MENU BERPANTANG ANAK HARI KE-LIMA

MENU BERPANTANG ANAK HARI KE-LIMA | ALHAMDULILAH pejam celik dah hari ke-lima Yana melahirkan anaknya. Keduanya sihat, Khalish kuat minum susu, cuma Ibunya aja masih belum kuat dan masih sakit di perut, nak gerak pun semua masih terbatas. 

Sedih dan kesian tengok Yana. Sedih sebab dia geram tak boleh nak urus anaknya lagi, nak peluk, nak cuci berak, nak mandikan, semua tak boleh buat lagi, dan kesiannya sebab menahan sakit yang masih tak hilang lagi, tiap kali nak bangun duduk, seksa tengoknya. Ya Allah Engkau sihatkan dan segera sembuhkan anakku Ya Allah.. 

Tapi Sis rasa bersyukurlah, Allah beri Sis sihat dan dapat bantu Yana uruskan anaknya (cucu Sis) dan Sis boleh jaga Yana dan masakkan menu berpantangnya. Sementara belum lagi mengurut dengan bidan, Sis urutkannya dulu tiap pagi dan sebelum tidur. Supaya tak masuk angin orang kata. 

Menu Berpantang Anak Hari Ke-Lima

Dan harini baru sempat Sis nak tayang menu berpantang yang Sis masak untuk Yana. Dari hari pertama Yana balik rumah Sis, memang tak nyempat ko nak amik gambar, harini jerr baru ada masa dan siap aja masak tadi, Sis amik gambar dan kongsikan di sini. 

Hari pertama balik rumah (kelmarin) haritu Sis masak Ikan Tenggiri Singgang Putih, dan semalam Sis masakkannya Ikan Caru Bakar Rempah dan harini Sis masakkan Ikan Dori Stim Lada Hitam with Cendawan. Sayur tu biasa je laa, haritu sawi, semalam sup kentang, harini lobak dan brocoli kukus. 

Menu Berpantang Anak Hari Ke-Lima

Bukan kata menu untuk di makan aja, tapi bab minuman pun Sis kasi dia pantang dan sukat. So Sis rebuskan dia air minuman Milkbooster untuk banyakkan susu badan. Alhamdulilah so far ada juga rezeki susu ibunya untuk Khalish. 

Sis bagi Yana minum secawan air Milo untuk pagi sarapan, kemudian secawan minuman milkbooster + air masak secawan untuk malan tengahari dan malam. Kira sehari Yana cuma minum 5 cawan air aja, jadilah, tak boleh kerap minum air, kang ada gemuk air, perut buncit. 

Menu Berpantang Anak Hari Ke-Lima

Untuk snek makan kudap-kudap Yana, pakej berpantang dari Suraya Mother Care ada beri percuma Snek Berpantang untuk Yana. Dalam sekotak tu ada Petola Goreng, Bawang Putih Goreng, Peria Goreng, Lobak Putih Goreng, dan Serunding Halia sebagai makanan tambahan Yana. Agak-agak lapar ke haus, makan laa snek tu. 

Sis sendiri pun suka, sedap sangat Bawang Putih Goreng dia tu. Pahit-pahit garing dia tu sedap beno!. Lagi satu berkhasiat juga tau.. Korang kalau nak cuba, boleh ke website tertera kat kotak tu haa, dalam Shopee pun ada jual. 

Biarlah orang kata Sis ni cerewet ke, yang pasti, pantang kena jaga kalau nak kekal sihat muda di hari tua, kalau malas berpantang, belum tiba usia, dah sakit sana sini, siapa yang susah? Sendiri laa tanggung .. 


P/S : Okaylah nanti sambung, ni curi masa ni update guna handphone hehehehe .. 

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bz dier ye hahaha.... semoga bertambah sihat deduanya :)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tu menu berpantang. Time tak berpantang pun boleh masak jugak macam ni. Menu sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, menu berpantang memang sedap aja, boleh kurus kalau makan hari-hari hahahaha

      Delete
  3. cerewet tu perlu "mak"... kalau mak tak cerewet yg tengah berpantang tu lagilah dimintaknya ice blended karang hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, tu pun semua nak di bedalnya Ammi...

      Delete
  4. Alhamdulillah! Semoga sis, Yana dan cucu sis sentiasa sihat. Ibu dulu ambil masa 2 minggu sis barulah rasa belahan di perut ni ok sikit itupun emak pesan jalan pelan2 pegang perut tu. Aqil memang tak berani nak uruskan rasa ngilu kesan operate diperut fobia jadinya. Moga Yana kuat ya. Cepat sihat. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ibo, harini gi checkup 7 hari dah buka balutan, jahitan nampak elok tapi masih pedih Yana kata...

      Delete
  5. pelan2...kalau c section memang amik masa skt nak baik..takpe. alhamdulillah mak sihat utk bantu & jaga semua....emm,,,dapnye menu berpantang, sekarang ni mcm2 kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, seksa tengok anak sendiri berpantang bersalin Czer ni..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment