BUAH OREN BAGUS UNTUK IBU BERPANTANG

Sis Lin
8
BUAH OREN BAGUS UNTUK IBU BERPANTANG | BUAH oren merupakan antara buah yang sangat bagus dalam memberikan tenaga. Buah oren juga adalah makanan untuk ibu menyusu yang sangat baik kerana ibu menyusu memerlukan lebih banyak vitamin C. Selain itu, buah oren juga merupakan buah untuk ibu berpantang czer.

Memang betul, Sis sendiri beri anak Sis,Yana makan buah oren setiap hari untuk dia makan tengahari dan malam, so far memang luka jahitan dia elok dan kering, Doktor sendiri pun puji jahitan dia elok aja. 

Kalau buah-buah lain seperti Epal, Plum dan Kiwi, Sis beri time snacking minum petang atau sebelum tidur. Sis paksa dia makan buah lebih sikit, supaya khasiat susu ibu tu lebih baik untuk Khalish. Cuma Sis tak pastilah, kalau beri minum jus oren tiap pagi, okay ke tak ek? Ermmm takut juga sebab sejuk kann.. Korang ada pengalaman tentang minum jus oren? Sila komen yaa.. 

Buah Pren Bagus Untuk Ibu Berpantang

Dah masuk hari kelapan Yana berpantang, memang buah oren jerr Sis bagi. Mula tu ada gak bagi Epal tapi hari berikutnya Sis bagi dia buah oren jer, biar luka jahitan tu cepat membaik. Alhamdulilah juga, so far apa yang Sis masak, antibodi Yana boleh terima, belum lagi dengar dia kata seram sejuk macam ‘bentan’ ke, makan pun ookay, minum pun ookay, so Sis masak aja apa yang Sis rasa perlu untuk keperluan badan ibu berpantang. 

Pantang sangat tu idok lerr, tapi tetap berpantang. Time muda ni laaa nak kena jaga badan, badan nak guna lama dikk non oiii.. kang tak jaga pantang, belum tua dah sakit sana sini.. siapa yang salah, sendiri juga susah!!.. 

Tempoh berpantang secara umumnya adalah selama 44 hari selepas bersalin. Tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka akan sembuh sepenuhnya.

Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah ibu bersalin akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama anak dan suami. Akan ada sesetengah ibu bersalin yang mengalami trauma semasa kelahiran bayinya.

Oleh sebab itu, ibu bersalin memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya hampir 60 hari tempoh berpantang bagi mengatasi trauma tersebut.

Buah Pren Bagus Untuk Ibu Berpantang

Buah Oren Untuk Ibu Berpantang

Buah oren merupakan antara buah yang sangat bagus dalam memberikan tenaga. Buah oren juga adalah makanan untuk ibu menyusu yang sangat baik kerana ibu menyusu memerlukan lebih banyak vitamin C. Selain itu, buah oren juga merupakan buah untuk ibu berpantang czer.

Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia dapat memastikan luka czer cepat sembuh dan ibu berpantang normal juga amat digalakkan untuk pengambilan buah oren ini. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia dapat memastikan luka czer cepat sembuh dan ibu berpantang normal juga amat digalakkan untuk pengambilan buah oren ini.


Khasiat Buah Oren Untuk Ibu Berpantang Secara Czer 

Sebiji oren sunkist menyediakan 50 sampai 70 mg vitamin C, setara dengan keperluan harian vitamin C yang kita perlukan. Oren sunkist juga merupakan sumber serat, folat, serta antioksidan, vitamin dan mineral lainnya. Vitamin C memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. 

Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka. Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. 

Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit. Penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). 

“Pemulihan luka lepas bedah dan lepas bersalin memerlukan sumber makan yang berzat dan bekhasiat iaitu makanan-makanan yg segar dan mentah. Yang tidak diperoses, diawet dan dicampur banyak perisa. Salad, ulam dan buah-buahan merupakan makanan yang mentah dan segar. Gunakan olive oil untuk salad. Ikan yg disteam dengan garlic dan halia adalah penuh khasiat. Saya galakkan makan buah betik, nenas dan buah dragon serta tapai kerana enjim-enjim yang terkandung adalah baik untuk bersihkan kawasan luka bedah. Juga makan multivitamins, vit C dan E.” - Dr Hamid Arshad 


P/S: Alhamdulilah kuning Khalish okay ajaa, Sis amalkan tiap hari bagi minum sengkuang cina untuk elak kuning.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Buah oren memang sinonim sgt dgn berpantang. Masa berpantang tu hari pun nur minum jus oren. Fresh betul rasa! Oh btw, buah jambu batu pun tinggi vitamin c tau. Boleh bagi yana makan. Gws yana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis banyak membaca memang buah oren katanya bagus untuk ibu berpantang ..

      Delete
  2. Kak Sue dulu mak mertua suruh berpantang 100 hari, ikut aja lah kan. Buah masa dalam pantang makan buah Oren dengan buah Lai, nak membuang pun senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan begitulah Kak, ni ikutlah ketahanan Yana tu nanti macam mana.. budak sekarang semua nak bedal hahahaha

      Delete
  3. buah oren kena yg manis baru sedap! memang sesuai sgt utk org dlm pantang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, ada tips nak pilih oren manis hehehe

      Delete
  4. oo...new info jugak ni.. tq tq.. MA dulu suka makan buah pear sbb juicy kan... and nak elakan sembelit tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Mummy.. kita tak berpantang pun bagus makan oren ni haaa

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!