SETELAH LAMA TAK DUDUK BERSAMA MAKAN SEMEJA

SETELAH LAMA TAK DUDUK BERSAMA MAKAN SEMEJA | ADAT berkawan, ada pasang ada surutnya, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia yang hari-harinya juga bercakap kan. Sikit salah faham tu biasa dah, cuma cara kita mengawal perasaan tu jer yang kita nak tengok, samaada boleh bertahan dengan sikap sesaorang atau melupakan.. 

Bagi Sis, apa-apa yang Sis rasa Sis bersalah, Sis akan mohon maaf, walau Sis sendiri pun tak tau apa salah Sis sampai orang singkirkan Sis. Kadang memang dalam pergaulan kita ketikanya tidak terlepas dari membuat salah, samaada sedar atau tidak, dan itu yang jadi masaalahnya kekadang. Tapi bila sampai kawan menjauh dari kita, dan orang tu laa yang kita sayang, Sis akan jadi sedih tapi sentiasa memaafkan. 

Manusia tak lepas dari membuat kesalahan, cuma biarlah kita tau salah kita, supaya kita sedar dan hidup pun tenang.. jika tidak, ianya akan membuat perasaan tu tertanya-tanya dan jadi sedih berpanjangan, cuma Sis ni malas nak tunjuk rasa itu sebenarnya.. 

Setelah Lama Tak Duduk Bersama Makan Semeja

Memang banyak cerita di sebaliknya, hanya mereka yang tau sahaja yang tau. Sis dalam berkawan suka amik jalan mudah, jika salah minta maaf, jika tidak, pun minta maaf, doakan yang terbaik buat diri sendiri juga kawan-kawan. Namun nak berdendam atau mengungkit, itu bukan Sis laa orangnya.. 

Semua orang ada dugaan dalam berkawan. Tapi bila di uji oleh Allah tu, Allah nak tengok sejauh mana hati kita menilai kawan, samaada kita akan buka aib kawan kita atau kita diam dan biarkan aja Allah yang atur semua.. 

Dan alhamdulilah, doa Sis tak putus-putus, akhirnya Allah satukan kami kembali berjumpa setelah lama tak duduk bersama makan semeja. 

Setelah Lama Tak Duduk Bersama Makan Semeja

Orang kata, berkasih pada yang satu, berkawan biar beribu.. (ehh ke terbalik).. tapi mampu ke kita nak jaga hati kawan kita yang beribu-ribu tu? Kalau tanya Sis, memang Sis tak mampu nakk oii.. yang sedia ada pun, bermacam ragam dan perangai, lagi nak jaga beribu tu..

Kadang kita tak suka orang, tapi belum orang lain pun suka kita.. so amik pendekatan yang mudah juga, kita berkawan pada yang sudi, benda mudah kann, buat apa nak kasi rumit. Yang tak suka, kita biarkan, yang negetif kita hindarkan, yang baik dan positif, kita cuba dekat tapi selalu beringat, sentiasa ada 'musuh dalam selimut'.. 

Yaaa tak semua yang kita kawan itu namanya kawan. Ada sesetengah tu, nama je kawan tapi sebenarnya 'gunting dalam lipatan', berhati-hatilah selalu dalam berkawan. Biarlah kita menilai sesaorang tu bagi menjaga diri kita, dari kita baik sangat tapi akhirnya 'kawan makan kawan'..

Setelah Lama Tak Duduk Bersama Makan Semeja

Tapi alhamdulilah... Allah satukan kami, kami saling memaafkan dan kami masih boleh lagi duduk semeja berborak dan gelak sama-sama tanpa mengungkit apa kisah dahulu. Move-on je laa kann, yang lepas kita lupakan walau masih menjadi tanda tanya... tapi tak apa.. asalkan kita dah memaafkan sesama kita, sikit sebanyak hati tenang.. 

Selagi tak berdepan mata, tak ucap maaf, memang hati tak tenang.. walau kita memaafkan sekalipun bagi pihak kita, tapi pihak yang sana kita sendiri tak dengar dia memaafkan kita, pun hati tak tenang... alhamdulilah terima kasih Allah...

Untuk korang di luar sana, jika ada yang bermusuh dengan kita, maafkan ajer dan doakan mereka secara diam.. inshaallah, Allah akan jentik hati mereka untuk sedia memaafkan kita dan Allah akan atur semuanya agar kita masih lagi dapat berhubung dan berkawan dengan kawan yang dah bermusuh dengan kita.. Jangan sedih, harinya pasti akan tiba.. sabar.. 

Buat sahabat Sis, Effa dan Wana, terima kasih untuk segalanya. Ikutkan nak peluk menangis sepuasnya, tapi rasa malu tu ada, yang penting kita saling memaafkan dan melupakan. Moga Allah pelihara persahabatan kita dan Allah limpahkan rahmat serta hidayan kebahagiaan buat korang berdua (aku sayang korang tau).. aamiinn.. 



P/S: Balik rumah memang jujur cakap, nangis tak henti dengan pertemuan ini 😭

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dah usia skrg ni, mmg malas rasanya nak berdendam kesumat. Maafkan aje la dan move on kan Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Carneyz, kadang lebih baik berbaik dari terus bermusuh.. hati pun tak tenang...

      Delete
  2. Selagi tak berdepan mata, tak ucap maaf, memang hati tak tenang.. walau kita memaafkan - Ini sedang berlaku dan masih berlaku. kasihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa GB.. itulah yang di rasa, selagi tak jumpa, akan ada rasa tak tenteram tu...alhamdulilah..

      Delete
  3. Tahniah... Semoga kekal sampai bila bila

    ReplyDelete
  4. kita jaga kita,, tak perlu jaga tepi kain orang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gituuu... moga kita juga dapat jumpa satu hari nanti Cik Nor..

      Delete
  5. orang yang paling berani ialah org yg meminta maaf dan memberi maaf :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali, tapi tak semua orang boleh melakukannya kan...

      Delete
  6. sebak pulak...teringat kat arwah kawan baik ammi. Dengan dia sorang je ammi pernah bermasam muka sebab yelah dah nama pun kawan baik...segala yg baik dan buruk pasal kita, kita tau. Masam muka sehari je tapi dia punya sebal hati ni sampai tak boleh tidur malam...esoknya terus jumpa dan kita post mortem keadaan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada kenangannya memasing kan Ammi.. kita memaafkan dan mohon maaf itu lebih terbaikk..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment