LAMA TAK MASAK LALA SAMBAL

LAMA TAK MASAK LALA SAMBAL | MEMANG agak lama tak membeli dan memasak Lala Sambal ni. Salah satu sebabnya Sis lama juga tak pergi pasar besar, kalau dulu memang rajin laa ke pasar, sekarang sejak dah Suami asyik bawa balik ikan dan juga jiran belakang rumah ada menjual barang basah online, so memang malas nak keluar ke pasar. 

Malas satu hal, kang dah jejak pasar tu, dari konon nak beli lala, ehhh terus segala binatang Sis hangkutnya hahahaha.. Macam kes semalam pagi, Sis ke pasar Kipmart, niatnya nak cari ikan kembong sebab anak Sis,Yana teringin nak makan Laksa Penang Maknya, so Sis ajaklah kawan Sis,Nas teman sekali, lagipun dia kata, dia boleh juga mencari lauk. 

Lama Tak Masak Sambal Lala

Dah sampai pasar jer, jalan-jalan cuci mata round satu kali dulu, sambil mata menahan jerr tengok ikan-ikan dan sefood segala yang terjual fresh.. Dah dapat dah ikan kembong, belilah sekilo, jalan ke depan lagi, haaa tu yang ternampak lala, Sis beli dua bungkus, then ternampak pulak ikan Bayan tu waduhhhhh geramnyaaa.. ikan kesukaan Sis tu.. Suami kadang ada gak dapat ikan tu mancing, ni dah lama takde dapat..

Ikut nafsu nak je Sis beli, tapi fikirkan ikan-ikan dalam freezer tu, ermmm lupakan laaa.. mana taknya, dalam freezer Sis ada ikan kerapu, ikan siakap, ikan jenahak, ikan talang, tu semua hasil memancing jerr.. tunggu turn je nak masak.. 

Lama Tak Masak Sambal Lala

Fikirkan dah banyak lauk, so memang Sis tak beli laaa, hanya beli ikan kembong dan juga lala. Pastu pergi tempat sayur, beli bahan-bahan nak masak Laksa Penang harini. Kawan Sis, nas yaa dia beli udang harimau, gilerr besar udangnya, fresh, sekilo RM32 dia beli semalam. 

Puashati wooo besar sungguh udangnya, ishhh Sis tak beli sebab baru jer beli dengan jiran belakang rumah, ada lagi sebekas untuk sekali masak. Cuma pelik semalam takde pulak nampak sotong.. Kalau ayam banyakkk.. siap orang jual ayam tu pujuk-pujuk kami beli ayam, sian pulak nengok.. tapi kelmarin Suami baru beli sekor.. 

Lama Tak Masak Sambal Lala

Bila dah masauk pasar, maka terjumpalah sayur-sayur kampung, termasaklah sayur pucuk paku ni haa.. apalagi, memang Sis beli punya. Suami suka ni. Mula-mula duk fikir, nak beli pucuk paku ke, pucuk manis ke, tapi last-last amik pucuk paku jer.

Sis goreng belacan lawankan dengan lala sambal tu dengan ayam masak lemak nanas. Kena masak ayam sebab anak bujang tak makan lala ni.Tak sangka, semalam makan sekali hadap licin. Suami balik malam tu makan, then anak bujang ulang makan lagi, Sis suruh licinkan jer semua, senang nak kemas dapur, tak payah nak simpan-simpan.. 

Suami makan pun semalam siap kata, 'lama tak makan lala'.. hehehe alhamdulilah, Allah beri sedap lala sambalnya walau nampak macam tak berapa nak sambal, tapi cukup rasa cukup pedasnya ... so harini, korang dah tau kan menu Sis? Laksa Penang homemade by Sis Lin hahahahaha.. 

Korang nak masak apa harini?


P/S: Selagi terdaya, apa anak nak makan, inshaallah Mak masakkan.. Moga Allah beri aku kesihatan yang berpanjangan, aamiinn.. 

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya lala sambal. cantik gambar, macam iphone 14 pro max

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tak mampu nak kejor iPhone empat belas tu laaa hahahaha

      Delete
  2. Haha samalah, malas nau nak turun ke pasar ikan. Tapi bila dah turun tu mcm2 angkut balik, sampai tak igt peti sejuk rumah sewa ni cinonet je! Dah satu hal nak menyumbat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, dulu suka Karni pi pasar, tapi sejak ikan banyak dalam freezer tu, jadi malas dah hahahaha

      Delete
  3. tadi makan ikan nani bakar malam tadi, then aku buat sambal kicap aje untuk cicah..makan dengan salad aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnyaa ikan bakar.. lama juga tak bakar ikan..

      Delete
  4. Dapnya pucuk paku tu. Makan memang bertambah dan tak pandang kiri kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Rawlins.. sesekali menu gini, selera terus rasa...

      Delete
  5. dapnya....plus ngan pucuk paku..lagi dapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ayu, sedap sekali.. makan boleh menambah hehehe

      Delete
  6. Sedapnya menu mak... Jadi anak angkat la gini. Haha semoga murah rezeki selalu sis

    ReplyDelete
  7. Lama x jenguk sini tgk ko masak apa hehhe

    ReplyDelete
  8. Kat rumah SA selalunya lala ni laku buat sweet sour telur je..amasak lain sorang pun x pandang, SA makan la sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang jer buat sweet sour tu, sebab Laki suka masak sambal..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment