BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU

BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU | ALHAMDULILAH setelah dua tahun kita beraya dalam situasi pandemik, akhirnya tahun ini dapat juga kita beraya dan di beri peluang ke sana ke sini beraya dengan keluarga dan kengkawan tersayang. Kalau di tanya Sis macam mana perasaannya, Sis rasa sama jerr, sebab Sis bukan dari keluarga yang besar ahlinya, so pandemik ke endemik ke, raya tetap di rumah sendiri (Johor) aja. 

Lagi pulak bila arwah Abah dan Emak dah takde, mertua pun takde, so memang mana lagi nak beraya, masak dan duduk rumah aja laa, paling tak sejak pandemik ni, hanya adik-adik laaa yang stay beraya di rumah Sis dan kami masak dan raya sesama. 

So tahun ni, ada laa sedikit kegembiraannya, bila kita berada dalam keadaan suku endemik ni, kita bolehlah ziarah rumah kengkawan dan juga sanak saudara. Dan Setelah dua tahun tidak beraya ke Sedenak, akhirnya Sis dapat juga beraya ke rumah blogger Mat Gebu, empunya blog Dapur Tanpa Sempadan bersama bff Sis,Sunah Sakura semalam. 

Beraya Ke Rumah Mat Gebu

4 hari sebelum, kami dah bagitau dengan Mat Gebu nak datang beraya pada hari Rabu semalam, then Sis call Mat Gebu nak comfirmkan, siap Mat Gebu tanya, 'nak masak apa eks?'.. ishhh dia ni kannn memang, jarang sekali ke rumahnya perut kosong, ada je laaa menu-menu yang di masak untuk jamu tetamu. Sis jenis tak kisah, ada ye rezeki, kalau bukan rezeki dapat air kopiO seteko pun jadi laaa hahahaha.. 

Makanya bila dah sampai ke rumahnya, terhidanglah semua menu-menu di atas meja huhuhu.. Korang jangan sesekali menolak rezeki, memang pantang Mat Gebu tu kalau dah di jamu makan korang tolak rezekinya.. baik tak payah datang katanya kalau sekadar nak minum kopiO huhuhu.. 

Beraya Ke Rumah Mat Gebu

Menu-menu yang di hidangkan memang kenyang perut, bertambah nasi dua pinggan kami. Kemain berselera makan dalam pinggan kobis Mat Gebu tu.. geramm pulak nengok. Kalau nengok dalam gambar jerr macam tak berapa nak cantik, bila tengok depan-depan dan dapat pegangnya, waaaa gilerr lawo ko... 

Lagi-lagi teko kobis tu, kemain bolat, besar dan gebu macam tuan tanahnya hahahahahaha... Lepas makan, sambung minum kopiO bercawan-cawan.. habis seteko kami bedal sesambil makan kuih-muih Mat Gebu. Lagi-lagi Tat Nanasnya, perghhhh sekali masuk mulut, tak boleh cakap hahahahaha.. 

Beraya Ke Rumah Mat Gebu

Agak lama juga kami duduk berborak bersama, bersekali dengan Mak Yah, Emaknya Mat Gebu.. memang rancak laaa bual sampai tak ingat nak balik hahahaha... habis segala botol dan balang kerepek Mat Gebu keluarkan, air kopi dah bercawan-cawan hahahaha.. 

Begitulh kalau beraya di rumahnya.. memang Mat Gebu sekeluarga peramah dan mesra orangnya.. 

Alhamdulilah, persahabatan bermula dari 2008 hingga ke 2022 ni memang kami jaga sebaiknya. Moga Allah pelihara dan berkati persahabatan kami ni. Terima kasih buat Mat Gebu sekeluarga yang sudi terima kunjungan kami. Moga dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu untuk Mat Gebu sekeluarga.. aamiinnn.. 


P/S: Malam ni jom pi beraya lagiii... lalalalalala ...

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mmg kalau kita serasi kat rumah orang tu...nak balik pun alahaiiiii payah nau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn bual tak hengat nak balik, ada jee topiknya hahahaha

      Delete
  2. bestnya dapat makan masakan CMG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, rezeki kami haritu Juju...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment