SELAMAT HARI WESAK 2022

SELAMAT HARI WESAK 2022 | DAH dua hari blog ni tak berupdate, tuan blog sibuk melayan tetamu dan pergi beraya. Maklumlah kan, raya kan sebulan hehehe.. tapi kali ni agak sibuk sedikit, mana tak, tamu yang datang Sis nak layan sengsorang (Suami outstation), masak pun tahun ni takde yang bantu (Yana dah duduk asing). So kita kena fokus laaa buat kerja, nak amik mood raya kan. 

Apa-apa yang kita buat kena ikhlas. Jangan merungut dan jangan mengeluh. Memang time raya ni penat, tapi dah dua tahun kot kita tak beraya, so ini kali, penat pun kita gasakkkk je layannn okay.. Nasib baik ada cuti Hari Wesak ni, so dapatlah peluang Sis nak keluar berhari raya pulak, asyik kita je layan tetamu kan, so kita pulak beraya hehehe.. 

Korang pulak cuti Wesak 3 hari ni kemana?..

Wesak, juga dieja Vesak, adalah hari yang disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia. Istilah Wesak berasal dari nama bulan dalam kalendar India.  Penganut Buddha di Malaysia menyambut kelahiran Buddha, kehidupan semula dan kematiannya pada Hari Wesak. Kadang-kala ia dirujuk sebagai Hari Lahir Buddha, Hari Buddha atau Purnima Buddha . Hari Wesak jatuh pada Ahad pertama setiap bulan penuh Mei.

Yang TAK tahu apa itu Hari Wesak,.. jom baca . Tambah ilmu.

Hari cuti ini merupakan salah satu sambutan yang paling penting dalam kalendar Penganut Buddha kerana ia memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gautama Buddha – hari lahirnya, kehidupan semula dan kematiannya.

Sambutan Wesak bermula seawal waktu subuh apabila penganut Buddha berkumpul di kuil-kuil. Mereka bermeditasi dengan ajaran agama Buddha, menyumbangkan derma dan berdoa. Mereka memberikan bunga dan lilin. Pemberian ini bagi mengingatkan mereka bahawa segala benda adalah sementara. Bunga akan layu dan lilin akan terbakar. Sami mementerakan ajaran Buddha, sambil menaikkan bendera Buddha. Sesetengah kuil akan memberikan bendera Buddha sebelum hari Wesak, dan orang ramai akan menggantungnya di rumah mereka.

Banyak penganut Buddha pergi ke bangunan Persatuan Buddha Malaysia dan beratur untuk mencuci patung Buddha. Mereka percaya upacara ini akan membersihkan jiwa mereka dan menyucikan mereka. Mereka yang melawat bangunan itu juga menyalakan lilin berbentuk seperti lotus dan memohon keberkatan Buddha. Mereka bersembahyang dan mengakhiri sambutan dengan makan makan .

Selamat Hari Wesak  2022

Agama, Bangsa dan Kaum apa pun kita, kita Satu Malaysia maaa...

Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha termasuklah rakan sahabat pembaca blog Aku Sis Lin .. Semoga sambutan tahun ini dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa, makanan yang sedap serta detik-detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Wishing all Buddhists a very Happy Wesak Day and a safe one! We wish you a blessed day filled with peace, love and joy as you celebrate this auspicious day with your loved ones. Be safe, take care and stay healthy!..


P/S: Harini ada dua rumah nak pi beraya.. alhamdulilah ❤

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment