KORANG BIASA MAKAN DI LUAR SEORANG DIRI TAK ?

KORANG BIASA MAKAN DI LUAR SEORANG DIRI TAK ? | Biasa atau tak biasa? Untuk Sis, memang tak biasa, sebabnya kebiasaannya memang makan dengan Suami, anak ataupun dengan kawan-kawan, amat jarang sekali kalau Sis makan sorang-sorang diluar. Tapi sejak anak dah sibuk, Suami pun dah sibuk, kawan-kawan pun bukanlah sepanjang masa ada masa dengan kita, makanya dah jadi biasa pulak kalau makan kat luar sorang-sorang.

Agak kekok dan rasa lain macam bila kita makan sorang-sorang ni. Kalau nak makan, fikir pulak nak makan kat mana. Sis kalau rasa memang akan makan seorang diri, Sis takkan pilih kedai yang makannya diluar atau yang lebih ramai orangnya, Sis akan masuk kedai seperti cafe, atau restaurant tertutup. Bukan malu atau jaga standard tapi untuk keselamatan dan juga kesopanan kita hahahaha.

Bukan kata selama ni tak sopan tapi kalau dah seorang, kena pulak kau tu isteri orang, makanya jagalah sikit diri tu, jangan nak terlalu expose sangat makan seorang diri di tempat yang penuh orang macamtu. Okay tu bagi pendapat Sis, kalau pendapat korang Sis tak taulah. Bukan sebab Sis ni pemalu atau mengada-ngada orangnya tapi tak biasa, jadi bila makan seorang diri tu jadi serba tak kena. 

Kang ada pulak yang menjawab 'kalau dah gitu, baik makan kat rumah aje, masak'. Ermm tulah kan orang kita, memanglah tu jawaban dan cara selamat, tapi bukan hari-hari laa oii makan kat luar, ada ketika dan masanya je. Macam semalam Sis ada urusan di luar, settlekan servis kereta, kemudian ada urusan tabung haji, dari pagi bawak ke hampir petang, jadi memang tak dan le nak memasak, so semalam cari aje kedai makan dan duduk makan.


Urusan semalam hanya sekitar Bandar Seri Alam dan juga Permas, Jadi cari aje lah kedai memana yang rasa nak lepak makan. Tapi semalam terlajak pulak perginya ke Johor Jaya, gara-gara tersalah masuk simpang, patutnya nak ke Trove Hotel jumpa kawan huhuhu. Jalan dah mula jem, makanya terus ajelah cari kedai makan. Alang-alang dah kat Johor jaya, makanya mana lagi kalau tak SDS Bakery Cafe ajelah, situ aje yang rasa okay nak lepak sengsorang makan. 

Orang tak ramai, jadi agak selesalah nak makan. Memang suka suasana tempatnya, santai, servis cepat, dan tak riuh macam sesetengah kedai makan. Korang boleh makan dengan penuh fokus hahaha. Oh gambar tu nampak macam dua orang makan eh hahahaha. Tu semua anaaa yang punya hahaha. Sis order Chicken Chop Terayaki dan juga soup cendawan, air minta ais kosong aje kali ni, bukan diet tapi baru bedal sebotol nescafe huhuhu. 


Tapi tengah-tengah nak makan, Suami call, tanya tengah buat apa, dah makan ke belum, dah sihat ke? Heheheh macam tau-tau kita tengah makan, so Sis ko rasa macam makan berdua plak semalam, sambil makan sambil sembang dengan Suami. Suami tau Sis belum sihat, masih batuk dan selsema, sebab tu berpesan-pesan siang malam kalau call, dia suruh makan ubat batuk, dia memang tau Sis ni penakut makan ubat batuk hahahaha. Tapi kalau Suami sakit, Sis lah orang yang memaksa dia makan ubat batuk hahahaha. 

Okaylah tu la kesah semalam yang Sis nak cerita hahahah. Tu pun nak cerita ker. Ye laaa janji update. kalau boleh, kejap lagi pun nak update lagi hahahaha. ada Sis kesah!. 
Yang sibuk-sibuk tanya tu, dah update blog ke belum hahahaha :p








P/S: Rindu rindu rindu rindu.. i miss you.. i love u .. 


18 comments:

  1. i miss you too...tiberrr..hahahah

    makan luar sorang2 ni da biasa gak buat sebab kawan2 tak semua ada masa fleksibel macam saya...jadi, sejak2 tu da kene belajar makan sorang2..tak mati aihhh makan sorang..kahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ko memang tak biasa makan seorang diri @Sunah..memang tak mati, tapi rasa macam mati kutu hahahahhaa

      Delete
  2. i miss youu toooo..siannya sis... bersyukur pulak rsenya abang ain selalu teman ain ...hahahhahaa....kalau tak forever alone aku..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr syukurlah ko ada abang yang teman ko makan tu @Farahain..esok-esok dah makan seorang, tentu rasa macam Sis ko ni haaaa

      Delete
  3. ejulz biasa je makan sorang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki memang banyak masa makan seorang diri kann @Ejulz huhuhu

      Delete
  4. jarang rasanya makan kat luar sorang diri..Kalau kat office, memang sanggup tapau makan kat opis je ler...
    kalau kemungkinan terjadi pun, i lebih suka tempat tertutup..xdelah malu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, kalau iye sangat memang Sis pun bungkus makan kat rumah, sebab tu bila makan seorang diri tu rasa lain macam betul...

      Delete
  5. CERITA MACAM NILAH UPDATE KAT BLOG BUAT KENANGAN DI HARI ESOK..

    Eh, baru tersedar terguna capital letter, itu maknanya kita tgh buat keje opis smbil blogwalking, kahhhhh.

    kita biasa mkn sorang2 kat luar sis, tapi klu mkn sorg2 tu mmg kita cari kedai yg tak ramai org & tak ada tempat lain nak tuju maka kita tapau ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo okay juga tu, ada gak selalunya, kalau Lin ni memang jarang sangat kak @Seri makan seorang, pelik benau rasa...

      Delete
  6. kita makan sorang.. tengok keadaan.. kalau tade orang teman baru makan sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalau Sis memang tak keadaan lapar je Sis makan seorang diri @Farah hahahaha

      Delete
  7. Saya :D Biasa da makan sorang2 dari musim kolej lagi. Kadang kalau free time, saya akan jalan2 sorang untuk ambil fresh tuk diri sendiri. tapi bunyi macam lonely la pula kan. Tapi saya da biasa :)

    -saya followe yang ke #1579

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak koleh atau U, mereka ni biasa juga makan serorang Sis tengok, sebab anak Sis pun macam tu @Carly, nanti kalau dah berumahtangga, rasa lain beno makan seorang diri tanpa suami dan anak-anak hehehe

      Thankx Follow dear :)

      Delete
  8. Seronok makan sesorang ni tau.. boleh enjoy dan makan dengan penuh feeling menikmati makanan..own sweet time gituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa fikir macamtu juga @Fuzy, tenang aman makan sengsorang ni, tapi dalam masa yang sama jadi serba tak kena dan rasa tak selesa hehehe

      Delete
  9. Kita tak biasa makan sesorang macam sis lin, tapiii suka makan dalam kereta, contohnya dah letih ke hulu ke hilir, singgah gerai pisang goreng, kepok lekor then makan dlm kreta ja. makan nasi bebetul mmg di rumah sajalah. hiii... kdg skip terus mkn nasi, sbb da kyg makan pisang goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau makan dalam kereta tu memang jadi kebiasaanya juga bagi Sis @Cha, tapi kalau makan seorang diri di kedai tu, itu yang Sis rasa pelik bagi Sis hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.