AKU RASA ITU BUKAN ANAK PAK SAMAD!

AKU RASA ITU BUKAN ANAK PAK SAMAD! | MAKIN hari semakin mendebarkan, tinggal hanya lagi 4 episod akan berakhirnya 35 episod drama 7 Hari Mencintaiku 3 di Slot Akasia tv3 setiap hari jam 7pm tu. Pada awal mula tayangannya, Sis tak layan drama ni, bila masuk episod 5, dan baca sinopsis dan juga komen-komen reaksi kengkawan yang menontonnya, terus Sis marathon layan drama ni sampai laa ke harini. 

Perghhh dia punya jalan cerita memang bikin panas dan beremosi. Mulanya memang agak annoying sikit jalan ceritanya, sebab, balik-balik kes yang sama. Kalau tak Mia tu di sakiti dek orang ke-tiga, pasti ada jerr yang muncul jadi penyebab rumahtangga mereka jadi porak pranda. Memang geram betullah bila watak Doktor Fatin, Nad dan juga Nurul Ain tu muncul menjadi 'mulut longkang dan kaki goda'... memang rasa nak lempar je tv hahahahaha.. 

Aku Rasa Itu Bukan Anak Pak Samad!

Pastu hilang cerita cinta si Doktor Fatin pada Khuzairi, datang pula Cik Ina yang kaki hasut kerana nak balas dendam pada Tuan Johari tu, dah si Sofie dan Helmi jadi mangsa, apalagi si Ilah cucuk jarum laaaa bila dah termakan dek kata-kata syaitannya si Cik Ina tu... eee geramnyaaa aku.. 

Now menjadi tanda tanya apabila tiba-tiba Nurul Ain mengandung dan dia mengaku depan Mak Leha dan semua orang semalam yang anak di kandungkan itu adalah anak Pak Samad, gilerr ke haperrrr... mulanya Khuzairi nak bertanggungjawab sebab nak menjaga maruah keluarga, tapi bila Mak Leha terlalu sayangkan anak menantu dan cucunya, akhirnya Mak Leha redha suruh je Pak Samad yang bertanggungjawab..

Aku Rasa Itu Bukan Anak Pak Samad!

Yang kelakarnya... Nurul Ain berterus terang pada kawannya Zura, katanya Pak Samad perkosa/rogol dia.. begitu juga Pak Samad, dah cerita sebenarnya kepada Khuzairi apa yang berlaku.. yang peliknya, padahal dari mula Nurul Ain bagi minum air pada Samad tu, kemudian Pak Samad pening dan terus di bawa masuk bilik, dari situ Sis dah dapat agak, yang itu bukan anak Pak Samad!!!!.. Pak Samad kena perangkap.. 

Terus kepala Sis fikir... Nurul Ain ni mesti mengandungkan anak si Borhan. Sebab ada satu episod tu, Nurul Ain ada menyimpan bukti yang Borhan nak hancurkan hidup Mia, tapi Nurul Ain dan Mak Leha pergi serang si Munah tu, sebab Munah turut sama berpakat dengan Borhan, then terus lenyap cerita tu... so Sis rasa Borhan ada jumpa Nurul Ain then si Nurul Ain yang kena rogol dengan Borhan. 

Aku Rasa Itu Bukan Anak Pak Samad!

Kot manalah tau kan, Nurul Ain kena rogol dengan Borhan, then si Munah tu tawu dan nak selamatkan si Nurul, tu yang Munah kena pukul.. rasa Sis laa... atau Munah kena pukul sebab dia tau yang Borhan racun kambing-kambing si Khuzairi... tu semua antara Munah dan Borhan tu.. padan juga muka si Munah lumpuh akibat kena pukul tu.. nasib baiklah Laki kau dan Mertua kau tu nak terima kau lagi Munah oii..

Episod semalam, Mia pulakk terdengar perbualan Pak Samad dengan Khuzairi, tapi Mia dah salah faham dan hilang sabar, dah mengamuk pulakkk dan marah bila Khuzairi kata dia nekad nak kawin dengan Nurul Ain sebab nak jaga maruah keluarga.. adoiii Khuzairi ni pun satu hal.. kau ingat nikah kawin ni memain ke? walau kau kata kau cinta Mia sepenuhnya... perlu ingat, bila kau dah nikah dengan orang lain, sakitnya hati seorang isteri tu, hanya Tuhan je yang tahu... kau yang pentingkan diri Khuzairi oii.. 

Aku Rasa Itu Bukan Anak Pak Samad!

Cuma yang Sis perasaan, Sofie nampaknya macam nak lembut hatinya terima Helmi, lagi pulak dia tengah mengandung tu.. harap si Helmi janganlah layan si Ilah sewel tu, geramm Sis, pompuan giler harta memasing, sama dengan si Nurul Ain.. sanggup buat apa jer demi duit!!.. pening Sis ko dengan watak-watak semua dalam drama ni hahahaha.. rasa nak lepukkkk jerr memasing.. 

Nad pun dah insof, dah minta ampun dengan Mak Mertuanya.. tu laaa kau Nad, percaya sangat dengan Maksu Biah kau tu, sekali dah tau cerita semua, haaa baru kau tawuuu.. nasib baik si Zaidi tak ceraikan kau lagi Nad oiii... yang kesian Ustaz, gigih dan tak putus asa nak memujuk dan nak rujuk balik dengan Doktor Fatin.. moga Fatin terbuka hatinya untuk kembali dengan Ustaz. 

Aku Rasa Itu Bukan Anak Pak Samad!

Paling penting... si Adam tu. Dalam situasi gini, tak payah laaa nak masuk campur hal keluarga orang, sibukkk je laa nak amik peluang time rumahtangga Mia dan Khuzairi tengah bergolak.. kadang nyampah pulak nengok.. muka skema tapi giler bini orang... 

Yang pasti... aku rasa itu bukan anak Pak Samad!!!!... 

Kita tunggu episod seterusnya malam ni.. tinggal 4 epesod je lagi ni.. stanby korang jangan sampai pecah TV hahahahahahahahaha.. 

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia di TV3 dan iQiyi Malaysia
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Siti Rosmizah


P/S: Tapi...... satu je laa, jangan kang last episod, semuanya hanya MIMPI... memang meletop tv aku ni hahahahahahahah...

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kah kah kah, mengelirukan betul, banyak konar baring cerita ni rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Kak, pusing sana sini, esok dah last episod...

      Delete
  2. aku memang tak payah tengok cerita ni...baca je status ko hari2 dah cukup...hahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha so tunggu episod harini, aku rasa ko mesti tunggu nak tengok gak kann hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment