SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI | TENGAH sibuk ke tu? Hehehe dah 2 tahun kita beraya dalam pandemik, ini kali kita beraya dalam panik! Mau tak panik tiba-tiba umum esok hari raya!! Hahaha.. ko ngase?.. 

Gerak rasa hati memang dah rasa esok raya, tapi bila ramai kengkawan kawan kata Selasa raya, so kita iyekan aje laa, tunggu laa pengumuman raya malam tadi. Akhirnya betul tekaan Sis, kita raya Isnin 2 Mei 2022. 

Tak kisah laa raya Isnin ke Selasa ke, janji hari raya!!.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Apa-apa pun raya tetap raya!!.. Now Sis dah mula memasak dan buat persiapan dengan keadaan kelam kabut! Nasib baik ada adik-adik yang dah sampai awal pagi tadi, so semua persiapan on the way..

Korang pula macam mana? Yang dalam perjalanan pulang ke kampung, moga selamat semuanya. Yang sedang memasak, hati-hati di dapur, pastikan semuanya dalam keadaan baik-baik aja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaaha illallahu wallahu akbar , Allaahu akbar walillaahil hamd’..
 
Ramadhan pun sudah pergi meninggalkan kita, insyaAllah ada umur, kita bertemu lagi dengannya, jika tidak, moga segala amalan kita yang telah sudah, Allah rahmati dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Aaamiinn...insyaAllah ..

Dengan kesempatan ini, Sis selaku admin blog www.sislin76.com & FB Pages Aku Sis Lin, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika selama Sis menulis ada tersalah ayat dan ada yang terasa, mohon maaf, tapi biasalah, siapa makan cili dia rasa pedas kan..opsss....oitt raya raya! Hahahaha...

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.


P/S : Terus excited nak raya!!!..

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir batin juga kat awak... bila nak mai JB?

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Min, selamat hari raya, maaf zahir batin...

      Delete
  3. Alhamdulillah. Salam Aidilfitri Terkejutz sis Lin! Mohon maaf zahir batin. Harap next year ada lagi raya terkejut...Dapat la saya tetiba cuti kerja lamaa....Okaylah...Moga terus maju jaya! Tibber... Hahahahaha


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak terkejut kan Nonn ? Hahahaha makan je ingat-ingat, takut terkejut plak berat tu naik huhuhu

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment