SELAMAT HARI GAWAI 2022

SELAMAT HARI GAWAI 2022 | Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.

Gawai bermaksud festival dan Dayak nama kolektif untuk orang pribumi di Sarawak, Kalimantan dan pedalaman Borneo. Bila tibanya pagi 31hb Mei, orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari hutan atau kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari untuk lauk-pauk sebelum gawai.

Kira-kira jam 6 petang 31hb Mei, gong akan dipukul untuk mengumumkan permulaan upacara sambutan Gawai Dayak kepada semua orang.

Acara ringkas membuang roh hantu yang dipanggil "Antu Rua" oleh kaum Iban akan dilakukan dengan mengheret sebuah penampi oleh dua orang budak atau lelaki supaya setiap keluarga boleh membuang sesuatu barang yang tidak berguna lagi untuk roh itu supaya ia tidak mengganggu perjalanan perayaan pesta gawai seterusnya selepas barang-barang itu dipersembahkan untuknya.

Seterusnya akan dilakukan upacara sajian dan penyembahan, yang dipanggil "miring" atau "bedara" oleh kaum Iban, di setiap bilik keluarga secara bergilir-gilir dari bilik ke bilik sepanjang rumah panjang atau kampung. Upacara ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur, kesihatan dan rezeki pada tahun akan datang.

Pada keesokan harinya, setiap bilik dalam sesebuah rumah panjang atau kampung akan bersedia untuk acara rumah terbuka kepada orang ramai dengan menghidangkan makanan dan minuman di bilik atau di ruai mereka. Orang Dayak akan terus berpesta sambil bersukaria sesama sendiri.

Penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil ngiling bidai oleh kaum Iban. Acara ini merupakan maljis kecil atau sederhana di mana jamuan diadakan, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian ngajat dan tuak peruk mungkin dihidangkan.

Tuak peruk disediakan daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih. Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil bidai akan digulung untuk menandakan berakhirnya perayaan Gawai Dayak.

Sumber penuh : Wikipedia 

Selamat Hari Gawai 2022

Selamat Hari Gawai kepada semua suku kaum dayak dan rakyat Negeri Sarawak keseluruhannya. 

'Selamat Hari Gawai Dayak'
Gayu guru, gerai nyamai
Lantang senang ngereja pengawa
Chelap lindap nguan menua
Betuchung baka bukit,
Bekebung baka langit,
Bepunchak baka jala,
Bulih reta bulih tengkira.


P/S: Esok nak raya mana ekkkkk hahahaha... 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Masyarakat Dayak ni terkenal sbb dieorang sangat menjaga adat, tapi dgn perubahan arus moden ni ada jugak yg dieorang dah adaptasi contohnya bila nak masak untuk sambutan Gawai, semua beli kat supermarket / pasar tani je sekarang hehe. Mana yg tak balik ke rumah panjang akan buat open house, biasanya dieorang jemput sekali kawan2 Muslim jadi akan masak makanan halal tak pun upah caterer Muslim masak. Malam sebelum Gawai ada makan besar dengan kaum keluarga / di rumah panjang sambil minum minuman alkohol cth tuak. Ada jugak rumah panjang yang buat aktiviti tarian ngajat atau pertandingan Kumang & Keling Gawai (ratu cantik / raja kacak) untuk memeriahkan lagi suasana Gawai di rumah panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, itulah yang Sis ada dengar dan baca juga Karni...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment