LONDON BRIDGE IS DOWN

LONDON BRIDGE IS DOWN | My deepest condolences to the British Royal Family over the passing of Her Majesty Queen Elizabeth II. May her soul rest in peace.

Why do they say London Bridge is down?
The phrase "London Bridge is down" would be used to communicate the death of the Queen to the prime minister of the United Kingdom and key personnel, setting the plan into motion.

Operasi London Bridge ialah kod atau kata laluan untuk perancangan upacara pengebumian yang akan dilakukan dalam beberapa minggu atau bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Baginda menduduki takhta diraja sejak tahun 1952, tempoh paling lama pernah direkodkan dalam mana-mana sistem monarki di dunia.

Sepanjang tempoh itu, baginda menyaksikan 15 Perdana Menteri Britain mengangkat sumpah jawatan termasuk yang terbaru, Liz Truss, dua hari lalu, selain menaungi hampir 20 acara Sukan Olimpik. Ratu Elizabeth juga menjadi ikon bagi negara Komanwel, pengasas atau penaung lebih 600 pertubuhan dan badan kebajikan, serta memainkan peranan penting dalam hubungan dua hala United Kingdom (UK) dengan banyak negara.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Justeru pemergian Ratu Elizabeth akan membawa banyak perubahan, bukan saja kepada UK, tetapi juga kepada dunia. Berdasarkan 'Operasi London Bridge', pada hari kemangkatan Ratu Elizabeth, Setiausaha Sulitnya, Edward Young, dengan segera akan memberikan mesej 'London Bridge is down' berkenaan kepada Perdana Menteri, Liz Truss.

Perdana Menteri kemudian akan mengatur rancangan Operasi London Bridge, bermula dengan memaklumkan kemangkatan baginda kepada dunia luar, didahului dengan 15 kerajaan yang mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai ketua negara.

Ia kemudian diikuti dengan makluman kepada 36 negara dan pemimpin Komanwel lain di seluruh dunia. Pintu Pagar utama Istana Buckingham akan dipaparkan notis kemangkatan Ratu dengan logo berwarna hitam. Pada masa sama, berita kemangkatan itu akan disebarkan kepada pihak media untuk dilaporkan kepada negara seluruh dunia.

Setiap media akan bersedia dengan berita itu dan setiap stesen radio mempunyai rangkaian untuk menyebar pemberitahuan mengenai tragedi negara iaitu kemangkatan Ratu Elizabeth. Semua berita lain di BBC akan dihentikan sementara, untuk memberi laluan kepada berita kemangkatan Ratu.

Pembaca berita akan menukar pakaian mereka kepada sut hitam dan warna tema BBC News yang asalnya merah akan bertukar kepada warna hitam. Pada hari kemangkatan, Putera sulung Ratu, Putera Charles akan segera diangkat sebagai Raja Charles III. Premis perniagaan dan urus niaga saham akan ditutup bagi memberi penghormatan.

Pada hari sebelum upacara pengebumian, Raja Charles III akan memberikan ucapan rasmi pertamanya sebagai Raja dan ketua kerajaan serta akan mengangkat sumpah setia dengan 41 das tembakan hormat di Hyde Park, London.

Selepas itu, baginda akan mengatur jelajah UK, melawat pemimpin kerajaan di ibu kota setiap negeri, Edinburgh, Belfast dan Cardiff sebelum kembali ke London. Dalam tempoh ini, stesen televisyen akan memainkan banyak dokumentari yang tersedia sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth.

BBC pula tidak akan memainkan rancangan berbentuk hiburan seperti program komedi sehingga pengebumian baginda. Empat hari selepas kemangkatan, keranda Ratu akan diletakkan di pedati tentera diraja dan diarak dari Istana Buckingham ke Westminster Hall, lokasi di mana baginda akan diletakkan selama empat hari selepas Raja Charles dan keluarga diraja memberikan penghormatan terakhir.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kemudian, pintu dibuka kepada ratusan ribu orang untuk memberikan penghormatan sama. Upacara pengebumian akan mengambil masa selama 10 hingga 12 hari selepas Ratu Elizabeth mangkat dan hari pengebumian akan menjadi cuti rasmi di seluruh UK. Bursa Saham akan ditutup untuk kali kedua dalam tempoh dua minggu dan kebanyakan perniagaan akan turut mengikutinya.

Tepat jam 11 pagi, menara jam Big Ben akan membunyikan locengnya dan seluruh negara akan mula bertafakur. Keranda Ratu akan dibawa keluar ke dalam Webminster Abbey, di mana tetamu terhormat memberikan penghormatan dan berdoa.

Selepas itu, keranda itu akan dibawa ke Istana Windsor dan akhir sekali ke Gereja St George di mana Ratu Elizabeth akan disemadikan di sebelah mendiang ayahandanya, Raja George VI. Dalam masa setahun selepas pengebumian, upacara pertabalan rasmi Raja Charles III akan berlangsung.

Secara keseluruhannya, dengan mengambil kira pelbagai cuti, perbelanjaan pengebumian, dan keraian pertabalan, kemangkatan Ratu Elizabeth dijangka menelan kos berbilion pound. - AGENSI


P/S: Satu jer nak cakap, walau dah berusia, wajahnya tetap nampak cantik dan manis. 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam tak percaya je Ratu Elizabeth dah mangkat. Takziah kpd keluarga dan rakyat Britain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. duk ralit tengok tv jerr ni nunggu upacara pengkebumian dia..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment