NAK TIDUR DAH KE? JANGAN LUPA CUCI KAKI TU YA

NAK TIDUR DAH KE? JANGAN LUPA CUCI KAKI TU YA | Dah cuci kaki tangan molot semua? Senang ko amik wudhuk aje, tercuci segalanya. Bukannya apa, Sis pesan aje sebelum tidur, Sis pun nak tidur gak ni. Rajin sikit, kita taip satu entri pesan memesan buat semua. 

Kalau orang tua-tua, termasuk Emak Sis, memang itulah yang dia pesan sebelum tidur, dari depan terjerit-jerit 'Nak tidur haa cuci kaki tu dulu Dolly (nama timangan Cina dalam family), kang malam ngigau' sebabnya Sis kaulah ratu bangun malam hahahaha. Marah betul adik-adik kalau tengah tidur tiba kejut dia. Kadang goyang-goyang badanlah, sepak-sepak kaki la, ada masa cakap sendiri hahahaa tu dulu, sekarang dah tak. 

Teringat Sis ko baru-baru ni, tidur sebilik dengan kawan masa bercuti, pestime Sis dengar orang bercakap tengah tidur hahahaa. Nak kata dia tak cuci kaki, dia siap mandi bagai, agaknya memang jenis tidur bercakap laaa. Dua malam dia bercskap 'Jangan, janganlah, 'Sini, panjang lagi tu, sinilah' ..entah apa yang jangan, entah apa yang panjang ntah hahahaha..

Siapa? Syyyyhhhh..jangan cakap kuat-kuat nanti mampos dengar dek dia kang, boleh meletop Pasir Gudang ni hahahaha. Aje gile!!

Ok dah laa jom kita tidur, tidur awal, bagus untuk kesihatan, jangan duk main PUBG je oii.. 


Tu kaki orang bukan kaki Sis hahahaha. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Jika engkau hendak ketempat tidur, hendaklah engkau berwudhuk sepertimana wudhuk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring kekanan dan membaca : 'Ya Allah, ya Tuhanku aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan perkaraku kepada-Mu, lindungkan belakangku kepada-Mu kerana suka dan takutku kepada-Mu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepada-Mu, aku percaya dengan kitab-Mu yang engkau turunkan kepada Nabi-Mu yang engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan".

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Sedikit nak sambung.
Ketika hendak tidur sebelum melelapkan mata. Genggamkan kedua belah tangan dan baca surah berikut sebanyak 3 kali setiap satunya.

1. Surah Al-Ikhlas. (3 kali)
2. Surah Al-Falaq (3 kali)
3. Surah An-Nas (3 kali)







P/S: kalau Sis yang selalu pesan nak tidur ni, Suami. Selagi tak cuci, tak amik wudhuk, selagi tu dia tanya dan tanya dan tanya. Huhuhu..Terima kasih Suamiku selalu mengingatkanku. 


2 comments:

  1. uik sape la tu yang bercakap dalam tidoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha syhhhh dendiammmm @Sunah hahahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.