SIAP SEDIA BELANJA BARANG DAPUR DAN JAJAN

SIAP SEDIA BELANJA BARANG DAPUR DAN JAJAN | HARINI dah masuk Jumaat 6 Jan 2023, mesti ada tertanya-tanya, 'anak Sis,Yana dah bersalin ke?' hehehe.. yaaa belum lagi, masih menunggu ni haaa, jangan kata Sis tak sabar, menantu tu siap ajak Yana pergi KPJ bersalin lagi hahaha LOL.. di suruhnya Bini tu beranak paksa jerr, tak payah tunggu-tunggu katanya, risau, sabo je laaa.. 

Ikut due date dia, 9 Jan 2023 ni, so tinggal beberapa hari je lagi haaa, sabar laa yaa.. dan jika sampai masa tidak bersalin juga, 9 Jan ni, Yana buat swab test, then 11 Jan, terpaksalah masuk ward untuk persiapan bersalin. Bimbang juga kan, lama-lama nanti kang ada masaalah pulak baby dalam perut tu, minta di jauhkan, moga semuanya selamat dan baik-baik aja keduanya sebelum dan selepas melahirkan, aamiinn.. 

Dan sebab itulah Sis dah stop dulu sekejap semua keluar pergi event media dan 'kurangkan' merayap, dek duduk rumah menjaga Yana, kecuali laaa jika menantu ada balik kerja awal setengah hari, Sis bolehlah keluar sekejap berbelanja barang dapur, kalau tak keluar waktu malam je laa jika nak belanja. 

Siap Sedia Belanja Barang Dapur Dan Jajan

Baru ni sewaktu Yana pergi buat check-up mengandung, Sis amik kesempatan pergi berbelanja barang dapur dan jajan untuk siap sedia sebelum apa-apa 'emergency'. Ye laa buatnya Yana dah bersalin, mananya nak berlari ke sana sini, dah kena jaga dia dalam berpantang dan juga menjaga cucu nanti. So bila ada free time ni, kita 'lari' kejap ke Econsave siap sedia belanja barang dapur dan jajan.

Lately ni Suami sibuk dengan kerja, memang 'no time' nak teman pergi belanja, so dia kata pergi jerr la sendiri belanja, nanti amik resit 'claim' hahahaha.. lagi kita suka.. bolehlah belanja ikut sukahati Mak ko hahahaha.. tapi tak tergamak laa nak memborong oii, beli jerr ikut keperluan, kang beli bebanyak, sapa pulak nak makannya, ermmm.. 

Siap Sedia Belanja Barang Dapur Dan Jajan

Lepas berbelanja dari Econsave, Sis terus ke kedai jajan Pekan Masai sana, nak beli jajan untuk menantu dan anak sedara bila datang nanti. Yaa menantu Sis suka makan coklat, so kita topup jajan pun banyak beli coklat jerr hehehehe.. Sis kalau dah masuk kedai jajan ni, mau meroyan oii, kalau boleh semua nak di beli, macam ramai sangat anak kecik dalam rumah ekkk hehehehe.. 

Lagi satu perangai bila dekat Tahun Baru Cina ni, haaa dah mula musim jual buah limau cina kotak tu, apalagi.. memang pantang nampak, semua nak di beli, tu baru beli sekotak tuu, time menaip ni, dah ada dua kotak kat rumah ahhahahaha.. suka betul Sis, tak tau kenapa, tapi Sis suka makan limau cina ni, lawassssss hahahahaha.. 

Siap Sedia Belanja Barang Dapur Dan Jajan

Haaa tu diaa, penuh rak penyimpan stor barang dapur Sis tu haaa.. suka nengoknyaaa.. lega bila dapat kemas dan penuhkan semua makanan dan jajan dalam rak tu, so kalau tetiba Yana bersalin pun, Sis dah ready dan dah siap semua barang dapur untuk memasak. Takde laa kelam kabut kann.. 

Takde laa banyak nau, dan takde laa Sis beli makanan yang tak khasiat, banyak beli biskut-biskut, kek-kek coklat, dan juga keropok cumil-cumilan jerr.. beli yang bebukan kang, bukannya ada orang nak makan, lain lerr kalau ramai budak kecik, ko letak apa jenis makanan atau jajan pun boleh habis licin kannn.. ni yang nak makan orang tua hahahaha.. 

Entahlahh bila nak keluar cucu ni, hahahaha menunggu dengan penuh kesabaran... korang doakan yaa moga semuanya selamat dan dipermudahkan.. silap-silap malam ni kot cucu hehehehe.. 


P/S: Rindunya nak pergi event jumpa kengkawan semua, SABAR ... 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Tun laaa, bila penuh, sendiri tengok pun suka hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Yerr Dana, jajan buat makan sendiri hehehehe

      Delete
  3. Semoga dipermudah urusan kelahiran baby yang dinanti2kan

    ReplyDelete
  4. Bestnya tgk rak simpanan brg sis.. Kemas tersusun.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time rajin penuh laaa Ibo, time tak rajin, terbiar kosong hahahahaa

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment