LIMA HIDANGAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA DI SHOPEEFOOD

LIMA HIDANGAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA DI SHOPEEFOOD | Dengan keenakan kulinari yang pelbagai di Malaysia, rambang mata kita dibuatnya. Apabila bercakap sahaja tentang makanan tempatan, antara yang terlintas adalah keistimewaan rasa Char Kuew Teow Penang dengan aroma kuali ‘wok’, betapa empuk dan enaknya Nasi Ayam Ipoh, keharuman Nasi Lemak yang ikonik, dan semestinya, antara pencuci mulut 50 terbaik di dunia, Cendol! Terliur, bukan?

Industri penghantaran makanan di Malaysia telah melonjak menjadi makin popular, terutamanya sejak wabak COVID-19. Dengan pelbagai kemudahan dan pilihan makanan sedia untuk dipesan hanya di hujung jari, rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk memesan penghantaran makanan secara atas talian. Menurut Statista.com1, pada Ogos tahun lepas, 33% responden Malaysia menyatakan bahawa mereka berbelanja sekitar RM20 – RM30 untuk satu pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan dan kira-kira 11% daripada mereka berbelanja RM50 atau lebih.

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. ShopeeFood boleh didapati di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu, Sabah. Menampilkan lebih 2,000 hidangan, pilih sahaja mengikut citarasa dan selera anda!

Lima Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia Di ShopeeFood

Hidangan Kegemaran Pengguna ShopeeFood

Bak kata orang, bukan namanya orang Malaysia kalau tidak suka masakan Malaysia! Pengguna ShopeeFood dari keenam-enam lokasi nampaknya paling menggemari satu sajian utama, iaitu Roti Canai yang rangup dan enak! Sama ada Roti Canai Biasa atau Telur, hidangkan sahaja dengan kari kegemaran korang, memang terpejam mata buatnya ketika menikmati setiap suapan.

Satu lagi kegemaran buat pengguna Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang ialah minuman cukup popular, secawan Kopi. Dihidang panas, sejuk, grande atau kopi Mamak, kopi sememangnya memberi kesegaran yang padu! Tetapi sudah pasti, tidak mungkin pengguna ShopeeFood terlupa akan hidangan ruji di Malaysia - sepinggan nasi! Tentunya, rakyat Pulau Pinang menggemari keunikan Nasi Kandar mereka manakala kedua-dua Selangor dan Pulau

Pinang amat menyukai sebungkus Nasi Ayam yang lazat sehingga menjilat jari. Akhirnya, Nasi Lemak ikonik negara kita memegang takhta sebagai makanan paling digemari pengguna di Selangor dan Johor.

Berikut ialah senarai lengkap lima hidangan kegemaran pengguna ShopeeFood!

Ayuh Menjamu Selera dengan ShopeeFood!

Kuala Lumpur dan Putrajaya

‘Bang, roti canai, satu,’. Sering didengar, bukan? Nampaknya Roti Canai Biasa dan Kopi menjadi makanan harian kebanyakan rakyat Malaysia, tidak kira siang atau malam. Satay Ayam atau Daging juga menjadi pilihan kegemaran, lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan kelazatan penuh nikmat Kuah Kacang. 

Kemudian diikuti pula dengan Nasi Goreng kegemaran ramai, terutamanya Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Ayam. Oh, nanti dulu! Jangan lupa pula Telur Goreng, atau lebih dikenali sebagai Telur Dadar.

1. Roti Canai
2. Kopi
3. Satay (Ayam dan Daging)
4. Nasi Goreng (Kampung dan Ayam)
5. Telur Goreng (Telur Dadar)

Selangor

Roti Canai Biasa sekali lagi mengungguli carta sebagai pilihan pertama, tetapi, satu lagi kegemaran rakyat Malaysia muncul di dalam carta - Nasi Lemak Biasa yang ikonik dengan aroma menyelerakan. Dekat di hati kita, sesuap nasi lemak boleh menenangkan jiwa dan mengubat hati yang lara, bukan? Nasi Ayam yang popular juga menjadi satu kemestian. Sekali pandang, ia mungkin hanya sepingan nasi dengan hirisan ayam kukus atau panggang, tetapi dengan setiap suap, terdapat rasa yang harmoni menghidupkan hidangan ini. 

Satu lagi pilihan makanan yang mustahil untuk kita tinggalkan ialah Ayam Goreng, terutamanya apabila sedang ‘bercuti’ daripada berdiet! Suka makanan pedas? Kehangatan Nasi Ayam Penyet dengan ‘sambal’ berapi memberikan kenikmatan tidak terhingga!

1. Roti Canai
2. Nasi Lemak
3. Nasi Ayam
4. Ayam Goreng
5. Nasi Ayam Penyet

Lima Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia Di ShopeeFood

Johor

Sekali lagi, Roti Canai Biasa memenangi carta bersama kegemaran sampingan, Roti Canai Telur. Telur dan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan! Kopi nampaknya turut menjadi kegemaran, diikuti dengan Nasi Lemak Ayam. Kerangupan ayam goreng atau kekayaan rempah ratus dari rendang ayam terus mencuri hati kita, sepanjang zaman. Jika korang penggemar makanan lazat berlemak (walaupun hampir kesemua masakan di Malaysia sememangnya lazat berlemak), Bubur nampaknya menjadi kegemaran orang Johor. Panas dan sedap! 

Dan yang terakhir, kita meraikan salah satu daripada 50 hidangan gerai (street food) terbaik di Asia, disiarkan oleh CNN baru-baru ini dalam senarai makanan Asia mereka. Berikan tepukan gemuruh untuk…sup masam manis secukup rasa berasaskan ikan, Asam Laksa! Nak semangkuk boleh?

1. Roti Canai
2. Kopi
3. Nasi Lemak Ayam
4. Bubur Ayam
5. Asam Laksa

Pulau Pinang

Nasi Ayam yang empuk dan lazat menduduki tempat teratas diikuti oleh, sekali lagi, Roti Canai Biasa dan tentunya, Nasi Kandar. Jika anda melawat Pulau Pinang, anda tidak boleh balik tanpa ‘pekena’ Nasi Kandar sepinggan. Kini, anda boleh memesan melalui ShopeeFood, pada bila-bila masa! Orang Pulau Pinang memang menggemari Kopi mereka dan juga Teh Ais, yang menyegarkan tekak pada hari yang panas. 

Akhir sekali, kita mempunyai hidangan antarabangsa yang digemari oleh rakyat Malaysia, ‘Sushi’. Keenakan dalam setiap sajian.

1. Nasi Ayam
2. Roti Canai
3. Nasi Kandar
4. Kopi dan Teh Ais
5. Sushi

Ipoh

Ipoh terkenal dengan keindahan pergunungan karst batu kapur, gua, kolam air panas, dan semestinya - makanan yang lazat. 'Sushi' nampaknya menjadi kegemaran dan semestinya Roti Canai Biasa. Menariknya, Keropok Lekor turut berada dalam senarai teratas - kudapan yang enak dimakan tanpa mengenal waktu. Ayam Goreng turut tampil sebagai kegemaran tempatan, sebuah hidangan yang cukup mudah dipesan. 

Akhirnya, memeriahkan senarai ini adalah pencuci mulut, Aiskrim – pilihan wajib untuk melengkapkan hidangan anda atau dinikmati bila-bila sahaja.

1. Sushi
2. Roti Canai
3. Keropok Lekor
4. Ayam Goreng
5. Aiskrim

Lima Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia Di ShopeeFood

Kota Kinabalu, Sabah

Selain pergunungan yang menakjubkan dan pantai yang indah, makanan juga merupakan tarikan lokasi di bawah bayu ini, dan ShopeeFood sedia menghantar hidangan terus ke rumah korang! Mengungguli senarai makanan kegemaran mereka, takhta ini dirangkul oleh Roti Canai sebagai salah satu makanan kegemaran untuk dipesan, termasuk Roti Canai Biasa dan Roti Canai Telur. Satu lagi kegemaran ialah Pasta, di mana pelbagai hidangan Pasta boleh didapati dalam aplikasi kami. Kehangatan Bubur Ayam juga popular, sesuai dinikmati di malam yang dingin. 

Kini, ayuh raikan kemanisan hidangan pencuci mulut pula! Teh Susu dengan Mutiara ataupun ‘Milk Tea with Pearls’ menjadi minuman popular, terutamanya dalam kalangan generasi milenial. Orang Sabah juga suka memesan Wafel, yang boleh dinikmati dan didapati sepanjang hari.

1. Roti Canai
2. Pasta
3. Bubur Ayam
4. Teh Susu dengan Mutiara
5. Wafel

So apalagi, laparkan? Jom order makanan hehehehe.. 


P/S: Sekarang memang Sis beli makanan guna ShopeeFood aja.. lebih jimat dan cepat... 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nak makan pun sekarang ni di hujung jari kan... Best3x... Order sahaja apa yang kita teringin nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau di Johor masih belum banyak sangat pilihan menu, one day rasa makin banyakk..

      Delete
  2. semua dah senang sekarang ni..siap duit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pilih je laa nak makan mana time malas masak tu kan hehehe

      Delete
  3. utk yg penang tu seriuslyyy accurate sangat hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tang Shushi tu memang ramai jer suka cri online ..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment