SELAMAT TAHUN BARU CINA 2023

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2023 | ESOK kaum Cina akan meraikan Tahun Baru Cina. Tahun 2023 ni adalah tahun Arnab. Kebiasaannya persediaan sebelum sambutan Tahun Baru Cina Di Malaysia ni, rumah mereka akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun pula dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang buat keluarga itu.

Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau dan bunga sebagai simbol murah rezeki. Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Sehari sebelum datangnya Tahun Baru Cina, kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik (Ong), yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.

Selamat Tahun Baru Cina 2023

Bagi korang yang keluar bercuti, selamat bercuti dan selamat berhibur. Dan bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina, Sis ucapkan "Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Chai, Shen Ti Jian Kang" .. 

Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca akusislin yang berbangsa Cina setia dan pada mereka seluruh Malaysia yang meraikannya. Semoga sambutan tahun ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada korang semua, keluarga dan negara.

Juga buat family Wong (adik beradik sebelah Mak), Pak Cik dan Mak Sedara, Wong Kai Lai (Pak Teh) di Seremban, Wong Ah Moi (Mok De) di Yong Peng dan juga Wong Kian Boon (Pak Su) di Singapura .. Moga tahun arnab membawa ONG dan kita semua dimurahkan rezekinya selalu. Enjoy your holiday!! 


P/S : Rindunya nak kutip angpow hahahahaha .. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Seronok bila dapat meraikan kepelbagaian kita rakyat Malaysia yg majmuk ni. Alhamdulillah! ;) Hep! Nenek x leh dpt angpow dah. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, cuma lama tak balik meraikan pakcik makcik Sis tu Ibo...

      Delete
  2. meriah cny tahun ni! seronok tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, berdentummmm macam perang hahahaha

      Delete
  3. Bila cuti panjang macam ni meriahlah sebab anak2 cucu2 semua balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satunya kannn Wak.. kita yang tak raya pun, turut sama cuti hehehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment