MENU BERBUKA AKU SEMALAM, UDANG HARIMAU MASAK LEMAK KUNING

MENU BERBUKA AKU SEMALAM, UDANG HARIMAU MASAK LEMAK KUNING | ALHAMDULILAH, semalam dengan izinNya, dapat juga Sis berpuasa sunat sekali niat puasa ganti. Mulanya dah berkata dah dalam hati, jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan, mungkin tak sampailah Sis berpuasa, tapi entah apa entah semalam yang Allah beri 'magic', tenaga menjadi-jadi semalam.

Betul, lain macam benor puasa semalam, padahal cuaca panas gilerr. Pepagi lepas Suami pergi kerja, Sis terus mengemop lantai, cuci lantai luar (ala jirus-jirus air jer), then kemas dapur, terus bersiap-siap pergi Econsave Permas belanja barang dapur. Yang bestnya, time puasalah truck lori Milo tu terconggok depan Econsave, sabarr jerr laa nengok budak tu hirup air Milo sejuk secawan, huhuhu.. 

Settle berbelanja singgah bank sekejap, uruskan dividen ASB sat, tolak ler bulanan mana dapat, then baki mana yang ada tu, kita bawak pi Kedai Emas Miafin Bukit Dahlia, engko ngase? hahahahahahaha... Agakk nak dapat emas tu lerr, buat 'tenaga' yang cukup 'bahagia' semalam, orang kata, selagi tak dapat lalalalala.. alhamdulilah.. 

Menu Berbuka Puasa Aku Semalam, Udanh Harimau Masak Lemak Kuning

Balik ajer dah agak petang, tapi sebelum Asar laa, bergegas keluarkan udang harimau dan segala bahan nak masak. Dalam pada tu adoiiii terlupa pulak beli nanas huhuhu.. kan nak masak udang masak lomak, ermmmm... habis dah takde, kita guna ajer laa mana yang ada. 

Lepas Asar dah mula masak, takde nanas, kita gunalah tomota. Daun kunyit pun sama, lupa nak beli, tapi takpe, kita masuk daun limau purut, dan belek plastik dalam peti ais, ternampak Sunah bagi segala dedaun sebelum dia balik Sarawak tu. 

Ada satu daun tu, bau dia wangi betullah, Sis pun tak tau apa namanya, dari layu, Sis terus cuci, potong masuk dalam lomak udang tu, uishhh sedapnya bau dia.. Rupanya namanya Daun Ketumbar Jawa, kata Sunah.. oooo ...

Menu Berbuka Puasa Aku Semalam, Udanh Harimau Masak Lemak Kuning

Dah siap masak lomak udang, Sis goreng Telur Dadar dan juga buat Sambal Belacan. Nak masak sayur, tapi malas lerr, kang takde sapa nak makan. Yang nak makannya Sis sorang ajer, so cukuplah menu yang ada ni. Potong buah Jambu Batu sebagai pemanis. 

Dapat jugalah beri sebekas Udang Harimau masak Lemak tu kat sahabat jiran Sis,Nas, sebab dia pun puasa juga.. lagipun masak banyak, kita berkongsilah rezeki dengannya, alhamdulilah cukup makannya semalam..

Harini tak puasa, Sis nak masak Asam Pedas Ayam, sebab Sunah ada bagi gak daun kesum. Lebor-lebor daunnya, sayang nanti kalau layu, so kita gulaikan dia kang hehehehe.. 


P/S: Terima kasih Suamiku ❤

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aduyai melingkar udangnya.. sedap makan dgn sambal belacan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha begitulah, bila anak tekak nak makan kann..

      Delete
  2. seminggu ni xde mood nak update oiii....!!!
    naik muak tgk laptop ni sbb 3 bln kebizian hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeiii kalau dah bizi dengan kerja, memang gitu laaa.. sama juga aku, tapi gigih gak update..

      Delete
  3. ngancam betul la sambal belacan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal belacan malas menumbuk namanya tu hahaha

      Delete
  4. sedapnya udang tu, eh eh mengancam betul eak sambal belacan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mana satu pilihan ko ni OM hahahaha

      Delete
  5. Sedap nya kak Lin.

    Nanti kalau sis nak beli serunding, DM saya k, saya ada jual serunding yang sangat sedap. hihi - Royal Floss Serunding. 011-6225 3899

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah sedap..
      Boleh juga tu cuba, nanti Sis wahtsapp yaaa..

      Delete
  6. buka posa aje meriah macam ni. Kalau raya...tak muat meja sis Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau raya, penuh mehaa biasanya Yan, tapi ikutlah kerajinan hahaha

      Delete
  7. Replies
    1. Kann, sendiri masak pun terliur gak masa tu hehehe

      Delete
  8. Wak tergoda dengan penampilan sambal belacan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita guna chopper karen je Wak, malas nak menumbuk..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment