COOLBLOG MENYEMARAKKAN 2019 DENGAN KEMPEN 'HARI HARIMAU'

COOLBLOG MENYEMARAKKAN 2019 DENGAN KEMPEN 'HARI HARIMAU' | 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara. Korang dah cuba ke? Kalau belum silalah cuba. Sejak CoolBlog pertama dibuka, rasanya Sis la kot antara pelanggan yang kerap sangat beli CoolBlog ni. Boleh dikatakan hampir 1 minggu sekali mesti beli. Dulu sewaktu Sis menetap di Bukit Indah, memang nak kata dekat sangat tu idok le, tapi still dekat dengan tempat tinggal Sis, so kalau hantar atau amik anak sekolah, mestilah singgah.
 Jadi bila kata CoolBlog nak lancar minuman baru, so rasa teruja le, surprise juga, minuman apalah agaknya kan. 

Jenama minuman terkemuka Malaysia, CoolBlog, telah melancarkan menu minuman terbaru iaitu 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan juga menandakan kempen suku pertama yang diberi tema 'Hari Harimau'. Kempen selama 3 bulan ini akan menampilkan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' sebagai produk wira CoolBlog untuk tahun 2019 sejajar dengan trend minuman ini yang menjadi kegilaan di Taiwan dan Hong Kong.


Permulaan tahun baru adalah sinonim diberi gelaran permulaan baru, harapan baru serta perjalanan yang baru. Inilah yang ingin dicapai oleh CoolBlog Desserts Sdn Bhd dengan pengenalan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Pengenalan ini membuka peluang kepada CoolBlog menawarkan promosi, ganjaran pembelian dan acara menarik kepada pelanggan dan komuniti setempat untuk bersama-sama ke cawangan CoolBlog untuk menyambut kemeriahan tahun baru 2019 ini.


Kempen 'Hari Harimau' oleh CoolBlog bukanlah hanya kempen di media massa, tetapi ianya adalah kempen yang menunjukkan kepada pelanggan setia CoolBlog bahawa CoolBlog menjadikan tahun 2019 ini sebagai permulaan untuk pelbagai lagi kempen pada setiap suku tahun. Setiap kempen akan menekankan kepada aspek pertumbuhan perniagaan, memberi penghargaan kepada pelanggan setia dan yang paling utama, CoolBlog akan meraikan kesemua francaisi di seluruh Malaysia.


'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' ini adalah minuman khas yang dibuat menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam. Campuran gula perang dengan teh dan kopi premium yang berkualiti dari CoolBlog memberikan kesan luar biasa menyerupai cakaran harimau di setiap bekas minuman CoolBlog. 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dijual pada harga RM6.50 dan didatangkan dengan cawan bercorak khas 700ml dan boleh didapati di semua cawangan CoolBlog di seluruh negara.


TEMPOH PROMOSI 

Promosi 'Hari Harimau' berlangsung selama 3 bulan dan bermula 15 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019 yang menawarkan kepada pelanggan pelbagai promosi, acara dan ganjaran yang menarik. Pelanggan pasti akan teruja dengan suasana dekorasi cawangan CoolBlog yang akan menceriakan lagi saat-saat menikmati 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Pelanggan berpeluang untuk mendapatkan pelekat tatu harimau dengan setiap pembelian RM10 ke atas, baucer diskaun, belon khas untuk pelanggan cilik serta berpeluang untuk berfoto menggunakan papan foto sepanjang tempoh kempen 'Hari Harimau' berlangsung.


#RIMAUDANCE CHALLENGE COMPETITION

Sempena kempen 'Hari Harimau', CoolBlog menganjurkan cabaran tarian yang dinamakan #RimauDanceChallenge di media sosial. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan dapatkan pelekat tatu harimau yang disediakan. Seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram CoolBlog, tonton video tutorial dan tiru langkah tarian didalam video tersebut. 

Pelanggan kemudian perlu memuat naik video tarian mereka di akaun media sosial dan tag CoolBlog @coolblogmalaysia dengan hashtag - #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Pertandingan tarian akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 15 Februari 2019. 3 Pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1000


TEMUI SKUAD SURIA FM

CoolBlog juga bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Hari Harimau yang akan menampilkan pasukan skuad Suria FM di cawangan CoolBlog yang terpilih. Pelanggan akan berpeluang untuk beramah mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang Januari hingga Mac 2019. Senarai penuh penampilan skuad Suria FM adalah seperti berikut :

17 Januari 2019 - CoolBlog cawangan Paradigm Mall Johor Bahru
31 Januari 2019 - CoolBlog cawangan Tesco Mergong , Alor Star
2 Mac 2019 - CoolBlog cawangan Melawati , Kuala Lumpur
9 Mac 2019- CoolBlog cawangan Tesco Klang


Jom dapatkan minuman CoolBlog dan jangan lupa join #RimauDanceChallenge tu ya.
Ajak anak jiran, adik abang kakak, Mak Pak pun boleh kalau sporting, kawan-kawan juga Suami pun kalau nak pun boleh heheheh. Mana tau rezeki korang kan. 

Website CoolBlog: CoolBlog Malaysia
Facebook Page: CoolBlog Official 







P/S: Sis memang pengemar kopi, so perasa coffee tu memang 'ngam' lah dengan Sis, airnya kurang manis, mungkin sebab gula perang tu, dan kopinya tidaklah terlalu pahit dan rasanya memang sedap! Korang cubalah. Cawan dia cantik tau!



14 comments:

  1. Rimau dance challenge tu Mak Inche sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak @Seri, cubalah buat dengan Iman hahaha sekali Pak Inche join sekaki hahahaha

      Delete
  2. sukaaa betul air cakaran harimau itu.. sedappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Coffee tu kurang manis kan @Farah..kalau yang Milk Tea tu ramai kata manis hehehehe

      Delete
  3. nak beli lagi nanti....kopi di hatii..haha

    ReplyDelete
  4. saya pun memang minat betul Coolblog dulu time study degree kat UPM. kalau craving je, beli. mengidam je, beli hahaha. mana tak gemokk weee~

    cuma yang perisa baru ni belum rasa lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sama Sis, dulu pantang kata kuar je perisa baru, terus pergi beli @Sayidah, meroyan macam haperrr hahahaha

      Delete
  5. Macam sedap ja ni..kena pi cari lah jugak nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap @Mama, try lah be,i, memang tak rugi!

      Delete
  6. cawan dia memang cantik kannn.. sebab tu sampai tak boleh bawak masuk kedai lain...oppsss😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann @Farahain, kedai tu jelssss tengok kita tak singgah kedai dia dulu hahahaha

      Delete
  7. nanti boleh la try apa yang sedapnya minumana cakaran rimau ni..roarrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha memalam jangan beli, takut mengaumm mencakar lain macam pulak @Rohaida hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.