SAMBAL IKAN BAKAR MAK_NAH FROZEN

SAMBAL IKAN BAKAR MAK_NAH - PES FROZEN | Lama Sis tak membebel pasal masakan kan, rindu pulak nak up cite masak-masak ni. Bukannya apa, memang bizi memanjang, kadang memang tak masak pun. Dalam 2 minggu lepas memang penuhi jemputan media untuk promotion Yee Sang aja, makanya memang off dapur merahku hehehe. Waktu Suami balik dah memanglah, memang dapur off, kerjanya asyik keluar makan, dating berdua aje, kalau Suami teringin nak makan sesuatu, barulah Sis masak, kalau tak memang manjang Suami kata 'Takyah susah masak, kita keluar ajelah makan'..hehehehe..

Sejak jadual sibuk dan kadang masak pun on off, makanya pes Sambal Ikan Bakar Mak_Nah ni memanglah sangat sesuai untuk Sis, dah tak payah nak gunting lada bagai, nak tumis ke, hanya tinggal sumbat dan bakar dah siap! Senangkan. 


Tu dia model jari gebus Mia yang jadi mangsa hahaha. 
Mana nak dapatkan sambal ni? Oh ya, Sis kebetulan masa tu duk belek-beleklah instagram, tiber terlalu dan ternampak rakan blogger Faez Ramly promot, apalagi, Sis pun tanya dia, dia kata emaknya yang buat sendiri (homemade), dengar aje kata dia emaknya buat, kompom sedapkan, ye laa air tangan emak-emak ni jangan memacam, masak apa je semua sedap. So terus Sis order 2 bekas, sebekas tu rm10 aje ko! ye rm10!!. Murah kan, Pekat dan wangi baunya. 


Korang nak beli walk in terus pun boleh, rumahnya sekitar Bandar Baru Uda, dan kalau nak delivery (sekitar Johor) pun boleh tapi waktu petang atau malam. Cubalah, nanti last post Sis bagi nombornya ye. Berbalik pada sambal tadi, kebetulan harini si blogger Mak Suzlin tu nak datang rumah, bukan nak cakap ke, tau-tau dah depan pintu pagar, sabar jelah. 

Makanya rezeki dialah, Sis masakkan ikan bakar caru guna sambal ikan bakar Mak Nah ni. Bakar 2 ekor. Semerbak bau dalam rumah hehehe. Nanti dulu, belum makan jangan komen dulu. Kejap ea tunggu masak.

Ikan tu macam biasa, korang siang buang perut, then cuci bersih dan kelar tengah perut dan kelar tepi dia untuk kita isi sumbat sambal tu (macam dalam gambar tu). Oh ya, tak payah letak garam ke apa ke ye, semua dah siap, cukup semua bahan dalam tu.


Dan seterusnya korang bakarlah ikan tu. Nasihat Sis korang gunalah kuali yang tidak melekat ye, supaya elok dia masak dan tidak melekat dan hangus cepat. Kuali Sis tu kuali DIY aje. 
Buka api perlahan aje, jangan terlalu besar, biar dia terbakar dengan sukarela hehehe. Masa ni bau sambal tu dah naik wanginya. Hurmm lepas ni, Sis rasa macam nak hiris daun limau purut dan sumbat dalam sambal tu, mesti rasanya lebih sedap kot dan wangi.

Jangan lupa balik-balikkannya yer, kang masak sebelah pulak. Masa nilah si Mak Suzlin tu dah col kata dah depan rumah, aishh tau-tau dah depan rumah, sayur pun belum goreng lagi..hahaha.


Taraaa agak dah masak je ikan tu, haa tutup api terus hidang, makan panas-panas memang sedap. Sis goreng kangkung belacan, telur dadar dan ikan asin, makan berdua dengan Mak Suzlin, kemain berselera, ye laa selalu makan seorang diri, ni hari makan berdua, mau tak berselera..

Mak Suzlin pun kata sedap, jadi testimoni sekali, memang sedap sambalnya, boleh repeat order lagi ni. Tak nyesal beli, memang sedap. Rm10 okaylah dari korang nak mengunting cili, nak blender bagai, haa beli aje yang dah siap. Tinggal masak aje. Lepas ni boleh cuba buat sambal sotong ke, udang ke, kompom sedap juga ni kan..

Yang nak cuba bolehlah order ya. 

Instagram : maknah_frozen

atau

wahtsapp/col : Faez www.wassap.my/60192061053







P/S: Sis dah terbayang ikan pari bakar pulak, waduh sedapnyaaa..yummmmsss..tungguu..


8 comments:

  1. Wah, boleh try juga ni. Nampak sangat menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEdap @Zumal, memang boleh try, puashati ...

      Delete
  2. yee tungguuu...tungguuu kami datang makan pulakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ayuhhh laa @Sunah, bila lagi..jomm laaaa

      Delete
  3. sedapnyaaaa sisssss., ya ampun ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh laaa sini @Farahain, Sis masakkan pulak ya...

      Delete
  4. Replies
    1. Silala try, mereka semua dah order @Hernee hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.