AKU DAH MULA SIBUK MENGURUS ANAK BERPANTANG DAN MENJAGA CUCU

AKU DAH MULA SIBUK MENGURUS ANAK BERPANTANG DAN MENJAGA CUCU | HAMPIR seminggu, tak habis-habis cerita anak dan cucu ajer kan hehehe, maklumlah teruja bila anak selamat bersalin dan melahirkan cucu sulung Sis. Tak tau nak kata macam mana, yang utama bersyukur sangat, Allah permudahkan semuanya dan semuanya selamat walau bersalin secara pembedahan. 

Semalam anak Sis dah pulang ke rumah, so korang tau jerr laa macam mana rutin harian Sis terus bertukar terus hahaha.. banyak benda tak sempat nak buat, tapi di sebabkan Sis ni dah bersiap sedia dari awal, so banyak jugalah semua perkara tersusun, takde laa kelam kabut. 

Sebab awalnya memang tak jangka anak Sis bersalin secara pembedahan, so inilah kali pertama Sis melihat kesakitannya dan juga inilah kali pertama juga Sis menjaga orang berpantang yang bersalin melalui pembedahan. Ya Allah seksanyaaa.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sampaikan anak Sis, Yana kata; 'Siapa kata beranak Czer tak sakit?'.... ada ketikanya bila dari duduk nak bangun, dari bangun nak duduk menahan perut tu, terlepas cakap' 'Sakit macam nak mati' huhuhuhu sian laaaa anak Mak.. 

Sabar bebanyak ye Nakkk, pahala besar menantimu, melahirkan zuriat buat Suami dan keluarga, satu pengorbanan yang besar yang Allah berikan syurga nanti.. inshaallah.. 

Aku Dah Mula Sibuk Mengurus Anak Berpantang Dan Menjaga Cucu

Dan bermula semalam Sis dah mula sibuk mengurus anak berpantang dan menjaga cucu. Di sebabkan Yana masih belum nak gerak dan buat apa-apa, so Sis kena jaga cucu Sis siang hari, masak, mandikan anak dan cucu, juga malam Sis tidur bersama cucu, so Ibu dan Ayahnya boleh rehat sebab dah berapa malam berjaga tak tidur. 

Takpe laa, Nenek berkorban juga ni, biarlah susah-susah dahulu, nanti anak dah sihat, dah boleh amik alih tugas sebagai Ibu menjaga anaknya seperti biasa, now nak urus diri dia pun tak boleh huhuhu.. Syukurlah Allah beri Sis kesihatan yang baik dan masih sihat, dapatlah menjaga anak berpantang dan mengurus cucu. 

Dah dua hari ni, besan (mertua anak) ada datang ke rumah melihat cucunya. Ye laa kami sama-sama menyambut cucu sulung, so memasing memang excited laa hehehehe.. 

Aku Dah Mula Sibuk Mengurus Anak Berpantang Dan Menjaga Cucu

Dah lama tak urus baby, so mula-mula tu agak gentar juga nak pegang, tapi Sis kena kuat dan yakin, supaya Sis tak kekok dan boleh urus anak dan cucu, alhamdulilah, tiap kali Sis dukung, pegang dan tukar pampers dan mandikan cucu, cucu nampak selesa dan tidak meragam. 

Buat masa ni memang Sis laa mandikan cucu termasuk anak, then tukarkan pampersnya tiap dua jam, juga beri susu tiap dua jam juga. Ibunya pam juga susu badan, mana yang dapat, itulah rezeki Khalish, sebab masih belum mengurut. 

Anak ada amik pakej berpantang tu, tapi kena tunggu 7 hari baru boleh mengurut sebab anak Sis bersalin Czer, luka belum sembuh dan perut masih keras membengkak. Buat masa ni Sis yang urutkan sapu minyak di badan dan kakinya, supaya jangan masuk angin. Moga Yana terus kuat dan sihat.

Makanya bila blog ni sepi jerr, korang faham-faham ajer la.. kalau ada update pun, Sis update guna handphone jerr hohohohoho, so kalau ada typo, harap maaf.. 


P/S: Sedap bau baby dalam rumah, terkembang-kembang hidung hahahaha.. 

15 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. selamat berpantang buat anak akak dan selamat menyambut cucu tercinta buat akak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hehehehe alhamdulilah Dana.. bizikan diri ajaa sekarang...

      Delete
  3. hahahhaha tak sabar nya nk datang tengok baby tp tunggu besar sket la insyallah ako terjah k

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha btw terigt saat uyum lahir... sama la rutin ako 2 minggu ako temankan fatma jaga si uyum hahaha, memang ako pun tido dgn dia juga, susukan uyum ...excited hahaha

      Delete
    2. Mai laa JB, nanti turun JB mai singgah rumah yaaa..
      Aku masa awal jerr tido dengan Khalish tu, now Ayah dia dah pandai jaga Ret hehehe

      Delete
    3. No wonder laa Ret, anak sedara ko semua rapat dengan ko kannn..

      Delete
  4. faham kesakitan Yana tu sbb ammi pernah 3x lalui czer. mmg org kata tak rasa sakit labor tapi sakit selepas bersalin tu hmmm...nak gelak sakit, nak jalan sakit, nak segalalah sakit. Semoga Yana cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Ammi, siapa cakap beranak C-zer ni tak sakit, seksa tengokk Yana...

      Delete
  5. Tak boleh bayangkan pengalaman Czer nak batuk pun pegang perut sampai menitik air mata punyalah sakit. Takut batuk terlalu kuat terbuka balik jahitan. Allahu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa betul Ibo, seksa tengok Yana batuk menahan perutnya dengan bantal.. huhuhu

      Delete
  6. Ramai ckp sakit lepas tu ..Adoi..seram dengor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Nonn.. beranak tak sakit, tapi selepas tu kuss semangattttt,,

      Delete
  7. moga sis diberikan kesihatan yer..nak uruskan anak & cucu....
    emm..terbau2 plak bau baby nya..subhanallah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment