BAWA SUAMI CHECK-IN 2 HARI 1 MALAM DI FOUR POINTS BY SHERATON DESARU

BAWA SUAMI CHECK-IN 2 HARI 1 MALAM DI FOUR POINTS BY SHERATON DESARU | NAK bawa siapa lagi kalau bukan Suami kita kan, dan jarang-jarang jugalah Suami ada masa hujung minggu nak teman Sis. So apa-apa hal, kita bagitau sesiap, seminggu awal, tak bagi Suami pergi memancing, makanya ke sini laa Sis bawa Suami check-in 2 HARI 1 MALAM di Four Points By Sheraton Desaru. 

Hotel ni boleh di katakan baru juga lagi laa, mula di buka sebelum PKP tu haa. Ini adalah pertama kalinya Sis menginap di sini walau dah berapa kali lalu lalang juga ke sana bila menghantar Suami ke Penggerang. Selalu bagitau Suami, 'One day nanti kita stay sini la, dekat Ayahnya nak pergi kerja', dan akhirnya sampai juga kami di sini. 

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Sis sampai agak lewat juga, sebab siangnya ke Batu Pahat untuk bawa adik Sis menghadiri konvekesyen anaknya. Dalam jam 5pm lebih juga baru dapat check-in. Suami pula datang dari Penggerang, dekatlah dia nak ke hotel ni. Ingatkan kalau sampai awal, bolehlah belanja Suami minum petang di sini, tapi tak kesampaian, next time laa kita lepak minum petang yaa incik Suami. 

Agak teruja bila masuk ke hotel ni, dari luar nampak biasa-biasa, bangunannya tidaklah terlalu besar, tapi bila dah masuk ke dalam, suasana hiasan dalamannya wooww memukau mata memandang. Yup, Four Points By Sheraton Desaru ini adalah di bawah nama brand Marriot Bonvoy, so korang tau laa kan berapa bintang-bintangnyaa.. 

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Sis pilih Deluxe King Room di tingkat 8 yang berkeluasan 38sqm/409sqft, so memang sesuailah untuk kami berdua. Ada banyak pilihan bilik, antaranya; Deluxe Twin Room, Premium King Room, Premium Twin Room dan juga Family Room. Semua bilik tersedia lengkap semua kelengkapan termasuk Pantry area dengan mesin kopi arissto. Dan yang menariknya, semua bilik ada balkoni. 

Sis paling suka persekitaran biliknya yang luas beserta sofa bed di tepi dinding dan tandasnya yang bersih dan paling Sis suka adalah tekanan air di bilik mandinya kuat dan besar, arghhh rasa puas sungguh bila mandi dan 'mencuci'.. yaaa Sis memang utamakan air kalau di dalam tandas hahahaha.. ada certain hotel Sis inap, alahaiii airnya kecik dan tak puas rasa nak mandi weyyyy.. 

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Untuk pakej penginapan ni, Sis amik sekali beserta sarapan dan dinner. So hari yang Sis inap tu adalah Hari Malaysia dan hujung minggu, so kebetulan ada promosi untuk malam malam, sebab malas nak keluar mencari makan, jadi kami makan malam buffet dinner bertemakan Seafood & Grill di The Mesh Restaurant dengan harga RM128nett per-pax. Rezeki kamilah masa tu dapat harga promosi, now still ada, tapi harga berlainan laa. 

Kebetulan hari Sis menginap tu, ada pulak perlawanan akhir bola antara JDT dan Trengganu, so apalagi, lepas makan terus naik bilik, nasib baiklah ada tv dan channel yang menyiarkan siaran langsung, so memang relax habis kami berdua dalam bilik sambil menikmati secwan Teh BOH panas di atas katil. Terus rasa macam pengantin baru laa pulak hehehe.. 

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Tak pernah-pernah ini kali tidur Suami tidur nyenyak sekali, bangun pagi nak solat Subuh pun kena kejut, betul-betul kami enjoy yaa tidur di atas katil empuk mereka. Pagi tu kami turun sarapan awal juga dalam jam 7am. Sarapan pagi juga sama di The Mesh Restaurant mereka. Banyak juga pilihan sarapan yang ada, lagipun kalau time pagi ni mana laa nak makan berat sangat, sebab ingat nak ke Gym dan mandi di Pool, so makan sikit-sikit je buat alas perut. 

Untuk pengetahuan korang, swimming pool dan gym mereka terletak di ruangg lobby aja, tak payah korang naik ke tingkat lain dah, lepas sarapan boleh terus ke gym dan mandi pool. Memang sangat santai dan luas kawasan pool mereka. Nak duduk santai-santai sambil nikmati sarapan di tepi pool pun boleh. Pool dan Gym mereka di buka sampai jam 10pm. Yang bestnya air pool mereka adalah #saltedpool yaa, bukan salted egg hahahaha, so kalau korang terminum air pool mereka, ianya akan rasa masin okay. 

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Bawa Suami Check-In 2 Hari 1 Malam Di Four Points By Sheraton Desaru

Kemudahan lain banyak juga yang mereka sediakan termasuk bilik gaming untuk anak-anak. Ini pestime juga Sis tau yaa, cuma tak sempat nak masuk tengok keadaan, tapi memang ada. Bilknya berada di ruang lobby pintu bercermin. Atau korang tanya jer la staff mereka yaa, mesti anak-anak korang gembira dapat main PS4 di dalam tu.. 

Apa-apa pun memang cukup puashati bermalam di sini. Sebelum balik Sis dan Suami sempat singgah ke Pasaraya SKS yang berada betul sebelah Four Points ni dan berbelanja sikit di situ, mudahkan kemudahan keliling semua ada, nak makan kedai Mamak pun ada, Cafe ada, Restoran dan kedai-kedai jualan pun ada semuanya. Selesai semua urusan, Sis terus balik ke Pasir Gudang lalu lebuhraya Desaru terus ke Pasir Gudang, setengah jam dah sampai rumah. 


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang bolehlah ke facebook page akusislin di atas atau klik SINI aja yaa.. 

Alhamdulilah, percutian singkat walau dalam Johor pun, tapi kami puashati sangat dapat habiskan masa bersama. Inshaalah nanti ada masa, ada rezeki, boleh laa ke sini lagi dan inap lebih lama lagi.. 

Oh, ya lupa nak bagitau, di sebabkan Sis adalah member Marriot Bonvoy, so setiap kali menginap di Marriot, Sis akan dapat point member. Kumpul bebanyak nanti boleh claim reward penginapan secara percuma. So korang boleh daftar sebagai member juga. Atau korang boleh tempah pakej promosi sekarang 𝗘𝗮𝗿𝗻 𝗘𝗮𝘁 𝗘𝗻𝗷𝗼𝘆, dan nikmati RM40 hotel credit dan PERCUMA sarapan pagi untuk 2 orang (promosi sehingga 31 December ini).

Tempah bilik sekarang di https://bit.ly/FPDesaruEEE atau hubungi Sales team di  𝐬𝐚𝐥𝐞𝐬.𝐣𝐡𝐛𝐟𝐩@𝐟𝐨𝐮𝐫𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭𝐬.𝐜𝐨𝐦 or call at +𝟔𝟎𝟕 𝟖𝟑𝟐 𝟖𝟖𝟖𝟖. 


P/S: Tak sabar nak bercuti dengan anak-anak. Moga plan kami bercuti nanti Allah permudahkan, aamiinn.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Besar bilik hotelnya kan. Lepas tu ada free shuttle ke Westin boleh mandi pantai kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa senang dan mudah nak berjalan ke Desaru Coast sana..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment