1 JANUARI 2023 AKU KE JASIN,MELAKA

1 JANUARI 2023 AKU KE JASIN,MELAKA | SELAMAT tahun baru 2023 korang. Dah setahun yaa (hihihi) Sis tak menulis di sini, ni baru berkesempatan nak menulis, itu pun ni update guna handphone haa, harap-harap eloklah viewnya, ada masa tonggang langgang juga susunan ayat dan gambar bila update guna phone ni.

So macam mana hari korang di tahun baru dan hari pertama 1 Januari 2023 ni? Dah mulakan azam baru ke? Atau ‘nanti dulu’? Azam Sis? Alhamdulilah Sis dah dapat penuhi azam 2023 Sis untuk bulan pertama ni, tapi cite tu nanti Sis share ook. 

Dan untuk hari pertama di bulan Januari 2023 ni, awal pagi Sis dah mulakan perjalanan ke negeri Melaka. Tujuannya pergi melawat keluarga bakal besan Sis untuk memulangkan bekas hantarannya ketika anak Sis betunang tu. 

1 Januari 2023 Aku Ke Jasin,Melaka

Punya laa lama simpan, asyik tangguh, dan kebetulan anak sulung Sis tu balik bercuti dan menantu pula bercuti bole jaga Yana, so Sis dan Suami tinggalkan sekejap dan pergi ziarah bakal besan di Jasin,Melaka. 

Gerak pun lewat gak, fikir juga dalam kepala, janganlah jalan jem orang bercuti ni, tapi alhamdulilah lengang jalanraya dari Pasir Gudang terus ke Jasin. Singgah RnR Pagoh, Suami beli buah barli buat buah tangan selain Bomboloni yang anak Sis order dan bawa ke sana. 

1 Januari 2023 Aku Ke Jasin,Melaka

Sis pergi 2 buah kereta sebab anak nak terus balik Subang katanya, malas nak patah-patah balik. Agak lama tak ke Melaka ni. Bila masuk ke tempat orang dengan suasana kampung, tenang ribut jiwa hijau mata memandang, seronokk. 

Dari tol Jasin setengah jam juga baru sampai rumah bakal besan. Di sambut dengan kehijauan pokok- pokok di luar rumah, penuh macam nursery, geram pulak nengok hahahaha..

Bukan pokok jer, meriah juga dengan kekucing comel dalam satu kandang. Anak Sis mulalah, pantang nampak si Kakak tu, gerammmm.. 

1 Januari 2023 Aku Ke Jasin,Melaka

Datang-datang terus makan kikikiki.. menu dah terhidang atas meja, cuma maaf tak dapat nak amik gambar bila tengok phone line DiGi E hahahaha, putus selera nak bergambar.

Tuan rumah masak Asam Pedas Tetel, Sayur Lodeh, Ayam Goreng Berempah dan juga Telur asin, beserta hidangan buah dan kuih-muib, penuh semeja. Alhamdulilah.. 

Sambil makan sambil bincang juga mengenai majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Bincang awal mudah sebab lepas ni Sis akan sibuk dengan menjaga cucu. Duduk tak lama, selesai semua kami terus balik. 

Perjalanan balik pun Allah permudahkan, tiada kesesekan jalsn raya, sebelum Maghrib dah sampai Pasir Gudang. Takde singgah mana-mana sebab perut kenyang betul hahahaha .. 

Alhamdulilah 1 Januari 2023 permulaan hari yang cukup bahagia. Terima kasih Allah .. 


P/S: Yana dah rasa sakit-sakit adeiii serammmmm 🫣

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wahhh, semoga baik2 semua hendaknya ye sis Lin. Happy new year.

    Smoga yana dan baby dimudahkan urusan bersalin.

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru sis..
    Semoga dipermudahkan segalanya..
    Yana dan mula rasa sakit2?!
    Ibu pulak rasa seriau..
    Semoga selamat semuanya..
    Aamiiiin! Ya Rabb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Ibo.. moga yang baik-baik juga buat Ibo ...

      Delete
  3. selamat tahun baru cik sislin itteww., ;p

    ReplyDelete
  4. bestnya sampai2 terus makan.. selamat tahun baru sislin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah itu laa, tau-tau semua dah siap hidang dah hahahaha

      Delete
  5. seronok ye jalan-jalan di tahun baru. sis, kereta apa tu?nampak canggih dalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak jalan jauh Mar.. memang seronok...
      Hahaha Mini Cooper Sis tu Mar..

      Delete
  6. fuh ringkas dan padatnya pembacaan update melalui phone ni..hahahahahha

    ReplyDelete
  7. moga semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan...aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment