SENGKUANG CINA UNTUK ELAK BAYI DEMAM KUNING

SENGKUANG CINA UNTUK BAYI DEMAM KUNING | JUJURNYA Sis pun tak tau laaa dari mana asal petua elak bayi kuning dengan sengkuang cina ni, cuma Sis tau dari arwah Mak dulu memang amalkannya tiap kali bersalin. Zaman sekarang ni, asal lepas bayi lahir aja, mesti kena kuning kan? Beza zaman Sis bersalin tahun 90an dulu, tiga-tiga anak Sis takde demam kuning. 

Sungguhpun begitu, petua beri air sengkuang cina kepada bayi yang baru lahir untuk elak demam kuning tinggi, memang berkesan dan mujarab. Dari anak-anak adik hinggakan ke Cucu sendiri ni, Sis pun guna petua yang sama, dan alhamdulilah bacaan kuning Khalish rendah aja, tak perlu ulang-alik ke hospital/klinik untuk cucuk amik darah. 

Bacaan kuning mesti bawah 6 (Klinik KPJ Pasir Gudang), tapi beza dengan klinik kerajaan bacaan mesti bawah 5 (klinik Kerajaan Masai).. entah mana satu betulnya emtah lerr.. tu yang semalam Khalish kena juga pergi KK untuk buat rekod kesihatan kuning tu, tapi alhamdulilah kuning Khalish ookay. 

Sengkuang Cina Untuk Bayi Demam Kuning

Yang tak kenal rupa itu sengkuang cina, haa tu laa rupanya sengkuang cina. Now memang tengah banyak sebab nak Tahun Baru Cina ni, ramai beli untuk buat kerepek. Yaa sedap okay hiris nipis sagat, then goreng! Suami Sis kemain suka membeli kalau nampak. 

Bahasa omputihnya di panggil ‘Water Chestnuts’. Dia ada 2 jenis (sila google) satu yang kulitnya cokelat hitam tu, then satu lagi jenis mida macam ganbat di atas. Tak kisahlah yang mana, keduanya sama khasiatnya. 

Sengkuang Cina Untuk Demam Kuning

Sengkuang cina tergolong di dalam kumpulan sayur-sayuran air. Ianya merupakan makanan ruji bagi kaum Cina dan didapati tumbuh di kawasan paya. Oleh sebab itu, apabila korang membeli sengkuang cina di pasar, ia akan kelihatan diselaputi sedikit lumpur. Hanya bersihkan sebaiknya dan ianya sudah sedia untuk dimakan atau dimasak.

Sengkuang Cina Untuk Bayi Demam Kuning

Buat masa ni, inilah petua yang Sis amalkan untuk cucu Sis. Dari Khalish pulang ke rumah, Sis terus baginya air sengkuang cina tu 2 kali sehari. 

Bukannya susah nak membuatnya. 

Caranya: Basuh bersih, buang kulit dan parut sengkuang cina tu terlebih dahulu. Dengan memerah menggunakan penapis teh dan ditekan-tekan isi parutan pada penapis teh tersebut sehingga mengeluarkan air. Kemudian, air parutan itu diberikan kepada bayi sesudu teh pada setiap pagi dan malam sehingga demam kuning bayi hilang. 

Tips bagi memilih sengkuang cina yang baik adalah:-
  • Pilih sengkuang cina yang pejal
  • Kulitnya rata dan tiada tompokan lembut pada kulit sengkuang cina.

Jika tidak memilih dengan betul, dikhuatiri isinya lembik setelah dikupas kulitnya. Dengan pelbagai zat dan khasiat, petua orang dahulu masih relevan lagi buat masa kini untuk diamalkan di mana dikatakan sengkuang cina ini mampu merawat demam kuning bayi.

So bagi korang yang baru melahirkan, untuk elak bayi terkena kuning, bolehlah mencubanya ya. Sis sendiri amalkannya, alhamdulikah semuanya dengan izin Allah.. 


P/S : Harini dah hari ke-10 Yana berpantang, alhamdulilah Yana sihat-sihat aja. Khalish pun ookay! 😊 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Inshaallah, terima kasih mendoakan Wak ...

      Delete
  2. wah..baru tau..tq tq..
    alhamdulillah..moga Yana & baby khalish sentiasa sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Mummy, nanti kot ada sapa bayi kuning boleh cuba..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment