CHECK-IN DUA HARI SATU MALAM DI HOTEL ARMADA PETALING JAYA

CHECK-IN DUA HARI SATU MALAM DI HOTEL ARMADA PETALING JAYA | INI memang pertama kali juga Sis dan Suami sampai ke sini. Biasa kalau nak bermalam pun, kami mesti stay di Shah Alam atau pun di Damansara ajer, tapi sebab nak jumpa Geng KAMIE di Original Kayu Nasi Kandar Damansara tu, so anak carikan dan book kan Hotel Armada Petaling Jaya ni. 

Dari Klang guna waze terus ke sini. Jauh tu jauh juga, tapi best arr, dapat gak pusing Kuala Lumpur tengok pemandangan. Sebab dah lewat petang sangat, tak dapatlah nak meyinggah mana, terus je ke Petaling Jaya dan check-in. 

Sebab anak book dah siap bayar full payment, so urusannya cepatlah. Deposit macam biasa RM100 mereka amik. Anak Sis book guna Agoda, dapatlah dua hari satu malam RM156.99 siap tax. Okaylah hotel 4 bintang katanya. Yang tak syoknya, lorrr kami dapat bilik Double Twin Room. Hurmmmm katanya staff tu, sebab anak Sis amik 'room assigned on arrival', so kalau sampai tu, dia bagi mana yang ada je la, sebab lelain semua dah full, erghhhhh anak oo anak.. 

Dah tido macam Laki Bini gaduh laa pulak ek hahahahaha.. 

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Tang katil tu apa adahal, tak kisah lerr, janji boleh tidur, tak reti-reti ke memalam 'pindah tempat' hahahaha.. So far okay laaa, selesa dan luas juga ruang biliknya. Bilik kami di tinglat 13, lihat luar sana, nampaklah juga pemandangan jalanraya Petaling Jaya. 

SOP tetap ada, tak kiralah di mana-mana pun, baik dalam lift, di lobby dan juga di Cafe mereka di bawah tu. Cuma kali ni, Suami kata tak payah amik sarapan, sebab saje nak bangun lambat sambung tidur lepas Subuh dan lewat bangun sikit. Lagipun dah berjanji dengan Geng KAMIE nak sarapan dengan mereka esoknya jam 9.30am, so lewat ler sikit bangunnya kan.. 

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Selain dari ada kelengkapan Jug air panas, kopi teh dan air mineral tu, yang paling best sekali, haaa tu diaaa, sterika mengosok baju beserta papan mengosok tu, senang laaa nak mengosok kannn, tak payah susah-susah nak call operator minta hantar seterika.. bagus bagus, i loike, sebab tu i promote dan review ni hahahaha.. 

Peti besi ada, meja menulis ada, hanger dan semuanya ada termasuk laa siap ada ruang duduk beserta menja kopi di hujung katil sana. Memang selesa laa biliknya. Ingatkan nak rapatkan katil, tapi macam leceh ajerr. Suami pun kata, 'tak payah lerr, malam ni rehat'.. hahahaha rehat katanya, tau-tau dah ada sebelah kita hahahaha.. 

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Bilik airnya pun not bad, besar dan cukup kelengkapan. Sabun dan syampoo pun ada, cuma ermm macam takde bau, nasib Sis bawa sabun sendiri. Tapi yang bestnya, perghhh air dia besau wooo, manyak syokk mandi wajib dan cuci rambut. Sis paling suka kalau hotel airnya besar, puas rasa mandi manda.. macam mandi di rumah sendiri hehehehe..

Lagi satu Wifii dia pun laju. Oh,ya untuk sarapan kalau korang nak add-on pada hari korang check-in, korang hanya bayar RM21.50 sahaja, tapi bila korang walk-in pagi esoknya nak sarapan, korang kena bayar RM35 tak silap dengar. Begitulah. Mulanya nak amik juga, tapi dah berjanji dengan Geng KAMIE, so Sis tak jadi amik. 

Check-In Dua Hari Satu Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Dan yang paling bestnya korang stay sini, belakang Hotel Armada Petaling Jaya ni, ada Decathlon, besar juga. Masa mula kami sampai je kat sana, park kereta, belum check-in, Sis dan Suami dah menyoping dulu, sampai lupa nak amik gambar lokasi hahahaha.. 

Tak tau pun ada Decathlon ni, bila korang park belakang hotel tu baru nampak, dan pintu keluar masuk dia boleh link terus ke lift Hotel Armada tu, tu yang asyik duk lalu je kuar masuk, asyiklaa manjang menjeling hahahaha.. 

Kira okaylah kami Check-In dua hari satu malam di Hotel Armada Petaling Jaya ni. Selesa dan harga pun berpatutan. Nak bilik besar-besar sangat pun, bukan nak kejar-kejar pun, tido je pun kann... Sis dan Suami selesa jer macam ni, janji biliknya bersih dan boleh tido, ye sudah.. 

Korang boleh booking di SINI 

Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 
Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Hotel Armada Petaling Jaya is 8.1 mi from Kuala Lumpur and 12 mi from Shah Alam. Sultan Abdul Aziz Shah Airport is a 9.9 mi drive. Overlooking the Persekutuan Highway, this modern high-rise hotel is an 8-minute walk from the Asia Jaya LRT station and 9 km from the Sunway Lagoon theme park.


P/S: Tak sabarnya nak holiday lagi dan lagi, yehaaaaa... 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hahaa... terorder gitu ek.. takpa.. muat tu nampak katilnya.. macam besor jugak tu..Best jugak siap dah ada tempat iron gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah, yaa Non, katil single dia besar, boleh tido berdua gak hahahaha

      Delete
  2. Susunan katil tu ikut SOP sis hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dan dan ekkk.. patuh SOP betul ni...

      Delete
  3. X bole blaaa memalam merayap kat sblh jgk abg sabar eh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah, ehhhh tau-tau sebelah kita hahahahahaha

      Delete
    2. Kihkihkih esok siap mandi wajib tak tahan tu :D

      Delete
    3. Hahahahaha habis tu, takkan mandi tak wajib hahahaha

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment