SELAMAT HARI MALAYSIA

SELAMAT HARI MALAYSIA | SAYA anak Malaysia. Berbanggalah kamu menjadi anak Malaysia. Malaysia aman dan tenteram, bebas dari peperangan dan penjajah. Esok 16 Sept 2022, adalah Hari Malaysia bagi negaraku Malaysia. Dan kebetulan esok Jumaat, so bercuti panjanglah semua yaa. Jalanraya pun dah mula sesak dan jem tu haa..

Nasib baik juga semalam Sis dan Suami dah gerak balik dari KL ke JB, jalan masih lenggang sebab harini hari bekerja dan sekolah. Team Suami yang baru gerak dari KL ke JB tu, nampak dah mula jem dan kereta mula banyak, ermmm moga semuanya selamat sampai ke JB. 

Sis pun esok belum ada plan apa-apa nak kemana ke apa ke, sebab Suami tengah banyak kerja tu, tak tau laa kalau esok dia gi memancing ker, kalau dia memancing, Sis macam biasa laa, stay kat rumah dan settlekan semua task job yang tertunggak ni haa.. serabut oii mikir selagi tak siap. 

Korang yang bercuti dan pulang ke kampung, harap sabar ketika memandu dan banyakkan berselawat dan berzikir ya, Moga dipermudahkan semua urusan kalian, aamiinn.,

Selamat Hari Malaysia

Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta..

Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan  sejahtera ini. 

Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air. Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara. 

Ya Allah, gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan. 

Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.

Amin Ya Rabbal A’lamin ...


P/S: Selamat bercuti panjang korang... 

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment