AKU KEMARUK MAKAN IKAN BAKAR CARU

AKU KEMARUK MAKAN IKAN BAKAR CARU | RASANYA awal minggu tahun baru ni dah 4 kali kot Sis bakar ikan caru gini, entahlah tiba-tiba kemaruk makan ikan bakar caru. Menu yang simple dan paling cepat di masak. Pes sambal tu pun Sis guna Pes Sambal Ikan Bakar Mak Pon (lupa amik gambar). 

Style Sis kalau masak ikan bakar, kalau ada daun pisang memang Sis alaskan daun pisang, kalau takde, guna je aluminium foil. Tak payah balut bagai, just letak je atas kuali gitu. Sis cuma ratakan dan sumbat pes ikan bakar pada ikan, then daun pisang atau aluminium tu letak minyak sikit then letak je ikan tu dalam kuali (Tefal - sebab tak lekat), Then tutup dengan penutupnya dengan bakar pada api yang sederhana kecil. 

Agak-agak kejap tu korang balikkan laaa, bila dah balik-balikkan, bila nampak mata dia dah putih terjojol, haaa maknanya ikan tu dah masak sepenuhnya, selagi mata ikan tak putih, ikan ko belum masak, tu petua dari arwah Emak Sis hehehehe..

Aku Kemaruk Makan Ikan Bakar Caru

Ni baru balik sekali, tengah tggu sebelahnya masak plak.. hangus-hangus sikit tu biasa lerr, tapi kalau ikan caru ni atau ikan jaket, kalau kulit dia hangus masih okay lagi, sebab kulit dia tebal, so isi ikannya tetap okay lembay di dalamnya. 

Ikan caru pun kalau ternampak saiz besar je Sis beli, kalau saiz kecil tak kowser laaa nak membakar, sebab kalau saiz kecik, kalau di kabar, isinya jadi kering keras, kalau jenis saiz besar, isinya agak tebal dan juicy gitu.. 

Aku Kemaruk Makan Ikan Bakar Caru

Hari-hari dapat makan cenggini pun okay.. berselera makan. Now memang tengah kontrol nasi, so kalau makan seciput gitu je laa.. pun dah kenyang (boleh plak ekk), jadilah buat alas perut kan.. bukan nak diet snagat tapi sebab atas masaalah kesihatan, so redha aje laa.. 

Sayur pula, Sis banyakkan masak brocoli steam dan juga sup kobis kosong, ishhh sedap snagat hirup time panas, paling kerap Sis masak sup lobak putih, lagi sedap... ye laa makan pun sengsorang jee siang hari kan, nak masak beriye sangat sapa je nak makan.. so masak je untuk diri sendiri.

Tu pun kadang Suami whatsapp bagitau tak payah masak, anak bujang pun sama, bila tanya nak makan, katanya tak payah.. lagi senang kerja omaknya.. hehehehe...

Esok ingat nak masak Laksa Sarawak ler.. tiberr teringin pulak.. 


P/S: Bila kita tau kita ni ada penyakit, memang automatik ekk, nak makan apa pun jadi terbantut huhuhu.. takutttt..

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kalau ikan dah balut daun pisang atau aluminium foil, cemana nak tengok matanya putih ke tak? Ke.. kena selak, hehehe. Tapi akak memang ikut petua pasal mata tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak, kena selak laaa kot, sebab biasa Lin masak memang jarung balit rapat hehehe.. sebab nak tengok matanya..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment