DAH PENGHUJUNG SYAWAL TAPI AKU MASIH RANCAK BERAYA

DAH PENGHUJUNG SYAWAL TAPI AKU MASIH RANCAK BERAYA | DAH dua hari blog ni tak berupdate, mana taknya tuan tanah sibuk beraya dari semalam hahaha.. Ye laa, selagi masih ada Syawal, dan orang jemput datang beraya, so kita layankan laaa, cipta kenangan raya 2022 bersama selagi masih ada peluang. 

Selagi kita sihat dan berkesempatan, kita raikan laa, cuma agak terkilan jugalah masa Geng Jdt Blogger Sis buat makan-makan raya pada Sabtu lepas, Sis tak dapat join sebab Suami tidak sihat, memang duduk rumah aja menunggu, dan menjaganya. Takde rezeki nak beraya bersama mereka. Meriah kemain.. 

Takpelah, ada rezeki, ada umur dan sihat, kita berjumpa lagi raya tahun hadapan.. tapi kalau tak raya pun, boleh juga kan makan-makan... tak semestinya raya baru jumpa dan makan dan minta maaf kann.. yang penting, saling ingat-mengingati.. 

Dah Penghujung Syawal, Tapi Aku Masih Rancak Beraya

Dah Penghujung Syawal, Tapi Aku Masih Rancak Beraya

Gambar : Ini baru sebahagian je Geng Setamannya, ada yang dah balik, kalau tidak, perghhh macam Family Day ko, riuh kecoh meriah... 

Buat masa ni pun tetamu yang datang rumah Sis dah pun sikit reda, mana geng-geng yang ada, semua dah sampai, cuma yang belum Geng Setaman nun jauh ni laa.. itu yang dua harini Sis ke Bukit Indah dulu beraya bersama mereka, nanti next week dah cuti sekolah, baru kami pakat-pakat, mereka pulak nak turun Pasir Gudang, yehaaa... raya kan dua bulan hahahaha.. 

Harini adalah hari teakhir 30 Syawal, sekejap masa berlalu kann.. pagi ni pun Sis dah bersiap-siap ni nak ke Bukit Indah lagi beraya, memang sampai ke petang jugalah ni macam semalam hahaha.. Seronok sangat, lama tak sembang dan bergelak tawa dengan mereka, bila dah jumpa, macam tak ingat rumah nun jauh di sana hahahaha.. 

Dah Penghujung Syawal, Tapi Aku Masih Rancak Beraya

Padahal bukanlah beraya makan semua rumah, kami beraya makan setempat, then marathon beraya satu rumah ke satu rumah makan kuih raya jerr.. kalau tak gitu, sapalah nak perabiskan kuih raya tuan rumah kan... mana yang rajin dan nyempat tu, ehhhh ada juga makanan terhidang.. alhamdulilah rezeki memasing... tetamu datang ni rezeki juga tau.. 

Memang time raya ni keseronokkannya lain macam, Sis rasa macam inilah 'Sis Lin' hahahah.. bukan 'Aku Sis Lin', sebab pergi sana sini, makan sana sini, kita tak payah fikir 'kerja'.. kita enjoy jerr setiap moment tu, sampai kadang tak amik gambar pun, numpang orang bergambar jerr.. bestkannnn.. 

Padahal ada dua draft job nak kena settlekan by esok, but Sis wat relax jerr, kang malam lerr siapkan, sebab nak beraya lagi ni.. nasib jenis PR yang bukan meminta dan memaksa, dia kata ikut suka kita, so Sis kata esok baru boleh buat hantar draft, bila dia setuju, so okaylah.. kalau tak, tak apa, bukan rezeki.. 

Okaylah nanti smabung lagi yaa.. 
So korang masih beraya lagi ke?...


P/S: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya korang.. jom pi raya ❤

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semakin rancak sis beraya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tengahari ni pun ada lagi ni nak pi beraya hahahaha

      Delete
  2. Bestnya tengok kawan-kawan beraya,kita kat rumah je.. sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Dana, tahun ni pulun habis selagi sihat.. Dana jaga diri dulu yaaaa

      Delete
  3. Boleh lupa diri tu rancak beraya hehe. Balas dendam 2 tahun tak beraya punya pasal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Karni, meriah dan seronok weyyy jumpa kengkawan .. banyak gelak dari makan hahahaha

      Delete
  4. Seronoknya
    Lin marathon beraya rumah ke rumah..Dah lama tak merasa macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee MamaCella, dah macam marhaban.. selagi sihat, kita raikan laaa kannn...

      Delete
  5. seronoknya raya sis lin...busy tiap hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni full Yan, dengan schedule raya.. next week jemputan pulak...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment