SARAPAN PAGI DI LEVAIN BOULANGERIE & PASTISSERIE

SARAPAN PAGI DI LEVAIN BOULANGERIE & PASTISSERIE | KALAU tak kerana last minit turun KL sebab event OGA Mogsec baru-baru ni, rasanya Sis pun tak sampai dan tak jejak kot Cafe Levain Boulangerie & Pastisserie ni. Kebetulan kedatangan Sis dapat di hidu oleh Retna, makanya di culiknya Sis sekejap pagi esoknya dan bertemu laa Sis dengan Retna dan juga Carneyz di sini. Ingatkan lagi sebulan baru jumpa, rupa lagi awal ekk hahahaha..

Dah lerr datang KL sehelai sepinggang, nasib baik juga sempat malam sebelumnya beli baju, so pakailah baju baru tanpa cuci tu haa, ajer gilerr ekkk.. pesan juga dengan Retna bawakan power bank sebab bateri phone tinggal 35% jerr. Tapi Carneyz siap bawak charger sekali. Bagus juga ios16 ni, lepas update jerr, ketahanan baterinya lebih tahan lama. Korang punya Sis tak tau lerr.. 

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Pagi tu sempat jugalah jamah makanan di Cafe Hotel Maya tu, sebab Suami kata ada sekali breakfast untuk dua orang. Suami awal-awal pagi dah gerak ke KLCC tu lepas sarapan, so Sis turun lambat juga, sajer nak jenguk-jenguk Cafenya. 

Retna pick-up Carneyz dulu then baru amik Sis di lobby hotel. Nak makan mana pun Sis tak tau, Sis ikut jer mereka nak bawa, tup-tup sampailah ke Levain Boulangerie & Pastiseerie ni haaa. Cantik tempatnya, dah macam ala-ala negeri omputih gituuu.. banyak rimbunan pokok dan Cafenya adalah rumah banglo sebuah gitu.. 

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Time kitaorang sampai ni ramai juga dah ada duduk makan situ, tu yang mencari tempat duduk yang dekat dengan plug semuanya full kat dalam, last-last kami duduk jer di luar. Nasib baik jugalah tak berapa panas, sebab pagi lagi kann.. 

Order menu pun, Sis order jer laa mana yang rasa nak makan. Harga boleh tahan mahal gak, standard lerr kan makan di KL ni. Tapi portion besar dan sedap. Mulanya ingat nak makan biasa-biasa aja, sekali, alamakkk TERorder pulak menu sarapan besar dia hahahaha.. dah tak memasal kenyang macam nak haperr perut. Dah duduk lama tu baru sedar, kenapalah tak makan roti dia ek, sebab Sis tengok roti-roti dia menyelerakan sungguh.. arghh dasar kau Sis Lin hahahaha.. 

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Yang ni Sis punya ...
Full English Breakfast

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Ini pulak Retna punya..
Tuna Mushroom Croissant

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Dan yang ni, Carneyz punya.. 
Levain Classic Beef Burger


So far memang sedap dan kenyang sangatt makan menu-menu ni. Untuk tekak Sis memang ngam, kalau mahal pun, berbaloi laa dengan menu yang di hidangkan. Tempat pun cantik, tenang dan nyaman.. Sis suka.. 

Sarapan pagi tu atas tajaan Retna dan Carneyz. Moga di murahkan rezeki untuk korang berdua dan sihat-sihat selalu. Tak sabar ni nak tunggu bulan depan kita akan 'makan besar' hahahaha.. harap-harap tiada halangan kan.. inshaallah, aamiinn.. 

Sarapan Pagi Di Levain Boulangerie & Patisserie

Gambar air jer kitaorang tak amik, dah merajuk sebab air dia lambat sampai, nasib baik tak tercekik hahaha.. But, kitaorang enjoy giler sarapan di sini. Banyak yang di gossipkan bualkan dan semestinya tajuk perancangan masa depan percutian kami  nanti. Lepas ni entah bila nak duduk makan semeja camni lagi kan. 

Terus rindu dengan geng-geng blogger MsjBox lama kann.. Korang yang nak mencubanya, atau stay berdekatan sana, bolehlah datang mencubanya yaa.. Sis dari Johor pun dah sampai ni hahahaha.. 

Alamatnya ; 
Levain Boulangerie & Patisserie
7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Di buka dari jam 7.30am hinga 5.30pm
Setiap Hari .. 
Contact : 03-2142 6611 


P/S: Kat Johor ni mana ada sarapan gaya gini ek? Ermmm... 

12 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bestnyaa tengok makanan dia. Nampak menyelerakan sgt :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, roti dia pun semua nampak sedap VM...

      Delete
  2. ok next time kita try kellys plak tp eh byk cafe2 bkfs camni kat KL... kang rambang mata nak pilih heheh...OK next time kita lepak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, kalau di Johor ni, macam semua buka jam sepuluh jerrr...

      Delete
  3. Presentation menarik...suka tgok menu sis lin tu..menu yang lain pun not bad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Big Breakfast namanya SA, so makan memang kenyang...

      Delete
  4. Nasib baik tak tercekik masa makan2 gossip2 tu kan hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn hahahaha.. boleh lupa hantar air ekkk hahahaha

      Delete
  5. tekak jawa wak tak gheti sarap macam ni

    ReplyDelete
  6. uih sedap menu dia ek..tempat pun lawo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa tempat lawa, makanan pun sedap Eda...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment