MOOD KEMBALI OKAY BILA NAMPAK 24 JUTA PAGEVIEWS!

MOOD KEMBALI OKAY BILA NAMPAK 24 JUTA PAGEVIEWS! | DIA punya mood ke-laut beberapa harini memang menguji kesabaran betul bila nampak blog takde update. Nak bukak laptop time cuti kemain malas, yaaa sangat malas, lain macam pemalas dia hahahaha.. tapi semalam, tiba-tiba terbukak blog, tengok-tengok ehhh dah 24 juta, wowww terus mood kembali okay hahahaha.. 

Masa pageviews 23 juta tu, Sis takde buat posting, sebab busy dengan posting lain, sampai lupa nak buat posting. Tak apalah, sesekali takyah update, kang ada plak orang annoying yaaa.. Alhamdulilah, sekali lagi jutaan terima kasih buat semua pembaca blog akusislin yang sudi datang singgah untuk mendapatkan info-info dan ilmu bermanfaat di sini, kalau tak korang klik link blog Sis tu, takde laa korang sampai sini membaca kan.. syukur alhamdulilah..

Sekali lagi, inilah perhargaan kebanggaan buat diri sendiri sebagai blogger. Tak sangka boleh pergi sejauh ini. Sis bukan sesiapa pun, menulis untuk berkongsi apa yang Sis rasa nak di kongsikan. Salah satunya kerana minat dan juga mengisi masa lapang. Walau kekadang tu nak menulis perlu berhati-hati, banyak pihak nak kena jaga, dan tidaklah terlalu 'showoff' untuk di kongsikan. 

Mungkin di luar sana ramai yang sedang melihat kebahagian kita dan tak semua yang tumpang gembira ya, ada yang penuh hasad dengki dan juga memerhati, so kenalah pepandai amik risikonya.. tapi Sis jenis mudah jerr, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. kalau nak cuba, mariii.. sikit masa lagi viral plak kau dalam blog aku hahahaha... mudahkan..

[Baca Juga] : Zikir Hari Isnin 

Mood Kembali Okay BIla Nampak 24 Juta Pageviews

Untuk harini alhamdulilah, mood dan semangat untuk menulis kembali sudah. Dah lama sangat kan berehat blog ni, ada yang rindu dah dengan bebelan Sis, siap wahtsapp tanya, hahahaha.. tak sangka ada yang prihatin kan.. 

Dan Sis pun nak kena susun atur balik ni schedule posting Sis semua. Tajuk semua dah siap dalam draft, cuma isi jer belum di karang. Nak kena adjust mana nak kena post dulu, mana yang kemudian, barulah kemas dan tersusun posting kita, takde laa celaru dan pening orang nak membaca nanti. 

Ikutlah gaya memasing kann, ini cara Sis, orang lain gaya dan cara memasing, cuma janganlah suka sangat meniru gaya dan posting orang, sampaikan kalau kita masuk blog orang tu, dah macam baca blog sendiri, dah kenapa? Takde idea ke? Banyakkan membaca yaa.. cuma jangan meniru gaya orang lain, cipta style dan niche sendiri.. baru laa ada kemajuan hohoho..

Kalau minta tips macam mana nak naikkanj pageviews ke, maaflah memang takde, yang boleh Sis katakan, rajin-rajin laa menulis, kalau rajin updatelah sehari dua tiga empat posting, barulah views sehari tu naik dan SEO pun masuk dalam search engine. Jangan malas, pageviews nak tinggi, tapi malas nak update, acaner tu?... 

Sis pun bermula dari bawah, bukan harini jadi blogger, harini terus juta-juta pageviews, ohhh tidakkk.. semua kena ada usaha keras yaa, banyakkan membaca, banyakkan research, dan paling penting, janganlah 'sombong' dan rasa diri terlalu bagus, ermmm susah laa camtu yaaa, sebab orang yang lokek ilmu ni, tak kemana punnn, balik-balik, ilmu yang dia ada pun, ciluk dari orang lain, so takde bezanya pun.. 

Korang yang rasa nak bertanyakan apa-apa soalan mengenai blog, email aja Sis, apa yang Sis tau, Sis boleh bantu. Nak tukar template ke apa ke, email jer okay, Sis tak amik mahal pun, tolong kengkawan dan sesama kita jer.. inshaallah kalau rajin, kita sama-sama naik.. 

Okaylah, nanti smabung, nak buat posting seterusnya sementara mood tengah okay ni. Harini cuti masak tengahari sebab ada orang tu nak belanja McD ayam goreng hahahaha.. makaseh Suami ... 


P/S: Sampai sekarang masih tak percaya aku ni BLOGGER hahahahaha...

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Menguji kesabaran jugak ni. Bila laaa nak rajin macam sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ayuhlah... kata nak USD ribu riban hahahaha

      Delete
  2. Rindu la zaman msjbox!! Skrg semua dah menyepi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Retna, jauh beza dah dulu dan kini kannnn...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment