semeja hadiah, tak sangka pulak dapat pada haritu hehehehe

      Delete
  4. alhamdulillah, seronok tengok banyak betul hadiah dapat..hihihi, nasib ko tak buat gelang ek..memang sengaja aku cari biji gula tu macam kristal..nasib tak jumpa yang 12mm hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, makaseh Sunn.. tahun depan bagi batu real yaa hahahaha

      Delete
  5. Alhamdulillah, diingati selalu..Aamin doanya sis Lin..Moga makbul apa yang didoakan dan dihajati... Dah agak kristal tu mesti yang jenis leh makann..HEHE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulilah Non.. moga yang baik-baik juga buat ko Non...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment