TIBA-TIBA HILANG MOOD NAK MENULIS BLOG

TIBA-TIBA HILANG MOOD NAK MENULIS BLOG | ENTAH laaa dua tiga hari bercuti ni, tiba-tiba hilang mood nak menulis blog. Padahal banyak dah tajuk duk draft dalam post tu haa, cuma belum ada mood nak menulis isinya. Dari hari Rabu Sis ke KL sampai laa ni haaa, nak menulis blog macam 'terpaksa' jerr, ermmmm.. 

Maybe salah satu sebabnya, Sis rasa badan letih, macam tak cukup rehat. Ini pun sebab sambil menunggu Suami balik Sis bukak laptop dan nak buat invoice, kalau takkk, memang malas nak hadap blog. 

Gitulaa kan sebagai penulis, ada masa mood idea dan rajin datang, sehari berkali-kali update, datang takde mood, ermm sehari sekali atau terus takde update, cerita banyak, tapi tak rajin. Risau gak lerr, sebab bila datang takde mood update, Sis cepat bosan, sebab takde aktiviti dan 'kerja' nak buat selain kerja rumah. 

Kalau rajin ada nak menulis, at least, ada gak laa sumting aktiviti Sis buat di rumah, salah satunya mengadap blog ni haa.. Walaupun pageviews maintain sehari kalau tak update pun sekalipun, tapi rasa ketidakkepuasan pada diri tu, jadi gerammmm.. sampai berkata, 'ini tak boleh jadi ni, blog takde update apa-apa'... hahahahaha..

Tiba-Tiba Hilang Mood Nak Menulis Blog

Cuti Hari Malaysia 3 hari ni pun Sis takde kemana-mana, Suami kena kerja dan Sis hanya duduk rumah layan movie Netflix dan juga tadi siang pergi jemputan kawin. Tu jer laa aktiviti untuk dua hari ni. Esok ingat macam nak terjah kejap di Bukit Layang-layang sebab ada Festival Kebangsaan Layang-Layang, tapi tengok gaya macam ramai gilerr orang, dah jadi malas lerr pulak hahahaha..

Mungkin Suami mancing esok, kalau dia ajak, nak jugalah ikut sama, tapi tak tau lerr kalau dia dah berjanji dengan kawannya. Yang kelakarnya, semalam sempena Hari Malaysia, Netflix tayang filem Mat Kilau, korang tau tak, sampai 3 kali Sis layan ulang-ulang tanpa jemu hahahaha.. 

Sampai anak bujang pun perasan Maknya duk tengok fokus sekali Mat Kilau tu, pun tetap rasa sedih dan feeling dia 'meremang' bila tengok. Orang lain Sis tak tau, tapi kalau Sis gitu laaa perasaannya tiap kali tengok Mat Kilau, tak kira di panggung atau di tv sekalipun. 

Harini pun layan sekejap tadi smabil masak. Masak yang simple jer harini. Balik jemputan tadi Sis tidur sekejap, lepas Asar baru masak. Masak Ikan Bakar Sambal Cencaru, goreng sayur kobis dan buat telur dadar. Nak masak beriyer harini, takde orang di rumah. Anak bujang pun keluar pergi jemputan kawannya, so tinggal Sis jer laa makan siang tadi. 

Nanti laa yaa, Sis tengah amik mood nak menulis balik ni, kalau esok tak kemana, esok Sis akan update ceritera Sis ke KL baru ni. Sempatlah jumpa Karni dan Retna sekejap setelah sekian lama tak jumpa. Lepas ni lagi sebulan pulak kita jumpa okay.. inshaallah ... 


P/S: Perasaan sekarang ni kan, rasa macam nak terjun kolam renang.. haa gituuuu...

22 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga kembali semula mood utk menulis

    ReplyDelete
  2. Hahaha ko dh mcm si aqeem.. Seharian ngadap mat kilau berulang ulang kali sampai ako plak yang naik bosan bila lalu sepan tibi je muka mat kilau hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ako ni pun baru update citer jumpa ko... Mood mls nak buka laptoo.. Ini pun update guna hp je b4 tido ni hahha

      Delete
    2. Hahaha iyerr ko, rasa dah kali-6 tengok ulang Mat Kilau ni haaa...
      Mood nak update blog pun belum mai, tapi tajuk dah sesiap hahahaha

      Delete
    3. Hahaha yerr aku baru baca update kat blog ko hahahaha.. tunggu cite haku plak yaaaa

      Delete
  3. Betul la Sis.. mood lain macam.. susah dijangkakan. Kadang mencanak semangat. Risau bila lemau je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sebenarnya terus menulis, kalau dah bercuti, memang nak mulakan payah betul hahahahaa

      Delete
  4. Kipidappp sifu gue! Adoi.. apa ni down downnn 🤣 Ayuhhh hapdet 10 entri sehari 🤭 Anak buah lom mampu lagik... Sy lom sempat nak layan Kilau sampai tiga kali.... Asyik g lelayang je 😆

    Moga mood kembali segera... p cari swimming pool cepat.... Nanti mood dtg balik 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mood mana mood? Huwaaaa kena pi soping agaknya baru mood mariiii hahahaha

      Delete
  5. saya pun ada jgk mood mals menulis..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, rasanya ramai juga ada mood menulis ni kannn...

      Delete
  6. Saya pun begitu, kalau mood rajin menulis, rajin sungguh. Kalau takdak mood menulis, berhari2 jugak tak menulis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, menulis ni memang ada mood, tengah takde mood, nak bukak laptop pun jadi malas..

      Delete
  7. Sama la kita sislin... sejak 2 menjak ni takde mood pulak nak update blog ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh ayuhhh.... semangat kita menulis harini yaaa...

      Delete
  8. Kita pun tak ada mood tapi paksa jugak sehari satu kali sahaja pun dah cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa OM, datang memang no mood, bukak blog pun malas hahahaha tapi now dah okay... ajomm update...

      Delete
  9. kdg mood tiada pun still nak update juga kan kak walaupn sekadar entri luahan perasaan.. keep it up! semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul, dalam takde mood, siap gak kadang satu posting hahahah sebab nak bagitau orang kita takde mood kakakakakah

      Delete
  10. Sama la kita sis lin...padahal banyak aje benda nak share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, now slow-slow kita update satu per-satu..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment