MAAF JIKA AKU TAK SEMPAT NAK BLOGWALKING BLOG KORANG

Sis Lin
12
MAAF JIKA AKU TAK SEMPAT NAK BLOGWALKING BLOG KORANG | LATELY ni memang jadual rutin harian nak update blog jadi tak teratur dah, kejap posting pagi, kejap petang dan ada masa tu posting malam, dan ada juga takde update langsung hahaha ermmm tu pun guna handphone aja. Yaaa sejak dah bercucu ni, dan menjaga anak berpantang, masa Sis banyak tumpu kepada mereka berdua dulu dan juga urus rumahtangga. So memang curi-curi masa kalau nak update blog ni. 

But bersyukur lagi laa masih ada peluang nak menulis dan pageviews pun still maintain, tak sangka dah lebih dari 27 juta pageviews blog Sis ni, lately ni 'biol' gak tetiba pv naik, sama juga dengan adsense, sejak-sejak ni naik mengilerrr.. bulan ni firstime Sis cash-out lebih dari 200usd, alhamdulilah bolehlah buat topup beli simpanan emas untuk bulan depan, yehaaa.. 

Tak tau laa sejak bertukar kepada Google Anaytics G4 tu, banyak benda berubah termasuk pageviews dan juga kenaikan adsense. Adsense tu memang laa, kalau pv naik, dia akan ikut naik, so memang kena rajin update blog korang. Tapi bab pv tu, memang nampak ada beza peningkatan sejak dah bertukar ke G4 tu. Korang dah tukar ke?. 

Maaf Jika Aku Tak Sempat Nak Blogwalking Blog Korang

Tapi bila mood datang, emosi agak menyedihkan, ermmm laptop Sis buat hal, entah laa kalau ON, punya lama nak loading, sampai boleh makan dan siap makan pun dia tak ON lagi, gerammm jer di buatnya, memang meminta tukar baru gamaknyaa... tapi kalau setia menunggu, laptop tu akan ON jer, cuma lama, bila dah ON dia okay jerr.. jangan sampai dia 'sleep', nanti nak ON balik, jenuhhhhh oii.. 

Dah suruh anak bujang tengokkan, sebab dia kan pakar bab ni, tapi tu lerr, bizi sokmo pulak dia dengan kerja dia, ermmm so biarkan ajer laa dulu. Nasib baik juga anak bujang beri kebenaran, guna PC dia jika nak update blog ke atau nak buat kerja Sis. Lagipun dia pun balik malam, bolehlah Sis guna sekejap dan lepak dalam bilik dia buat kerja Sis, tu pun kalau Khalish (cucu) mood ookay hahaha.. 

Cuma yang Sis tak sukanya, eeee keyboard tu, jenis biji timbul-timbul tu, eee tak suka betullah hahahahahha.. ke sebab Sis dah lama tak guna PC kann, dah terbiasa dengan keyboard laptop, so kekok laa sikit bila guna.. tak kisahlah, janji boleh update blog sudah.. 

Maaf Jika Aku Tak Sempat Nak Blogwalking Blog Korang

Tempat korang hujan tak? Dah berapa hari kan hujan berterusan, cuaca sejuk sampai ke tulang weyyy.. dah berapa malam tak bukak ekon, cuma guna kipas siling, tu pun kecikkan mode dia, pun sejuk sampai pakai stokin uii.. baru semalam nampak hujan hanya gerimis aja, tak macam sebelumnya.

Pagi ni pun nampak macam ada matahari keluar, moga terus menyinar dan segala kesulitan mangsa banjir dapat di permudahkan. Basuh baju cucu pun tak kering, lembab-lembab jer, time malam bawa masuk ampaian tu ke dalam rumah, letak bawah kipas, barulah kering, kalau tak memang lembab sejuk jer laa bajunya.. 

Dan Sis minta maaf jika tak sempat nak blogwalking blog korang lately ni, Sis baca guna handphone, cuma tak dapat nak membalas komen jerr. Guna handphone nak kena sign-in google bagai laa, Sis malas hahahaha.. inshaallah ada masa, Sis blogwalking blog korang okkay, but dont worry, i know what you post on your blog tu hehehehe.. 

Okaylah nanti sambung, nak basuh baju cucu, then memasak lauk berpantang, nak mandikan cucu, kemudian nak masak pulak lauk orang tak berpantang, nak jaga cucu, nak main dengan cucu, nak susukan cucu, arghhh semua cucu laaa hahahahahaa.. biar Ibunya berehat sepuasnya, lagipun kesan Czer dia pun belum pulih sepenuhnya, sian Yana.. 


P/S : Eee bestnya kalau dapat laptop baru hahahahaha 'Hai En Suami, awak hensem harini' 😜
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. busy bebenor nenek dgn cucunya tu ye hehe. mintak la macbook sebiji sislin hehe. senang nak update blog sbb takyah download2 gambar, semua sync kat icloud je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa gitu laa idamannya hahahaha inshaallah kalau ada rezeki berjayalah mengosok Laki hahahaha

      Delete
  2. Salam, hi, sis Lin.. Lynn di sini.. baru je nak berjinak-jinak semula dengan blog. Saya follow sis Lin ya.. Banyak idea di sini. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lynn.. tahniah, teruskan menulis dan berkongsi, all the best and good luck Lynn ..

      Delete
  3. Takpe, nanti free kalau sudi singgah blog saya ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Syaz.. kadang bukak laptop juga, bukak blog, tapi tenung depan blog sendiri jerr, tak nyempat nak blogwalking ..

      Delete
  4. Tak apa sis settle kan hal family dlu ye. BW kemudian2 pun tak apa. Amboi! Dia punya ayat last tu harap dpt lah PC baru ye sis. Hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ibo, memang agak huru-hara sikit timing harian hahaha.. bukak blog, updte, terus tutup huhuhu

      Delete
  5. Sy faham Nek Lin bz..Hehehehe! It's ok, family no 1 gituh! Tahniah USD cecah 200. Sy x buat lagik G4 tu! Arghhh...

    Psstt: Semoga berjaya menggosok laki la harapnya tuu..Kahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha btw thanks Nona datang singgah beri hadiah untuk Khalish ...

      Delete
  6. harap2 suami sis baca entry ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baca tapi dah bagitau hahahahah harap tercapailah impian ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !