'SECRET GARDEN WEDDING SHOWCASE' SENTUHAN WHITEBOX BRIDAL, MEMUKAU TETAMU YANG HADIR

'SECRET GARDEN WEDDING SHOWCASE' SENTUHAN WHITEBOX BRIDAL, MEMUKAU TETAMU YANG HADIR | BUAT pertama kalinya Thistle Johor Bahru Hotel berkolaborasi bersama Whitebox Bridal, mengadakan malam showcase perkahwinan dalam taman 'Secret Garden Wedding Showcase', yang sememangnya memukau mata tetamu yang hadir pada malam tu, dan Sis juga pertama kali pergi melihat sendiri wedding dalam taman yang sebegini indah dan cantik sekali.. 

Bagi korang yang suka melihat sentuhan-sentuhan bridal dan pakej perkahwinan, mesti korang tau juga nama dais Whitebox Bridal ni. Yaa mereka juga sekarang terkenal di antara nama-nama dais lain dan semakin ramai memilih Whitebox Bridal ni untuk sentuhan majlis perkahwinan mereka dari pelamin hingga laa ke pengantinnya sekali di hias cantik. 

Kalau di Thistle Johor bahru Hotel ni jer, dah berapa kali juga Sis lihat Whitebox Bridal di pilih pengantin untuk dekorasi majlis perkahwinan mereka di sana. Memang cantikk.. 

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

Sis juga tidak terkecuali, suka melihat hasil sentuhan mereka di merata tempat dan negeri yang mereka hias. Kadang tu diri sendiri pun terpukau melihat hasil sebelum dan selepasnya. Anak Sis juga ada menyebut mengenai Whitebox Bridal ni untuk majlis perkahwinannya nanti, cuma buat masa sekarang, kami masih survey lagi. 

Tapi memang puashati laaa kalau amik dais mereka, walau harganya agak, bak kata kengkawan Sis, harga kayangan, but dengan hasil kerja dan pakej yang di sediakan, amat berbaloi, janji ada ongkosnya ajaaa.. nak cantik di hari persandingan, kenalah usaha lebih dan kumpul je laa duitnya ya anak-anak.. kalau tidak, buat jer laa mana termampu.. janji yang wajib kita laksanakan dulu. 

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

Berbalik pada 'Secret Garden Wedding Showcase' tu, ini adalah pertama kalinya Whitebox Bridal berkolaborasi bersama Thistle Johor Bahru Hotel untuk pakej lengkap perkahwinan di Orchid Ballroom dan pertama kalinya juga Whitebox Bridal perkenalkan perkahwinan ala taman mereka di Thistle Johor Bahru ni. 

Memang betul-betul terpesona yaa mata memandang, cuma nasib tak berapa nak baik, pada malam majlis tu, dari petang hujan dah turun, kejap lebat, kejap gerimis, so kena ingat yaa, bila buat majlis outdoor ni, inilah salah satu risiko yang korang kena terima. Cuaca pun tak menentu sekarang, kalau nak buat majlis gini, tunggulah musim panas okay hehehe..

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

Jangan kata majlis tergendala, mood nak setting kamera amik gambar pun jadi tak menentu, gambar semua dah macam terjun pool jerr.. ada masa tu, nak keluarkan handphone pun kemain sayang takut kena air hahaha boleh gituuuu.. 

Tapi Sis dapat bayangkan laaa, kalau tak kerana hujan, mesti majlis perkahwinan dalam taman ni meriah gilerr...di mana tetamu akan terus masuk berjalan di tepi kolam, dan nikmati makan malam di tepi-tepi kolam sambil menghirup udara segar dan di sinari lampu-lampu sekeliling pokok dan taman, sangat indahhhh yaaaa... 

Walaupun begitu, majlis tetap meriah korang, cuma tetamu jer laa terpaksa makan di Oasis Restaurant atas sana (berbumbung) sementara majlis bermula dan kemudian, bila hujan reda, barulah para tetamu semua ke tempat majlis di adakan, arghhhh berjalan menuju ke pintu gerbang dia kan, terasa macam nak sanding sekali lagi laa pulak hahahahaha... 

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

Yang menarik perhatian Sis pada malam tu adalah, dekorasi laluan dari pintu gerbang hingga ke pelamin, memang sangat romantikk, pengantin akan berjalan di atas rumput karpet yang di hias, kemudian di kiri kanannya pulak, terlihat dayang-dayang staff mereka bermain percikan bunga api sambil pengantin berjalan, di hiburkan pulak nyanyian dari penyanyi Rafee, aduii romantis sungguh yaaa perkahwinan gini... tiba-tiba sayuuu rasa hati membayangkan jika itu anak Sis yang sedang berjalan menuju ke pelamin (Mak-Mak sangat kann).. 

Pengantin bersanding di atas pelamin indah yang di hias sentuhan Faris dari Whitebox Bridal dan memotong kek setinggi 3 tingkat, memang suasana pada malam tu sungguh romantis sekali, kalau ada Suami Sis di sebelah, sudah tentu Sis akan genggam erat tangannya huhuhu... ye laa terbayang waktu kita bersanding dulu uhukk uhukk uhukkk.. 

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

Yang pasti, malam tu perut kekenyangan makan bermacam-macam aneka hidangan dan deseert yang di sediakan.. Lauk-pauknya juga adalah menu pilihan yang termasuk dalam pekej perkahwinan mereka. Sedap-sedap semuanya. Paling Sis suka Kambing Bakar Sebulan, Rendang Beef Brisket dan juga Beetrot Gazpacho tu haa, kena sedut dengan straw yaa hehehehe.. 

Makan sampai ulang-ulang Sis dan kengkawan. Dari hujan sampai hujan berhenti pun tak stop makan aduii apa laa nak jadi ni hahahaha.. apa-apa pun memang happening gilerr laa majlis malam tu, lagi pulak pengacara majlis dia EmbunJb dan juga tetamu undangan istimewa mereka pelakon Aidit Noh dan Isterinya.. so meriah majlis berganda-ganda.. alhamdulilah.. 

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

'Secret Garden Wedding Showcase' Sentuhan Whitebox Bridal, Memukau Tetamu Yang Hadir

Sedikit mengenai Whitebox Bridal ; 

Whitebox Bridal provides professional service in decorating wedding ceremonies and events. Their services include dais decoration, photo booth, candy booth, wedding planner, event decoration and many more. They also provide other wedding services and accessories such as guestbook, archway, walkway, welcome board and attractive wedding card designs.

Dan bermula sekarang, mereka ada sediakan pakej lengkap perkahwinan di Orchid Ballroom Thistle Johor Bahru Hotel bermula dengan harga RM59k untuk 250pax (full pakej) *terma dan syarat*, untuk korang pilih. Pakej macam ni korang tak payah risau dah, all in semua lengkap, datang bawa badan jer laaa, semua mereka sediakan dan mereka yang urus. Pilihan di tangan korang.

KOrang yang nak dapatkan lebih info mengenai pakej perkahwinan di Thistle, boleh contact Siti Zahid +60 12 788 0507 ‪atau terus hubungi pihak Whitebox Bridal di whiteboxdesigned77@gmail.com atau whatsapp mereka wa.me/60187774202  .. Harga dan pakej boleh bawa runding lagi, nak diskaun, sebut jer nama Sis Lin muahahahahahaha... 

Haa jangan lupa tengok video full sekitar majlis di instgarm REEL akusislin yaa.. 



P/S: Okaylah, selamat kawin-kawin korang... 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tengok orang je kawin, diri sendiri bila lagi. eh.. hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar sis walopun hujan..gambar kita da tak nampak hape² da..memang takde mood terus bila cuaca tak menentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun sakit mata nengok Sun, sebab tak sharp.. kalau nak guna je laa gambar Sis kat fb page tu haaa

      Delete
  3. Aaa.. kawen kawen... Okkayhhh.. Nanti nak buat majlis malam cmni. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiikkk, jangan lupa jemput, pastikan tak hujan hahahaha

      Delete
  4. Waaah.. memang seronok sungguh bila ada garden wedding ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann GB, cuma risiko jerr laa antara hujan dan takk

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment