AYAM MUDA TAKDE, AYAM TUA ADA!

AYAM MUDA TAKDE, AYAM TUA ADA! | AYAM Ooo ayam, di manakah dikau ayam?.. tempat korang senang ke susah nak dapatkan ayam? Di tempat Sis ni, dah susah nak nampak kelibat ayam. Bukan takde langsung tapi ayam muda takde, ayam tua ada.. nak taknak beli je laa ayam tua. 

Biasa Sis beli je di kedai acheh area rumah Sis ni. memang ada je ayam, tapi baru-baru ni, dua hari lepas, nak masak kawan datang, Sis pergilah kedai, langsung takde ayam, katanya takde supplier hantar, ermmm gaya air muka dia bercakap tu, macam Sis tak caya jerr, nak je Sis selak tong ayam tu hahahaha..

Then Sis pergi laa ke Kipmart Masai ni, semata nak cari ayam punya hal.. sampai sana, ermm jenguk-jenguk memang takde ayam berlonggok pun, yang ada orang tengah beratur. Pelik gakk, kena beratur ke beli ayam ekkk?.. Malas nak amik port, Sis belanja laa dulu barang basah mana nak beli.

Habis pusing, singgah semula ke tempat ayam, kuss semangat, makin panjang beraturnya. Sis tanya ada sorang Makcik tu, dia kata beratur nak beli ayam, tapi sorang boleh dua ekor jer..Hurmmm tapi sebab line beraturnya dah panjang, malas Sis nak beratur sekali.

Ayam Mudah Takde, Ayam Tua Ada

Last-last pusing sana sini, akhirnya beli je laa ayam tua, janji ayam.. elok je nampak... cuma, harga dia sekarang melampau weyyyyy.. dulu boleh dapat sekor RM8, sekarang sekor RM12 oiiii... tapi saiz besar lee nengok.. fuhhhhh semua benda naik harga..

Pelik juga kenapa boleh ayam kurang ekkkk? 

Ada yang mendakwa kekurangan bekalan ayam berpunca daripada sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lewat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen?

Walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah menafikannya, difahamkan itu adalah strategi yang digunakan mereka bagi memboikot kerajaan.

Hurmmm entahlah sampai bila isu ayam ni nak selesai... dah takde ayam satu hal, ikan pun naik harga oiiii... nasiblah rumah Sis ni memang Suami dan anak bujang suka makan ayam tua, dan stok ikan sentiasa ada jerr, kalau seafood pulak jiran belakang rumah ada jual, so takde laa rasa susah nak dapatkan bekalan bahan basah. 

Harap isu ayam ni cepatlah selesai, sian para peniaga dan juga pembeli.. 


P/S: Korang masih beraya lagi ke tu?.. 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kawasan taman tempat tinggal PC ni setiap kedai limit kan sorang boleh beli seekor ayam je Sis.. ikan pun harga boleh tahan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah sini juga PC, agak susah nak dapatkan ayam...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment