MAKAN TENGAHARI BUFFET HANYA RM35 DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU

MAKAN TENGAHARI BUFFET HANYA RM35 DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU | MASA mula Sis bagitau kengkawan harga buffet lunch tu rm35, ramai sungguh yang terkejut, ye laa tengok pada menu-menu yang di hidangkan, memang okay sangat laaa kann, bukannya korang makan sangat semua makanan, at least ada menu 'main course', pencuci mulut, dan hidangan sampingan, pun dah kenyang kan. 

Macam yang Sis pergi makan tengahari buffet di GBW Hotel ni haa, harga hanya rm35, tapi sangat puashati. Satunya makan dalam hotel, tempatnya pun selesa, makanannya pun boleh di katakan semuanya sedap, ala-ala masakan kampung Mak-Mak kita tau.. 

Kalau dah harga rm35 kan, so korang janganlah expect menunya macam hotek-hotel bintang-bintang lain, yang tu harga mahal laaa kan, ini rm35 bagi Sis cukup memadai menunya. Asal kenyang dan tidak membazir ye sudah. Ini ada orang pergi makan mahal-mahal, makannya macam kau potong usus, so baik tak payah yaaa.. agak nak makan salad jerr, kat GBW Hotel ni pun ada salad hahahaha.. 

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Menu-menu yang di hidangkan cukup berbaloi dan memang kena dengan citarasa kita tekak Melayu ni. Lebih dari 30 jenis menu ada. Menu kampung yang tersedia semuanya lengkap beserta ulam-ulam dan juga Sambal Belacan dan Cencaluk.

Setiap hari menunya berbeza, masa Sis datang tu, menu seperti; Nasi Ayam, Mee Hailam, Bubur Berlauk, Sup Ayam Berempah, Udang Butter, Sayur Kailan Asin, Pengat Pisang, Puding sagu dan macam² lagi menu yang ada. Sis suka Nasi Ayam dia, sedap!..

Sis masih tak boleh move-on dengan Pengat Pisang dan Nasi Ayam dia tu, sedap betul di tekak Sis. memanglah kang ko kata takat nasi ayam boleh makan kat luar, tapi beza yaa, kat luar kau makan sepinggan, ni nasi ayam kau boleh makan berpinggan-pinggan kalau kau nak, makanlah selagi boleh makan, tu yang bezanya kalau makan buffet ni. 

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Sis bukanlah pemakan sangat orangnya, tapi suka mencuba, so far Sis cuba semua menu-menunya, dan semua menunya 'rasa' di tekak Sis makan, kan dah kata, ala air tangan Mak kita, sangat puashati. Anak bujang Sis pun berkata sama juga, sebab anak bujang tu yaa pemakan. Kalau tak sedap, memang dia kata tak, ni bila Sis tanya, dia kata okay, so sedap laa tu.. 

Korang bolehlah datang sini dan mencubanya. Cuma pastikan korang buat tempahan awal jika takut fullhouse. Masa Sis datang pun memang fullhouse, mana dari luar, mana yang stay situ, dan juga ada yang datang by group, so memang kena buat tempahan meja awal supaya korang dapat meja. 

Nak walk-in boleh jer, tapi nasiblah kann.. kalau full tu jangan pulak korang ngamuk, Sis dah bagitau tu suruh booking dulu. Masih ada lagi masa untuk korang bawa family atau kengkawan, sebab promo ni sampai akhir bulan September ni. 

Makan Tengahari Buffet Hanya RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke facebook page akusislin di atas, atau klik SINI ajer okay.  Details Sis tulis di bawah ni yaa. apalagi selamat menjamu selera korang.. 

Bermula 15/8 - 30/9/2022
Dari jam 12pm - 2.30pm 
Dewasa : RM35 per-seorang
Kanak-kanak/Warga Emas : RM25 per-seorang

Detail or booking: wa.link/3o0q5j
Mr. Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073

Cafe D’Mezzanine [Tingkat 1 Lobby ] 
GBW Hotel
Alamat : 9R, Jalan Bukit Meldrum, 
80300 Johor Bahru
Contact : 07 - 221 6666


P/S: Hi-Tea still ada juga yaa, pun harga RM35 hehehehe.. 

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)