MASAK SAYUR LEMAK LABU UNTUK MENANTU AKU

MASAK SAYUR LEMAK LABU UNTUK MENANTU AKU | KALAU dah hari-hari makan menu berpantang, bosan juga tekaknya kan, lain lerr memang tengah berpantang, ni yang tak berpantang pun kena hadap lauk yang sama hahahaha.. alaa ikutkan menantu Sis tu orangnya takde cerewet pun, apa yang Sis masak, itulah dia makan tanpa komplen, cuma kita faham laa kan, nak jugalah makan menu yang selalu makan. 

Menu berpantang kalau betul tekak layan, memang sedap aja, mana taknya, menu rebus, kukus, dan bakar jerr, masak menu sihat gini, kalau hari-hari makan boleh turun berat badan tu. Tapi tu laa, tu orang yang berpantang, memang terpaksa lerr makan.. bagi yang tak berpantang, terus terbayang, menu asam pedas, masak lemak, masak kari dan sambal tumis hehehe .. 

So untuk menyedapkan tekak Sis dan menantu yang tak berpantang ni, kelmarin Sis masak Sayur Lemak Labu campur dengan kacang panjang dan juga udang, senang kerja Sis, so tak payah masak lauk lain, dah ada sayur dan juga udang dalam satu periuk hehehehe.. 


Bila memasaknya, punyalah terliur tengok hahahaha .. macam lama benar tak masak begini, dah lebih dua minggu rasanya Sis masak menu-menu orang mengandung dan berpantang jerr.. sampai ke harini yaaa, aduii baru sebelas hari harini, ada lagi beberapa puluh hari lagi ni nak mikir menu orang berpantang uiii hahahaha.. 

Tapi nasib jugalah anak Sis,Yana tu berselera makan lauk menu berpantang Sis, walau hari-hari hampir sama jerr menunya. Dah itu permintaan Yana, nak rebus singgang asam ajerr.. kadang Sis olah sikit kasi rasa lain.. katanya sedap hirup kuah asam tu pepanas.. 

Dan kelmarin, dapatlah Sis dan menantu makan sayur lemak labu cecah dengan Sambal Padang Che'Nor tu, perghh mantapppp... 


Masak menu orang berpantang ni bukan susah punn, hiris-hiris potong lebur reneh didih, siap.. tapi ada masa, Sis sangaikan juga bawang-bawang tu, kasi wangi dan rasa lebih sedap.. ada masa leburr jer semua dalam periuk.. tu jer la yang boleh di makan. 

Menu lauk bakar Yana tak berapa nak, katanya nak rebus singgang berkuah jerr.. sayur pun memilih, dia makan sawi, lobak dan kentang juga brocoli jer laa, lobak putih pun Sis paksa suruh makan, kan bagus untuk tambah susu badan, ishhh susah betul kalau sayur itu ini semua tak makan.. tu yang hari-hari sawi, lobak dan kentang jerr dia nak...

Sayur labu yang Sis masak tu pun, pemberian dari besan Sis, dia ada kebun tanam labu, tu yang di beri sebiji, elok labunya, lembut dan manis. Baikhati sungguh besan Sis tu, kalau datang melawat cucunya, siap bawa barang-barang makanan.. buat susah-susah aja.. kadang kita pulak yang segan.. tapi katanya, 'Untuk masak bagi anak menantu makan'.. ye laa.. moga dimurahkan rezekinya selalu buat besanku.. 

Ni tengah fikir, esok nak masak menu berpantang apa pulak yaa hahahaha.. 


P/S: Ramai keluar bercuti dah harini sempena Tahun Baru Cina, korang kemana aja tu? 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap dah lemak labu udang akak tu, lengkap sayur dan lauk . Menu berpantang si Yana pun nampak sedap tu kak, lagipun berpantang sibuk menyusukan anak tentu lapar je, itu dia berselera je makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa macamtu laa Dana, kalau masak lemak sayur labu mesti nak campur bahan lain, so senang dalam satu periuk siap..

      Delete
  2. Nampak sedap, sygnya SAa x makan labu..kang x bernafas SA...

    ReplyDelete
  3. uishhh..sedap tu lauk masak sayur lemak labu dgn udang tu.. Pekena dgn ikan kering ni, memang laju aje makan nasi nnt... slmt berpantang utk menantu nya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment