DAH TUJUH HARI AKU JADI NENEK

DAH TUJUH HARI AKU JADI NENEK | BUAT masa ni memang takde cerita lain Sis nak kongsikan, hanya banyak cerita Nenek dan Cucu aja hahaha .. mana taknya sejak bergelar Nenek pada 9 Januari 2023 baru ni, dan Yana pun berpantang di runah Sis, so 100% rutin harian Sis bertukar jadualnya

Kalau sebelum ni, bangun pagi bolehlah bukak ‘opis’, kemudian duduk lepak lelama depan laptop blogwalking sana sini, tapi sekarang, jangan kata nak blogwalking, nak bukak opis (laptop) pun tak dan oii hahahahaa .. 

Dah Tujuh Hari Aku Jadi Nenek

Dah berapa hari, Sis update guna handphone aja. Tu pun dah memalam baru dapat menaip dan post, siang hari sibuk melayan Cucu dan juga urus Yana. Selagi ‘tukang urut’ belum datang mengurut, Sis laa yang mengurut dia semua, masakkan dia, dan menjaga anaknya sambil di bantu oleh menantu, alhamdulilah menantu dah pandai dah tukar pampers anaknya hehehe.. 

Dan harini genaplah 7 hari kelahiran Khalish dan dah 7 hari Sis jadi Nenek. Perasaan tu tak tau nak kata macam mana, tapi rasa best tu memang best! Apa yang best? Best sebab ada geng bercakap, kalau tak Nenek cakap sengsorang je Khalish kekekeke.. 

Dah Tujuh Hari Aku Jadi Nenek

Pagi ni Sis meneman anak ke KPJ Pasir Gudang untuk buat pemeriksaan Ibu dan anak setelah 7 hari melahirkan. Sis kenalah ikut sama, sebab Yana masih tak boleh nak gerak sangat dan mendukung anaknya. So menantu boleh tolak Yana duduk kerusi roda dan Sis dorong stroller anaknya. 

Nasib baik juga dah ada temujanji, makanya sampai sana takde laa menunggu lama. Khalish kena amik darah untuk pemeriksaan kuning, selepas tu Yana pulak buat pemeriksaan luka pembedahannya. Alhamdulilah keduanya sihat tanpa ada mudarat, lega Nenek dengar.. 

Dah Tujuh Hari Aku Jadi Nenek

Yana kata, Doktor Salmi puji jahitan Yana sebab nampak elok dan kering, dalam hati Sis ‘Tengoklah siapa yang jaga’ hahahahaha… dan Doktor Aziz pun periksa Khalish sambil kata, ‘Baik budaknya cucuk nangis sekali jer’ hehehehe dalam hati Sis kata, ‘Tengoklah Nenek dia’ kakakakakakah semuanya Nenek ekkkkk …

Bab pemakanan memang Sis jaga dan sukat semua untuk Yana, taknak dia bedal sukahati dia jerr, ikut tekak dia semua dia nak makan, kemainn kannn, tak ingat dalam pantang, nak makan sedap ajaaa.. bila Sis yang jaga, so kenalah patuh dan makan jer apa terhidang, jangan cerewet!.. 

Menu berpantang pun Sis masak yang mana berkhasiat, simple dan tidak mudaratkan susu Ibu. Kadang kalau nak ikut sangat itu ini tak boleh makan, macam manalah nak datang khasiat pada susu ibu? Bukan tak pantang, cuma Sis fikir logik jer, so masak jer laa yang Yana boleh makan dan tidak ‘bentan’.. tapi hanya kukus, rebus dan bakar jer la.. 

Moga keduanya sihat selalu.. maaf yer korang kalau takde blogwalking buat masa ini. Baca, tapi dari handphone jer.. 


P/S : Dengan Nenek sekali makan lauk berpantang, harap-harap boleh juga kurus hahahahahaa 🤪

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wahh...tak lama lagi boleh teman nenek pergi event & review bagai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha maunya Maknya nak lepaskan hahahaha

      Delete
  2. Lepas ni Khalis jd bodyguard nenek lah jawabnya. Alhamdulillah! Nampak sis makin ceria. Syukur! Semoga Allah kurniakan kesihatan buat sis dan semua ya. Tak apa sis BW tu kemudian2 saja asalkan sis update ni pun dah cukup. Ibu tak ada lah tertanya2 perkembangan Yana dan Khalis. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah, jadi geng makan pun jadilah .. Nenek masak, cucu makan hahahaha

      Delete
  3. Yay, untunglah Khalish!!! Bagus jadik teman nenek..cucu pertama biasa nenek syg lebihhh..Nanti jgn lupa paw nenek...hahahahaa.. Semoga terus sihat cucuk Nek Lin ye... Membesar menjadi insan berguna Kelak 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Nona, nanti ko datang dia jadi kepoh laaaa hahahaha

      Delete
  4. Seronoknya org dah jadi Nanny ni... walaupun penat menguruskan rumahtangga tengok muka cucu hilang rasa penat..nenek ngantuklah tu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, rezeki bercucu muda ni hehehe

      Delete
  5. selamat hari ke 7 menjadi nenek hehehehe.

    ReplyDelete
  6. Tahniah nenek vouge... hehehe... lain mcm bz bila dah upgrade level ni kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer KakMin, lain macam tahap rutin dia bertukar hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment